ISLAMIK
Berkenalan Dengan Cinta dan Jodoh
Malam
ini, hujan membasahi segenap ruang lingkup kehidupan. Hujan didalam
tidak kurang lebatnya dengan hujan diluar. Tulisan ini lahir setelah
lama jari tidak menemui idea yang sekali-sekala dicanang oleh minda.
Tidak selari antara keduanya, kosong. Namun, tetap tetap dan perlu
gagahi jua kerana ini antara medium yang paling disukai dulu dan mungkin
selama hayat yang ada. Sebuah coretan yang lahir dari hati dengan penuh
berhati-hati. Dengan hati yang baik dan niat yang jitu mampu
menggerakkan seluruh panca yang lain untuk bekerja.
Banyaknya masalah yang kita hadapi lebih mematangkan kita dalam segenap aspek kehidupan. Ia tidak boleh dipelajari dengan ketebalan buku beratus ringgit dipasaran. Tidak juga dengan banyaknya duit dilaburkan untuk mencari sebuah makna dan erti semua perkara. Asam garam yang setiap manusia lalui adalah merupakan modal terbesar dalam segenap aspek kehidupan. Kali ini saya bawakan dua cerita untuk kita berkenalan dengan cinta dan jodoh.
Banyaknya masalah yang kita hadapi lebih mematangkan kita dalam segenap aspek kehidupan. Ia tidak boleh dipelajari dengan ketebalan buku beratus ringgit dipasaran. Tidak juga dengan banyaknya duit dilaburkan untuk mencari sebuah makna dan erti semua perkara. Asam garam yang setiap manusia lalui adalah merupakan modal terbesar dalam segenap aspek kehidupan. Kali ini saya bawakan dua cerita untuk kita berkenalan dengan cinta dan jodoh.
Cerita pertama: Berkenalan Dengan Cinta
Di
sebuah kedai makan itu, terpaku menungnya bukan kepalang. Mungkin
melihat betapa dirinya masih jauh mengejar sesuatu yang tidak pasti.
Betapa sakitnya perkara yang tidak pasti. Tergantung, lesu dan layu.
“Jauh termenung, macam ada sesuatu yang difikirkan” suara Mizan mengejutkan Shauki.
“Terkejut aku, sekurangnya bagi lah salam dulu” balas Shauki.
“Saja bergurau, tinggal beberapa bulan lagi kita bersama. Nanti susah nak jumpa lepas ni” Mizan senyum bergurau.
“Kita dah lama bersahabatkan Mizan?”
“Emm, lama atau tak dah dekat 4 tahun. Ni kenapa? Macam ada masalah. Cerita lah,
walaupun aku senior insyaAllah akan cuba difahami masalahnya” Mizan
bertanya sambil bergurau memujuk sahabatnya yang merupakan junior bawah
setahun darinya.
“Masalah dengan perasaan agaknya” luah Shauki perlahan.
“Dah agak dah, tengok air muka pun tahu, biasa lah masuk semester 6 ni masalahnya lain sikit.” wajah Mizan lebar tersenyum. Lirikan senyum Shauki membalas hambar.
“Aku sukakan seorang perempuan ni, tapi katanya ada masalah” luah Shauki.
“Masalah yang agak sukar juga nak diatasi antara masalahnya ialah jemaah” sambungnya.
“Masalah jemaah ke masalah orang dalam jemaah?” soal Mizan menduga.
“Macam
ni, aku pernah meluahkan perasaan hendak merisiknya, tapi katanya nak
istikharah dulu. Lepas tu dia buat keputusan. Katanya dia tolak atas
alasan dia jemaah lain sedangkan aku jemaah lain. Jadi nak cari orang
jemaah yang sama katanya” luahan Shauki selemah tekadnya.
“Atas sebab itulah dia tolak yer.
Bagi aku sendiri mereka yang sebenarnya memahami manhaj tarbiah tidak
kira dia dalam jemaah apa malah NGO sekalipun perlu melihat perkara ini
dari aspek yang luas. Kerana soal memilih jodoh tidak ditentukan oleh
jemaah yang seseorang itu. Memilih pemimpin kepada sebuah rumah tangga
perlu lebih dari itu. Niatnya, lakunya mesti selari dengan ajaran islam.
Jemaah adalah alat untuk mencapai tujuan, islam ialah matlamat. Bagi
aku, sesiapa yang tidak tahu membezakan alat dan matlamat adalah orang
yang tidak faham konsep berada dalam satu-satu jemaah” terang Mizan.
“Aku dah buntu dan tak tahu apa nak buat” Wajah Shauki mencuka, katanya sepahit peria.
“Shauki
tidak ada yang lebih berharga nilai seorang wanita dan lelaki melainkan
ditengah ada seorang wali. Ada baiknya jika kau berjumpa dengan
ayahnya. Bincangkan baik-baik. Bukan setakat berjumpa murabbinya yang
hanya pentingkan nilai jemaah semata-mata. Mungkin keputusannya pada
awal banyak dipengaruhi oleh murabbinya menyebabkan dia bertindak
sebegitu”. Penjelasan Mizan membenihkan harapan.
“Aku pun fikir begitu, mungkin tidak cukup dengan hanya sekali cuba. Betul tak?” soal Shauki.
“Itu
maksud aku tadi, semangat perlu ada. Cinta ini perjuangan. Tiada apa
yang mampu mengatasi kekuatan cinta melainkan tuhan dan syariat yang
telah ditetapkan. Cinta itu sabar, murah hati, dan penuh kelembutan.
Namun tegas dalam tekadnya bagi memberi kebahagiaan pada yang lain.”
Jelas Mizan serius.
“Wah, jadi ahli falsafah pula sahabat aku ni”. Senyum Shauki terkadang menguntum.
“Insan
mesti jadi ahli falsafah dalam hidupnya baru terasa hangatnya masalah.
Jika kita tidak dapat apa yang kita mahu setelah apa yang kita
perjuangkan. Maka jangan mengalah. Tetapkan nilai dan tujuan barulah
senang bergerak atas apa yang kita hendak perjuangkan”. Tangan Mizan
singgah di bahu Shauki. Ia seolah mengalirkan motivasi terus berjuang
menghadapi apa yang rasakan susah.
Itulah cinta (dalam konteks penceritaan), cinta yang tulus tidak
bersandar pada nilai tukaran. Ia tidak mengharapkan balasan kerana jika
kita mengharapkan balasan khususnya daripada manusia maka ketika itu
kita akan dilanda dukacita. Kerana kebanyakkan manusia memang sukar
menghargai sesuatu. Lihat saja betapa banyak nikmat yang Allah s.w. beri
kepada manusia. Disia-siakan oleh ramai manusia.
Setiap
perbuatan baik dan cinta yang kita berikan pada orang lain, dicatatkan
dalam “buku kehidupan pencipta” dan dia membalas sesuai dengan waktunya.
Carilah cinta itu bukan hanya kerana seseorang tapi kerana pencipta
yang mencipta seseorang yang telah melimpahkan cintanya pada sekalian
banyak makhluk.
Cerita kedua: Berkenalan Dengan Jodoh
Peluh
membasahi seluruh bajunya. Agaknya mungkin juga hatinya turut dibasahi
lebih lama dari itu. Disebuah pada permainan badannya direhatkan atas
waktu tertentu yang jarang juga digunakan untuk aktiviti sukan. Mungkin,
letihnya raga akan merehatkan jiwanya buat seketika. Dia kelihatan
berseorangan.
“Salam, seorang je abang hensem?” sapaan kawan jelas menghilangkan bungkam Razlan.
“Ehh, wassalam. Dari mana?”
“Dari asrama, terus jog ke sini. Nampak kawan aku ni sorang je. Singgah lah kejap” jawabnya Firdaus tersenyum lebar.
“Anak sulong ni berat juga tanggungjawabnya kan?”
“Emm, agak berat dan memang berat. Kenapa tiba-tiba keluar soal anak sulong? ” jawapan disusuli pertanyaan.
“Rancang nak kahwin awal, tapi duit jadi kekangan. Nak tolong keluarga lagi, adik-adik.” Luah Razlan
“Oh, itu rupanya masalah kawan aku ni”
“Kalau
dikatakan nak kahwin awal mesti ada perancangan. Perancangan yang
diikuti dengan tindakan barulah terbit rasa tanggungjawab. Kalau nak
katakan kahwin awal menjejaskan kredibiliti sebagai seorang anak pun,
rasanya itu satu andaian yang meleset” terang Firdaus.
“Meleset? Aku tak faham. Yang aku tahu ekonomi je yang meleset”
“Macam
ni, berdua sebenarnya bagi aku akan mengukuhkan ekonomi, bayangkan
satu-satu benda itu dibebankan pada kita seorang saja. Bayaran bil,
rumah sewa, kereta kita pakai seorang kita tanggung seorang diri. Bila
berdua ini kita kongsi, semuanya bayar berdua. tak lah kita bayar seorang diri. Betul tak?”
“Betul juga tu, tapi bagaimana bayaran nak memulakan satu perkahwinan?” soalnya tajam.
“Itu
pentingnya komunikasi dalam pemilihan jodoh samada sesuai atau tidak
dengan kita. Komunikasi sebelum, semasa dan selepas sangat penting. Jika
kita duduk bersidai dan hanya bermonolog, bila masanya kita akan
bertemu jalannya.” Terang Firdaus tegas.
“Jodoh hal lain, perkahwinan hal lain begitu juga kewangan” bantah Razlan.
“Sebenarnya
semua itu deretan perkara yang berlainan tapi saling memerlukan.
Semuanya harus diperhatikan dalam segenap segi. Jodoh yang baik
menentukan perkahwinan yang baik, perkahwinan yang baik menentukan
Bidadari
Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia
“Wahai kakakku,kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu,asyik berteman nangis dan sendu sahaja” Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;”Wahai adikku.Bukan wanita itu lemah dek kerana nangis dan sendunya.Tapi disitulah wahai adikku,kekuatan utuh tidak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya.Tangis sendunya wanita itu wahai adikku,bias meleburkan ego seorang lelaki…menjadi ‘Izzah’ yang paling gah bahkan lebih gah dari air egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat daripada kekejaman Firaun. Duhai adikku,Lembut wanita itu bukan lemah, tapi senjata.”
Si adik tidak berpuas hati.Lalu dipertikaikan lagi
“Namun wahai kakakku ,wanita itu fitnah dunia.” Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.”Pernahkah adikku mendengar akan pesanan ilahi pada hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu,dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai , pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesananya? Pada hamba yang bergelar ar-rijal. Kerana,andai sang lelaki menjaga pandanganya, maka tidak mungkin akan terlihatakan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya. Dan tidak Allah lupakan pesanannya buat wanita, agar mememlihara auratnya kerana disitulah kehormatanya. Sesungguhnya para wanita2 syurga bergelar Hurun Ain itu,mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. Namun,wanita yg beriman itu kata Rasulullah , lebih tinggi martabatnya!, bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Riijal dan an-nisa’ sama-sama mematuhi pesanan ilahi itu!, Sesungguhnya wanita yang beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.”
Adik masih tak puas hati
”tapi kakakku,kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka bersa malu??”
“wahai adikku sayang. Al-Haya’ itu ada dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya’ itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri. Namun,bila mana al-Haya’nya lebur , Imanya runtuh, kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan,? Kerana mereka sebenarnya tidak normal. Merasakan diri mereka tidak cukup menarik. Merasakan mereka belum cukup lagi di dunia melihat diri mereka.Mereka sebenarnya golongan yang kalah darisegi psikologi.Namun adikku..wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.”
Adik menggaru kepala.”Jadi kakak,masih adakah wanita yang solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik mengenali mereka???’
Sang bidadari tersenyum lagi.
Hati terdetik moga Allah merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri. “Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka,dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi perlu juga dilihat pada hatinya dan pada akhlaknya. Di zaman ini,tidak susah membezakan wanita yang soleh itu kerana hati-hati mereka ,tetap ada satu permata indah. Perasaan cinta pada Allah. Kerana fitrah cinta pd RAbb itu sentiasa ada dalam jiwa insan. Adikku,mereka ini tetap punya keinginan untuk kembali ke jalan yang mereka tahu hak Allah. Cuma kadang-kadang terma solehah itu terasa berat di bahu mereka dan kadang takut pada persepsi.
Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara’. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk untuk berubah kepada peringkat yang lebih baik. Kerana begitulah persepsi masyarakat sedangkan mereka alpa. Allah tidak zalim kepada ciptaanNya. Bila mana dia menciptakan hawa itu dari tulang rusuk adam..Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar hawa ini. Ditinggikan maratabat golongan HAWA ini. Tapi sayang, golongan HAWA ini kadang2 merendahkan maratabat mereka yg Allah jdkan penuh kemuliaan.
Wahai adikku, 1001 keindahan penciptaan wanita. Pandai2lah dikau menilai…antara permata dan debu kilauan pasir. Wahai adikku, wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti…amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah. Tapi epal yang x mampu dibeli, ia berada dipuncak. Susah dipetik dan digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya epal itu terlalu tinggi dan elok sifatnya sehinggakan sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya. Mungkin bukan didunia tapi mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan didunia, asalkan cinta ilahi mengiringinya. Tidak semestinya dipetik ditaman dunia. Tapi lebih bermakna bila ALLAH sendiri yang mengarahkan hamba yang disayanginya untuk memetik di taman akhirat kelak.”
Adikku terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yang besar dengan buah-buah epalnya kemerahan?
Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini Pastikan dia sambung perbualanya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku, sungguh tulus dan bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt,kamu kanak- kanak adalah penghuni syurga.
Belajar Untuk Melepaskan
Kata Hukamak, Manusia lahir dengan tangisan. Manusia mati juga dengan tangisan. Apakah yang membezakan keduanya? Tangisan semasa terhadap dua justifikasi tangisan kegembiraan dan tangisan ketidakselesaan. Tangisan tika mati adalah justifikasi tangisan kesedihan ataupun kegembiraan.
Tangisan kala baru lahir membentuk dua justifikasi, ibu yang mengalir air mata tanda kegembiraan yang amat sangat. Namun, tangisan kesedihan bayi kerana telah keluar dari alam rahim yang penuh keseronokkan. Berbeza dengan tangisan kematian. Seluruh ahli keluarga menghadapi kesedihan tatkala saudara terdekat mereka meninggal. Tangisan juga dibawa oleh si mati. Tangisan kedukaan (melihat gambaran neraka) atau kegembiraan tatkala melihat gambaran syurga.
Tulisan kali ini saya bawakan pendapat yang dikendong sepanjang saya mengendalikan diri sendiri. Sebenarnya agak susah untuk menilai diri sendiri. Sebab itu apabila kita hendak menilai diri, kita tidak menilainya darisegi pujian yang melangit. Tetapi kita menilai daripada kritikan sedalam lautan. Dari musuh kita. Konsep belajar untuk melepaskan saya ceritakan daripada dua sisi pandang. Hubungan antara manusia dan hubungan dengan Allah, dengan membawa persepsi dua cerita. Terimalah “Belajarlah Untuk Melepaskan”.
Cerita pertama:
Maya: Ummi kenapa dengan adik tu?
Ummi: Adik sakit, dia kelemasan semasa lahir.
Maya: Kelemasan? Waktu lahir pun boleh lemas ke ummi?
Ummi: Boleh. Sebab waktu kelahirannya terlalu lama.
Maya: em, kenapa banyak je wayar dalam mulut adik Ummi?
Ummi: Sebab nak masukkan oksigen. Kita perlu oksigen untuk hidup, Kan Maya?
Maya: Ya ummi. Dah lama adik macam tu kan Ummi?
Ummi: Doktor cakap kita terpaksa berpisah dengan adik beberapa jam lagi.
Maya: Kenapa Ummi? Maya tak mahu berpisah dengan adik. Adik tak boleh sembuh ke?
Ummi: Kita terpaksa Maya. Sebab Allah lebih sayangkan Adik berbanding kita.
Maya: Kalau Allah sayang, kenapa Allah nak matikan adik. Biarlah adik hidup.
Ummi: Maya, kalau adik mati. Adik tak ada dosa. Agaknya orang yang tiada dosa masuk ke mana?
Maya: Ke syurga kan Ummi?
Ummi: Wah, macam ni lah anak Ummi. Allah sayangkan Adik. Sebab tu Allah matikan adik supaya adik masuh dalam syurga. Dalam syurga nanti boleh bertemu Allah.
Maya: Maya pun nak masuk syurga juga ummi, Boleh jumpa dengan adik.
Ummi: InsyaAllah. Anak ummi kan baik.
Perbualan mereka sayup terdengar dek lantunan kaca di bilik kaca. Melihat anak dan adik mereka dipenuhi dengan wayar. Talian hayat kehidupan. Wajah yang suram bakal bertukar duka. Namun, secara tidak sedar mereka belajar untuk melepaskan. Derap kaki doktor sudah berbunyi tanda perpisahan yang mereka takuti bakal menjelma. Mesin talian hayat akan ditutup. Petanda perpisahan makin dekat. Tangan bersalut getah itu menekan butang “Off”. Seluruh keluarga berhimpun. Mata mereka tak sanggup terbuka. Hati mereka tertutup rapat. Mesin itu berhenti berbunyi. Menandakan perpisahan menjengah di daerah rasa. Bungkam.
Cerita Kedua:
“Irwan, 3 bulan lepas dengar cerita nak kahwin. Bila tarikhnya?” tanya Firdaus tersenyum.
“Rasanya macam tak jadi, Allah dah tentukan agaknya” senyumannya menggalas beban.
“oh, kenapa? Apa yang sudah jadi?” agak terkejut.
“Itulah sayang namanya, bukankah dalam filem Ketika Cinta Bertasbih ada ayat mencintai berbeza dengan memiliki, Bukan kau yang minat cerita tu dulu kan? Tanya dijawab dengan tanya sambil bergurau. Irwan cuba menyembunyikan perasaannya.
“kau ni kesitu pula, aku tanya baik-baik. Apa masalahnya?” persolan kembali menerjah.
“Aku nak dia bahagia, aku sakit. Walaupun keadaan tidak teruk sangat tapi aku bimbang ia parah” irwan tersenyum.
“Sakit dulu tu ker? Kan masih dalam pemantauan?” InsyaAllah. Semuanya akan selamat.
“Sebab nak selamatlah aku ambil jalan selamat”
“Pandai kau jawab. Macam tu pula, itu melarikan diri namanya” Firdaus mencebik.
“Bukan Firdaus, itu belajar untuk melepaskan” tambah Irwan.
“Samalah, melarikan diri dan melepaskan diri”
“Tidak Firdaus, tak sama. Aku amat menyayanginya. Aku mahu melihat dia bahagia walau kami tidak bersama. Kebahagiaannya adalah kegembiraanku. Aku melihat kebahagiaan itu dalam jangka masa panjang. Apa guna kita bahagia sementara tapi derita berpanjangan. Lebih baik cegah daripada merawat” sebak di dada irwan mula menguntum.
“Semasa nak lepaskan apa katanya?”
“Dia sedih juga, Cuma aku tak beritahu yang aku lepaskannya sebab aku sakit” Irwan ketawa sambil Firdaus menjeling agak pelik.
“Habis tu kau beritahu macam mana?” jelingan Firdaus bertambah.
“Aku beritahu aku ada perempuan lain. Lepas tu dia sedih bercampur marah. Saja aku biarkan dia sakit hati dengan aku. Berpisah dengan kebencian adalah lebih mudah daripada berpisah dengan ketulusan dan keikhlasan” matanya bersinar.
“Keikhlasan atas dasar yang tidak jujur. Itu maksud engkau?”
Kali ini suara Firdaus tinggi. Mungkin kerana tidak setuju dengan cara Irwan. Angin petang itu turut deras menyusur. Mungkin juga tanda tidak setuju dengan Irwan. Taman Imtihan itu penuh dengan orang awam. Rakyat marhain. Namun, mereka tidak mempedulikan orang yang ramai. Tajuk perbicangan lebih penting untuk diperhatikan.
“Habis tu, dia macam mana sekarang?” aras fikir Firdaus makin bertambah.
“Dia cantik, pandai dan baik, bermodalkan itu aku yakin dia akan bertemu dengan orang yang bijak, kacak dan soleh” kaca di mata Irwan bertambah, seakan sukar.
“Pilihan ditangan kau, fikir dan buatlah yang terbaik. Lagipun dah lama aku kenal kau. Masak aku perangai engkau yang suka bermadah dan sensitif tu”
“Nanti aku sakit, kau boleh jaga aku kan?”
“Boleh, siap boleh angkat tayar depan kerusi roda tu. Macam mat rempit buat.”
Nada gurauan itu mencecah kaca dimata Irwan. Gurauan Firdaus mengembalikan mood mereka yang hilang. Tawa dan sahabat, penguat semangat. Iman dan takwa penghias duka dan kepenatan. Kadang-kadang lisan kita terpaksa membuahkan kata nista. Demi satu keyakinan kita perlu membina kekuatan. Dengannya penipuan bertukar helah, membentuk satu kesimpulan dalam melihat masa depan. “Belajarlah untuk melepaskan”.
Dua cerita yang saya bawakan telah mengalami pengubahsuaian setara dengan mood penceritaan. Saya memohon maaf jika ada prinsip-prinsip dengan bertentangan dengan ideologi pemikiran pembaca. Belajarlah untuk memaafkan, akan mudah untuk kita melepaskan. Lihat arah dan tuju kita, dimana dan kemana haluannya. Melihat Allah yang menuntukan segalanya untuk kita. Ia adalah sikap yang perlu dalam menilai dan mentafsir pembagai wadah dan rupa. Memang kita akan sedih, kerana sedih itu fitrah.
Muhammad Hafifi
1.30 pagi
Lembah Sireh
Malaysia.
Teriak Hati Andainya Dia Pergi
Adat dalam waktu himpunan memiliki dunia. Yang hidup diselangi yang mati, yang muda diselangi yang tua. Yang sihat diselangi sakit. Ini kerana urusan dunia tulus, tetapi yang tulus tak selalunya mulus. Ahh! Kenapa bila asyik berbelit kata sebelum langkah bertindak. Apakah kita sendiri tidak jujur pada diri sehinggakan semua perkara jadi tidak kena? Apakah terkadang kita cuba melawan takdir yang Maha Kuasa sedang kita lupa kerdilnya kita?. Terhenyak perasaan dek lamunan rasa yang terkadang jauh tersasar.
Itulah kita yang beridentitikan manusia. Lupa dimana tempat asal hingga mengaburi jalan sebenar tujuan. Hingga terlalu sibuk dengan pesona dunia. Cinta biasanya disusuli air mata, petanda cinta bisa membinasakan atau membahagiakan. Andai dia pergi, apakah kita rasa tersentap lalu direbah? Apakah emosi pada tahap abnormal lalu memadamkan cahaya yang biasanya bersuluh terang?. Ahh! Terlalu banyak persoalan yang bermain difikiran. Bisikan kata terkadang hanya lekaan tidak pula jalan kebenaran.
Teriak hati besar membatasi ketulusan mulus jiwa. Namun selembar kata biasa tidak mungkin memujuk hati dalam keadaan luar biasa. Jiwa dinodai bagai tersiat dek hakisan amuk. Itulah teriak hati besar, kesudahan bungkum tiada bertepi. Namun, lain pula teriak hati kecil. Sentiasa memandang dosa itu dengan hikmah. Tatkala hati besar terasa amuk, lekas di bisikkan cerita nasihat. Nasihatnya sungguh tajam bagai jarum namun disebalik itu terus mengalirkan cecair ketenangan. Alangkah hebatnya hati kecil, kecil tetapi berhati besar. Hati hati besar, selalu mempunyai hati kecil. Maaf, sekali lagi bermain kata. Terimalah bisikan hati kecil Se “Andainya Dia Pergi”.
Andainya Dia Pergi Jauh
Andainya dia pergi, maka relakanlah dengan sepenuh hati. Kerana bukan kehendak hatinya ingin hilang dimata, akan tetapi kerana tuntunan tanggungjawab yang digalas. Bukan hanya sekadar mencari masa depan yang pudar, tetapi masa depan yang abadi sampai ke syurga bersamamu. Jika kita bertanya siapa yang tidak mahu pergi kesyurga?. Maka sudah tentu yang berkata "ya" manakala "tidak" tinggal sisa.
Perginya bukan sekadar mencari redhamu, tetapi hakikatnya mencari redha ilahi. Tiada rasa bisa dikecap. Tiada noktah bisa terhenti. Tiada rasa boleh dikecap, hanya makna bisa kita garap. Dalam pencarian perlu ada penantian. Dalam penantian perlu ada kesabaran. Dalam kesabaran perlu ada keteguhan. Dalam Keteguhan perlu ada keimanan. Jadikanlah ia rukun menghadapi kejauhan dan penantian.
Jadikanlah kejauhan sebagai medium untuk menghampiri. Bermaksud jika keimanan bertatahkan keteguhan bersendi dalam diri, insyaAllah terjalin mesra ikatan dan simpulan. Sebelum ia pergi, pandanglah wajahnya. Selami hatinya yang terkandung beribu kenangan yang mengusik jiwa. Ternyata bukan harta yang ditagih tapi tagihnya tagih rindu buat bekalan ke penghujung jalan.
Detik yang paling sedih adalah detik ditinggalkan. Kata cendekiawan, jika kita tidak sanggup untuk berpisah lebih baik kita jangan mencipta pertemuan. Sunnatullah, yang jauh bakal mendekat sebaliknya ia dekat bakal menjauh.
Perginya dia jauh dari kita, terkadang masa kita bersamanya. Belum sempat kita bermanja. Belum puas kita tenung wajahnya. Belum sempat habis ukiran kata sayang yang dipahat. Dia telah pergi, jauh meninggalkan kita. Di saat waktu berhenti , terasa amat rugi kita kerana dulunya kita terleka dengan pelbagai tujuan. Hadirnya bagai hembusan angin lalu, bertiup sayu lalu pergi tanpa bertamu.
Alangkah kerasnya hati kita pada waktu itu, kepentingan dia yang tersayang yang kita laungkan sebenarnya dibatasi ketindakikhlasan. Kita pentingkan diri sendiri. Ya, kita. Tika kita diuji dengan perpisahan baru terasa indahnya pertemuan. Air mata mengalir tanpa kita sedari. Dalam penantian menjengah daerah rasa kita bungkam tiada berlagu.
Andainya Dia Pergi Jauh
Tiada kata bisa dipintal, tiada rasa bisa digambar. Hanya coret-coret kenangan mengimbau kenangan silam. Adakah kita hendak hidup dalam fantasi yang hanya fatamorgana realiti?. Katakan tidak kepadanya. Adakah kita sanggup menghadapi ujian yang berat tanpanya?. Katakan kita mampu melakukannya.
Teriak rasa bagai gegak gempita guruh. Tiada nada bisa keluar tatkala pita suara masih lagi terbuka. Alangkah parahnya keadaan kita pada waktu itu. Sudah pasti ianya salah kita. Kerana mencari kesempurnaan pada seorang manusia. Tiada kesempurnaan pada manusia kecuali junjungan besar Nabi Muhammad yang tercinta. Sifatnya maksum, tiada sedikit dosa tercalit dek jagaan dan didikan langsung Tuhan kita, Allah.
Manusia sering lupa dan alpa. Tapi kita masih lagi mencari kesempurnaan. Lupa kita manusia sememangnya tulus tapi tidak semestinya mulus. Ahh!! Kenapa kau masih cuba memintal kata-kata bohong. Kerana kata ini bukan pintaan biasa. Ia pintalan kebaikan. Manusia ada kekurangan, perlu ditambah sana dan sini. Terimalah kekurangan yang ada pada diri kita. Koreksi diri dan peribadi. Adakah kita layak bersedih sedangkan diri kita masih lagi disayangi oleh Pencipta kita? Katakan pada diri semestinya tidak.
Sayang itu tidak semestinya memiliki. Kerana sayang terpalit kata hembusan rasa walau dalam kejauhan. Sayang itu bersifat universal mampu diberikan pada yang lain. Walaupun hanya sedikit tersisa dek kerana banyak ditumpahkan. Namun, berikanlah yang berbaki. Buatlah amal walaupun sedikit, nescaya jika keikhlasan itu datang, timbangannya berat tiada terkira.
Andainya Dia Pergi Jauh
Kita perlu membuat kira-kira dalam kehidupan. Bukan kita kedekut tetapi inputnya harus selari dengan output. Seseorang tidak akan mampu memberi jika tidak punya sesuatu. Kira-kira perlu tetapi jangan berkira. Ahh! Sekali lagi bersilat lidah dengan gaya berbunga. Selagi kita tidak tunduk pada nafsu maka teriakan akan kembali menerjah. Wujudkanlah sifat Qanaah dalam diri. Berpada dengan yang ada. Saksikanlah akan muncul bahagia yang dulunya hanya bayang-bayang kini menjadi nyata.
Kuatkanlah semangat serta bulatkan tekad. Berpisah di dunia memang sakit, tetapi tidak akan sesakit perpisahan dikala kita mati. Namun, sakitnya mati juga dirasakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. baginda mati dengan cinta terukir dibibir. Lidah basah dengan kata, Ila Rafiqi ‘Ala (Teman Daerah Tinggi) Ila Rafiqi ‘Ala (Teman Daerah Tinggi). Rindunya bertemu pencipta tiada ralat tetapi bulat. Bulat hati menyerahkan segalanya untuk yang mencintainya.
Bukanlah kita pernah membaca tentang cinta. Cintailah yang mencintai, jangan mencintai yang kita cinta. Ahh!! Sekali lagi kau berbelit kata. Bukan, bukan aku sengaja berbelit kata. Cuma sekadar ingin menggunakan ayat yang ringkas tapi tepat. Orang yang kita cintai selalunya manusia. Namun aku tidak mengatakan itu salah, Cuma tidak tepat. Cintailah yang mencinta iaitu Allah. Dialah cinta pertama dan utama kita. Cinta pertama kita, cinta utama kita.
Hati Besar: hati kecil, Kenapa engkau selalu ada untuk menasihatku sedangkan aku selalu melulu dalam tindakan?. Kenapa engkau masih ada tatkala kata-kataku membuat calar padamu. Kenapa kau masih ada titisan kasih padaku sedangkan aku membencimu.
Hati Kecil : Wahai hati besar, engkau milik tuhanmu. Yang menciptamu daripada tiada kepada ada. Kerana Tuhanmu itu tiada mula dan tiada akhir. DIA kekal selamanya. DIA Tunggal, tiada dua mahupun tiga. Tunduk atas ketentuan bukan satu kerelaan tapi kewajipan hamba.
Nota Hati :
Inilah monolog Hati kecil bersama Hati Besar sepanjang cuti . Keduanya harus saling berkait dan berpadu. Hati Besar untuk bergerak, hati kecil untuk memandu. Selembar kemaafan buat teman-teman yang selalu bertanya bila lagi entri baru akan saya siarkan. Ini kerana apa yang saya tulis sedang menjadi ujian buat diri. Lemah saya menghadapinya. Harapan saya agar kamu semua ada disisi buat peneman hidup. Wahai temanku, pesanku agar peliharalah hati agar kedua membawa kita bertemu Tuhan Rabbul Jalil diatas jalan yang lurus. Bersama kita pergi bersama. Mengintai kejauhan dalam mencari keredhaan.
Monolog Gula Yang Berbau Cuka
Hatinya bergenang air mata mungkin dek kerana luluhan perasaan tidak bertepi. Terasa sesak tidak terkata seolah dirinya berada di dalam dunia lain yang tidak adil. Perasaan yang pedih tadi sudah bertukar menjadi kemarahan. Tidak diterima ketentuan seolah menyinsing lalu tanpa peduli apa yang terjadi. Jiwanya terasa dialah orang yang paling malang. Facebook dan twitter mengganti suara mengadu domba pada manusia terlaung merentasi benua. Tiada kata lagi boleh menenangkan ombak melanda.
Dunia ini bagai menghukumnya dengan kejam. Kata pemutus dulu masih tidak boleh terpadam oleh ruang dan waktu. Terasa baru sahaja mengjengah di awalan dan pengakhiran hidup. Mimpi itu bagaikan diulang-ulang menambah lagi duka yang berparut. Sangkaan baik selama ini telah bertukar menjadi sangkaan buruk yang bisa membinasakan diri. Motivasi telah turun pada tahap abnormal, lemah beserta kecewa. Ah, kenapa semua jadi begini! Bentak suara keras terdengar.
Itulah sedikit cebisan tiada pengakhiran yang terjadi dikala semuanya serba tidak kena seorang pencinta manusia. Seseorang apabila meletakkan saluran cinta pada saluran yang berlainan sudah tentu dapatan siarannya akan terjejas. Orang yang bercinta semestinya berada pada saluran yang lain berbanding saluran mereka yang biasa-biasa.
Orang berkata kita mendengar
Ramailah orang menanam padi
Hamba seorang menanam pulut
Ramailah orang karam dilaut
Hamba seorang karam dihati
Orang yang bercinta melihat hijaunya daun itu lebih hijau daripada biasa.
Orang yang bercinta melihat birunya air laut lebih biru daripada biasa.
Orang yang bercinta merasa pahitnya hempedu seperti enaknya madu.
Orang yang bercinta merasa masinnya cuka seperti manisnya gula.
Sebutlah apa sahaja berkenaan cinta maka mukaddimahnya adalah kebaikan seiring perbuatan. Orang bercinta seolah berada pada dunianya yang tersendiri. Sampai adanya yang mengatakan bahawa ianya adalah syurga dunia yang terhiasa dek perasaan. Ia akan sentiasa mengharapkan sesuatu yang diluar daripada kebiasaan. Bila yang mengharap terbias daripada apa yang diharap, jiwa memberontak menahan immarah yang melanda.
Mula perasaan buruk sangka, memaki hamun, cercaan yang terbit dari bibir menggantikan pujian, baik sangka dan belaian yang selama ini membara. Kerendahan mula muncul seolah merekalah yang dianiaya, meletakkan diri pada kondisi tidak bermaya, berakhir dengan duka lara. Cinta mula berbau keluhan, seperti kenangan salma dan mahbub tidak kurang laila dan majnun.
Berkenalan Dengan Cinta
Cinta dalam pemahan istilah bahasa arab ialah “Hubb”. Pemahaman dan konsep hubb ini cukup menarik bila dikupas. Katanya terzahir dengan dua huruf tapi tersirat berjuta makna. Huruf ‘Ha’ dan ‘Ba’. Cuba perhatikan bila disebut ha maka mulut kita pasti terbuka dan bila disebut ba mulut akan tertutup. Tidakkah kita terfikir apa yang tersirat di sebaliknya? Satu tertutup dan satu terbuka.
Cinta ini mudah untuk dimanipulasi, samada kebaikan atau keburukan. Berlegar diantara keduanya ialah beribu persoalan. Cinta bila dimanipulasikan kearah kompas kebaikan maka akan wujudlah jalan-jalan menuju syurga. Sebaliknya bila ia dimanipulasi kearah kompas kefasikan maka wujud pula jalan menuju nereka.
Apabila kata itu terbaur, maka menitislah hujan harapan, berhembus angin ketulusan, rauk wajah bersinar bersama matahari yang bersinar cemerlang. Cinta ialah bukti pengabdian kasih sayang, hubungan, kesenangan, keredhaan dan ketenangan. Akan gugur lembaran kemarahan, luluh gelojak kejahatan, terpotong alur-alur kebencian, kedengkian dan padamlah bintang-bintang permusuhan.
Sebaliknya apabila jiwa tidak lagi tenang walaupun senang maka kita sebaliknya bertanya apakah itu cinta?. Apabila segalanya bertukar cinta juga bertukar. Itulah cinta yang sudah tersasar, jauh daripada lepangan ketenangan dan kasih sayang.
Kesedihan Yang Paling Sedih
Pernah orang bertanya, apakah perkara yang paling sedih yang berlaku pada seseorang manusia?. Perkara ini sering menjadi topik berbincangan antara sahabat-sahabat. Kesedihan yang paling sedih adalah apabila sesuatu perkara itu berlaku yang kita boleh mengubahkannya akan tetapi kita tidak mampu dek kerana kelemahan diri.
Contoh mudah ialah apabila seseorang yang kita sayangi meninggal dunia akibat kemalangan. Sudah tentu semua anggota, hati, jiwa, akal akan berasa sedih dan pilu. Air mata ini turun bagai tidak mahu berhenti. Tetapi sedarkah bahawa air akan surut jua dek lenturan masa dan waktu. Namun, tentu situasi ini berbeza jika proses itu mengambil masa yang lama. Contohnya ada ahli keluarga yang diserang penyakit kronik, memerlukan kos yang tinggi untuk sembuh. Walaupun ada jalan untuk kita berusaha mencari dana untuk kos perubatan, tetapi atas ketidakmampuan diri kita tidak dapat menyelamatkannya. Tentu kita boleh bersetuju bahawa kes yang kedua itu lebih memilukan.
Belajar Untuk Melepaskan (Learn To Let Go)
Teringat kata-kata di dalam sebuah drama yang cukup terkenal. Katanya ‘Cinta bukan sekadar memiliki tapi mencintai.’ Perlu diingat jika cinta itu bukan milik kita maka belajarlah untuk melepaskannya. Seseorang pernah membentak dengan keras, “kau cakap senang la, cuba terjadi pada kau!”. Memang susah dan saya tidak menafikannya. Cuma sebagai lelaki terkadang jadikkan ia sebagai cabaran dalam hidup. Meronta dan meraung bukanlah gaya seorang lelaki.
Berbalik pada yang asal kerana cinta bukan sekadar memiliki tapi juga melepaskan. Cinta itu bererti membebaskan manakala memiliki bererti mengikat dan mengongkong tanpa batasan yang tetap. Manakan tidaknya, semua benda hendak dikawal sebelum ada apa-apa ikatan. Dibawa kesana dan kemari, hidup sudah semacam suami isteri. Kedua-duanya mengejar kecantikan fana yang bila malam semua itu akan hilang. Begitu banyak dosa yang kita perbuat tatkala dulunya mengejar apa yang dikatakan cinta. Sahabatku “Learn to let go”.
Bicara Batas Padi
Hidup ibarat berbicara soal batas padi, sentiasa ada had dan batas dalam setiap laku. Bagi mereka yang berada dalam situasi diatas katakanlah aku antara insan terpilih untuk menyambung disebalik terputus. Bukankah putus cinta dengan hamba itu bererti bersambung kembali hubungan kita denganNya yang kita putuskan dahulu? Ingat atau tidak? Kita yang putuskan!
Kita selalu merasakan kita adalah orang yang terinaya dan selalu bertanya kepada diri “kenapa sanggup si dia sanggup berbuat begini”? kita sahaja yang betul dan semua orang salah. Sebenarnya siapa yang terinaya. Ya, kita yang terinaya kerana menginayai diri sendiri. Bersyukurlah untuk itu kerana ia peluang bagi kita untuk belajar “learn from our mistake”. Bukanlah setiap kesilapan itu memberikan peluang untuk kita meminta dan merintih?
“Wahai manusia, diberikan untuk kamu satu perumpamaan, maka dengarlah mengenainya; sesungguhnya mereka yang kamu seru selain dari Allah itu, tidak sama sekali dapat menciptakan seekor lalat pun walaupun mereka berpakat untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat menyelamatkan kembali. (maka) lemahlah yang meminta (untuk ditunai hajatnya), dan lemahlah yang diminta (untuk menunaikan hajat)”. (Surah al-Hajj: ayat 73).
Perhambaan Perasaan
Pernah suatu hari saya ditanya oleh seseorang tentang beberapa kes. Antara kesnya ialah si lelaki pernah menjalinkan hubungan dengan si perempuan dan pengakhirannya tidak cukup baik. Si lelaki telah berkahwin dengan perempuan lain. Tiba satu masa si lelaki ingin memperkenalkan isterinya pada si perempuan bekas kekasih lamanya.
“Awak, boleh tolong saya selesaikan satu kes” soalannya menampakkan fikiran tidak mampu lagi berfikir.
“InsyaAllah, kes apa” jawabku ringkas mengelak pertambahan peratusan serabut di kepala.
“What do you think if one husband introduce their his wife to his ex-girlfriend?. If that hubby is you what is your motive? I can't solve it.” tanyanya dalam bahasa inggeris menambahkan lagi penjelasan saya kepadanya.
“Maaflah, saya jelaskan dalam bahasa Melayu boleh? Supaya kejelasan itu lebih memberi kesan”. Jawabku seolah berkata dengan senyum.
“Pertama, isteri ialah sah disisi syara’ dan bekas kekasih ialah syajarah (sejarah). Pada pandangan saya apabila seseorang lelaki itu menunjukkan isterinya pada bekas kekasih, maka ia bergantung pada sejarah. Mungkin kalau bekas kekasih dia dulu tinggalkan dia. Berkemungkinan tunjuknya itu atas dasar si lelaki nak menyatakan yang dia boleh dapat wanita lagi baik daripada bekas kekasihnya.” Jelas saya panjang.
“Kedua adalah aspek sikap, lelaki ini ada ego yang tersendiri. Jadi berkemungkinan lelaki tadi hendak menunjukkan kemmapuan dia dalam perhubungan. Faktor yang ketiga ialah faktor pemutus, ini kerana dahulunya mungkin dia yang tinggalkan si perempuan jadi dia nak bagi petunjuk yang dia dah berpunya dan tidak mahu diganggu.” Jelas saya sambil menerangkan beberapa faktor.
“Emm, tapi kalau isteri dia tak cantik mesti isteri dia terasa?” soalnya seolah mahukan penjelasan konkrit.
“Kalau Isteri dia tak cantik takkan dia nak tunjuk kepada bekas kekasih dia”. Saya memberikan penjelasan yang agak mudah.
“Betul juga, tak kan dia nak tunjuk kalau isteri dia banyak kekurangan berbanding bekas kekasihnya. Mestilah isteri lebih banyak kelebihan”. Jelasnya seolah mengerti akan jawapan daripada soalan tadi.
Saya menjelaskan padanya bahawa faktor sikap adalah yang paling utama. Bergantung kepada asas niat dan tujuan. Tidak sama antara yang halal dengan yang haram, Isteri dengan bekas kekasih. Yang halal walaupun tidak secantik yang haram, halal tetapi berulamkan kebenaran, kesetiaan dan pengorbanan. Sebaliknya yang haram tetapi dihiasi kemurkaan, kefasikan dan kehinaan. Lama kelamaan dibuang di dalam tong sampah. Langsung tidak berguna!.
Teringat saya pada kisah seorang aktivis dakwah yang pernah mengalami tragedi hitam di alam percintaan. Setelah itu, jodoh isterinya diperkenalkan oleh gurunya. Walaupun isterinya tidak cantik berbanding bekas kekasihnya tapi lama kelamaan wajah itu bertukar, seolah dia memperolehi segalanya. Entahlah apa yang berubah? Wajah itu atau hati ini.
Kata Buat Semua
Saya teringat Dr. Aidh Abdulllah berkata bahawa cercaan yang engkau terima itu amat baik akibatnya bagi kamu, ibarat badan berasa sangat sihat walaupun dengan rasa sakit. Terkadang kita tidak menyukai sesuatu, padahal di dalamnya terkandung begitu banyak kebaikan. Terkadang kita menyukai sesuatu tetapi di dalamnya terkadung begitu banyak sekali keburukan. Sungguh Allah itu mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa.
Janganlah terlena oleh larutan urusan kerana orang yang terlena akan binasa. Redhailah keputusan Allah sebagai pemutus setiap perkara. Jangan sampai kita membenci keputusan yang telah dibuatnya kerana tidak sedikitpun yang merbahaya akan mendatangkan maanfaat. Di setiap segala mehnah akan ada kemaslahatan besar yang sebahagian besar daripada kita tidak sanggup untuk memahaminya dengan akal mahupun iman.
Aku Lepaskanmu Kerana Sayang
Ketika musim cuti sekolah menjelang, masa itu terisi dek masalah yang tidak kunjung habis. Masalah yang berpunca daripada kurangnya redha atas ketentuan Allah kepadaku. Masalah itu hilang sementara kala laungan takbir masih lagi kedengaran di corong masjid. Langkahku menuju ke masjid melihatkan ramai orang adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ramai yang bersampin berbaju melayu. Rupanya ada majlis akad nikah. Walauapapun tujuannya, ia menandakan masjid beralas kasih sayang akan terbina.
Relakan ku Pergi
Kisah sepupuku yang pernah meniti hari bahagia menanti binaan masjid mereka impikan tersergam indah. Waktu itu, segalanya sudah terancang bermula dengan pemilihan cincin hinggalah kepada tempahan peralatan walimatul urus telah siap sedia. Dua bulan itu dirasakan cepat tatkala menanti hari bahagia.
Hujan lebah mengiringi kepulangan pulang si jejaki dari Perak. Jejaka itu seorang guru yang baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan. Raya pada kali ini penuh girang, cincin pertunangan masih lagi terselit dijari. Semua sanak saudara amat menyenangi perangainya yang ramah dek kerana senyuman yang selalu terukir di wajahnya.
Ketawa kanak-kanak membaluti takbir raya dipagi itu, suasana sungguh ceria. Tidak siapapun mengetahui ia bakal bertukar derita. Telefon berbunyi memecah ketawa ria. Diangkat dengan ucapan salam. Suasana sunyi tatkala menyahut. Lama telefon itu berada ditelingan siibu, tiada suara kedengaran lagi kedengaran. Siibu menjawab hanya dengan linangan air mata, kemudian jatuh dipipi.
Tiada kata bisa keluar lagi, hanya air mata penterjemah segala. Anak yang disayangi itu, telah dipanggil menjengah alam yang gelap. Hanya amalan menjadi lampu meneranginya. Seribu langkah kaki kedengaran kerumah siibu. Air mata menderu diiringi pelukan tiada tertahan. Si tunang hanya memegang tisu yang sudah basah. Mungkin simati pada ketika itu berkata “relakan ku pergi”.
Antara Derita dan Airmata
Setiap takdir pasti terlaksana, setiap ajal pasti datang dan rezeki telah ditetapkan kenapa bersedih?. Setiap musibah, rasa sakit, dan kefakiran telah ditetapkan pahalanya maka kenapa sedih. Ayat ini senang untuk dituturkan tetapi hanya jiwa yang menanggung sudi menyahutnya. Tiba masanya untuk anda memandang diri anda mulia bersama mereka yang ditimpa musibah, dan menyedari hidup didunia merupakan penjara bagi orang-orang mukmin.
“Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana) dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul). (Surah Ibrahim : 45)
Qanaah, Redha dan Perkaitan dengan Qada’ dan Kadar
Qanaah ialah sikap rela dan puas dengan apa yang kita miliki, menanam sifat zuhud dan sikap menjaga diri. Jika seseorang itu mempunyai dua sikap sedemikian bererti ia telah mempunyai simpanan yang didalamnya merupakan gudang harta yang penuh dengan isi.
Menyedari bahawa segala sesuatu itu sudah tercatat, pasrah dan rela menerima musibah. Perkaitannya dengan redha adalah sangat rapat dimana perasaan pasrah dalam hati kepada Zat yang mengatur segala sesuatu, percaya dan yakin bahawa takdir yang telah ditentukan oleh Zat yang mentakdirkan adalah yang terbaik, percaya bahawa segala yang dipilih oleh-Nya adalah yang terbaik.
Takdir Telah Tertulis
Jika kita berpisah kerana telah ditentukan, bercerai , putus tunang atau kematian. Terimalah seluruh yang diperbuat Allah s.w.t terhadapmu dan jangan mengingati perubahan terhadap posisi yang telah ditentukannya untukmu. Sesungguhnya Ia lebih mengetahui kebaikan bagimu daripada dirimu sendiri. Kasih sayang-Nya juga melebihi kasih sayang ibumu kepadamu.
Dengarlah Moga Bangun Jiwamu
“(Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu”. (Surah Ar-Ra’d : 24)
Dengan KuasaNya
Cinta para sahabat membawa rahmat, kerana cinta tak mengenal warna kulit. Bilal yang hitam menjadi putih (hati). Cintanya membuatkannya bersanding bersama orang – orang pilihan (Ahlul Bait). Berbeza dengan cinta Laila dan Majnun, Mahbub dan Salma. Bait-bait kata mereka menjadikan telingan pekak, jiwa menjadi kesal dan menyesatkan anak-anak muda.
Buat Yang Tercinta
Akal tanpa cinta tak sanggup berfikir
Mata tanpa cinta tak sanggup melihat
Langit tanpa cinta tak sanggup dijunjung
Taman tanpa cinta tidak berbunga
Dengan cinta mulut tersenyum manis
Burung ditaman turut bermadah
Kebun tanpa cinta adalah sunyi
Telinga tanpa cinta adalah tuli
Dengan cinta terjalin persatuan
Dengan cinta tersebar kedamaian
Dengan cinta lebarlah kerukunan
Dengan cinta agama bertuan
-
Tulisan kali ini mengajak untuk saya dan anda menelusuri soal jalan. Jalan yang dibentangkan seluas-luasnya. Direnung setiap perkara yang te...
-
Kata Hukamak, Manusia lahir dengan tangisan. Manusia mati juga dengan tangisan. Apakah yang membezakan keduanya? Tangisan semasa terhadap du...
-
Jiwa RagaKu Sudah lama jari ku tidak menari, menari melukis kata yang selalu bermain difikiran. Ia meronta kesunyian kerana sudah lama terpe...
-
Buku ini amat berguna dengan menekankan beberapa Bahagian yang cukup menarik, 1. Bahagian satu – Nota Hati Seorang Anak 2. Bahagian dua – No...
-
Adat dalam waktu himpunan memiliki dunia. Yang hidup diselangi yang mati, yang muda diselangi yang tua. Yang sihat diselangi sakit. Ini kera...
-
Buku ini merumuskan kunci-kunci untuk kejayaan disampaikan dalam format yang mudah dan ringkas tetapi tepat. Rasulullah s.a.w. dan para saha...
-
Perkaitan dengan usrah Di IPGM KSM banyak kumpulan usrah yang mendokongi segelintar pelajar namun pelajar harus memahami metodologi yang buk...
-
Tulisan kali ini saya tumpukan pada skuad Harimau Malaya pimpinan Datuk K. Rajagopal. Tidak saya ingin mengulas secara taktikal permainan bo...
-
Khabaran buat Semua 12 hari terasa lama jari tidak menekan papan kekunci bagi menulis sesuatu. Tulisan pada kali ini terasa agak berat. Mung...
-
Sajak kali ini nukilan khas seseorang yang amat rapat denganku dahulu hingga sekarang. Mengajar banyak erti dalam kehidupan tatkala berada...