ISLAMIK

Editorial

HatiKu: Membelah Kesunyian


Jiwa RagaKu
Sudah lama jari ku tidak menari, menari melukis kata yang selalu bermain difikiran. Ia meronta kesunyian kerana sudah lama terpendam. Lalu bila sudah tiba masanya, ia ingin sekali menari dan terus melakar. Kata Orang “hidup merupakan peluang untuk belajar, Maka nikmatilah ia sekadar ada”. Bila ia kerap dikurung dan rasa dipaksa. Ia mula meronta, bercampur antara suka dan duka.

Lembaran Berbagai Rasa
Sejak 20 Mac 2010 banyak perkara yang bermain diminda. Jika ditanya apakah peristiwa yang terjadi, biarla ia menjadi tanda tanya dalam hembusan kata. Peristiwa yang tidak pernah kurasa dalam hidup. Terima kasih kepada pemberi rasa itu, semoga dalam penantian hidup akan bertemu apa yang dicari. Walaupun haluan itu berkemungkinan berbeza tapi dengan tali pengharapan, InsyaAllah semuanya berjalan seperti biasa.


Setiap perubahan membawa runtunan jiwa yang pastinya mengharap nusrah dari Ilahi. Perubahan memerlukan masa, ya... masa penyesuian atau adaptasi dalam menerima sesuatu perkara. Kadang-kadang kita hidup untuk memilih, kerana hidup adalah satu pilihan. Tidak dapat tidak seseorang mesti membuat pilihan dalam hidup, samada baik atau buruk juga terpulang pada pilihan.

Perubahan yang berlaku ku daki kepuncak dengan penuh keletihan, mencari dan terus mencari dimana tidak yang boleh ku percikkan air pengharapan. Berbulan kucuba menyesuaikan diri, terkadang lemah dan tidak berdaya, keletihan menghambat jiwa. Pagi dan petang malahan lewat malam. Namun kugagahi jua. Betul.. bila sesuatu itu sudah menjadi kebiasaan maka ia akan menjadi lebih senang.

Pengorbanan Mencapai Perubahan
Sekarang suasana penyesuian kian berubah, berubah mungkin kearah yang lebih baik. Namun selepas berlaku perubahan dan ingin semula beralih kepada keadaan biasa. Adalah perkara yang sungguh sukar. Ayat-ayat serta bait-bait kata masih terkenang dek rasukan dahulu. Letih jiwa ini menghambat kembali. Perubahan ini sekali lagi harus kuterima. Perubahan untuk kembali kepada asal.

Disebalik itu, ku harap keadaan masih seperti dulu. Mungkin suasana berbeza namun rasa yang pernah timbul kuharap kian bercambah walaupun tidak lagi dibajai dengan kenangan. Tulisan ini tidak mungkin difahami oleh semua. Ia akan hanya difahami jika pembacanya menjadi seseorang bernama MUHAMMAD HAFIFI.

Alihan Perasaan
Ramadhan kali ini bermakna bagiku kerana memperolehi pengalaman yang amat berguna dibumi Kedah Darul Aman. Bermula 27 Ramadhan bersamaan 6 September kakiku bergerak menuju negeri jelapang padi. Kugagahi dengan jemputan seorang akhi, mengajak untuk mendengar alunan Kalamullah di Masjid Negeri Kedah iaitu Masjid Zahir. Seperti biasa perjalanan ku kesana dihiasi dengan perasaan yang belum lagi berubah. Ia sungguh indah bertemankan segala bunyian dan padangan diluar Bas yang meruntun jiwa. Sesudah sampai di kedah, Tanganku bersama beg galas disambut penuh mesra oleh seorang akhi. Akhiku yang pernah kutulis pada entri yang lepas. Banyak mengajarku untuk menjadi yang terbaik sepanjang hidup. Kedatangan disambut mesra oleh keluarganya.

Perasaan ini tidak mungkin tergambar dek kata-kata. Sungguh indah pertemuan dan indahnya perpisahan bila didasari ukhuwah yang telah lama terjalin. Kakiku melangkah ke kamar tetamu yang telah disediakan.

“Hafifi, malam ni imamnya syeikh yg saya bagitahu sebelum ni, bacaannya cukup lunak”
“hehe.. baik, kita sama-sama dengar malam ni”

Perjalanan ke Masjid Zahir
Itu lah antara perbualan kami, minatnya berkenaan bacaan al-quran jelas terdengar melalui bait katanya. Berbekalkan Myvy yang telah tersedia kami meluncur laju ke Masjid Zahir. Suasana penuh teruja bila mengenangkan terlalu jauh datang untuk berterawikh. Sesampai di masjid air wudu’ ku jamah dengan rasa sayu mengenangkan ramadhan yang beberapa hari lagi akn meninggalkan umat islam. Saf hadapan menjadi tumpuan kami dan alhamdulillah kami berjaya solat hampir dibelakang imam. Tujuannya adalah untuk merakan alunan kasih Kalamul Allah dari Qari Syeikh Muhammad Musa. Akhiku cukup memujinya kerana kefasiahan dan kelancarannya dalam menghafal surah.

Masjid Zahir, Alor Setar

Seusai rakkat ke-8 tiba-tiba diteruskan dengan solat witir, Kepala ku ligat berputar. “Kenapa lapan rakaat? Selalunya 20” baru fikiran ini mengerti bahawa hari itu ada Majlis Khatam Al-Quran. Sesudah itu kami turut mengikuti majlis tersebut. Mataku ini sudah tidak tertahan lagi, namun kugagahi jua. Ramai orang-orang kenamaan yang datang, ahli-ahli majlis fatwa negeri kedah, mufti dan yang paling meriah, baginda sultan kedah turut mencemar duli menyempurnakan majlis tersebut. Qari yang menghiasi corong radio pada jam 10.45 di Kedah.FM turut bersila untuk memperdengarkan bacaan masing-masing. Semuanya membacakan surat cinta daripada Allah dengan lunak, diketuai oleh mufti kerajaan negeri kedah, terdapat juga peserta Akademi Al-Quran yang juga merupakan finalis menyempurnakan majlis pada malam itu.

Perjalanan Sekitar Kedah
Seseungguhnya berkelana bersama seseorang yang mempunyai kecenderungan terhadap agama berbeza dengan mereka yang biasa-biasa. Setiap bait kata terselit buah-buah yang berguna buat bekalan hidup. Kami melihat masjid-masjid di sekitar kedah, perjalanan kami dari Alor Setar ke Jitra pada pagi itu sungguh bermakna. Sempat juga bertemu rakan sekelas yang juga menetap di Taman Sarina, Jitra. Celoteh kami membuah ceria dengan tawa dan gurauan yang sedikit mencelah. Yayasan AlBukhari, Masjid Al-Bukhari dan Komplek Al-Bukhari turut menjadi tumpuan. Sempat juga singgah di Kolej Universiti Insaniah untuk mendengar tazkirah ramadhan sempena bulan Ramadhan.

Masjid Al-Bukhari

Sekali lagi perjalanan pada hari kedua ke Masjid Zahir bersama Akhi, tetapi kali ini kami pergi dengan menaiki motosikal. Beberapa lampu merah dilanggar olehnya untuk mengejar masa yang hampir suntuk untuk berbuka. Dalam fikiranku ligat berfikir “betul ke ni akhi yang kukenal dulu, semua lampu merah tidak dipedulikan”. Memang pada waktu itu sudah kurang kereta yang meluncur dijalan. Sebelum berangkat, Akhiku sempat bertanya

“Hafifi cuba jawab soalan ni, Kenapa malam ni kita naaik motosikal bukannya kereta?”
“Fikir dulu, dah sampai masjid boleh jawab” bertanya sambil ketawa.

Perbualan Bermakna
Sesudah selesai berbuka puasa dimasjid, akhiku bertanya :
“Hafifi, bagaimana dengan jawapan soalan tadi?” tanya akhi
“Emm, kita tak naik kereta sebab kereta abang akhi guna” jawapanku mendunga. Walaupun ku tahu itu bukan jawapan yang dikehendaki.
“hehe, yang tersirat?” tanya akhi lagi.
“hehe, tak tahu” jawabku ringkas.


“Hafifi, dalam hidup kita jangan spesifik dengan nikmat yang kita dapat. Contohnya pada malam ni kalau kita tidak dapat kereta tapi motosikal ada, kita naik motosikal. Nikmat yang Allah berikan banyak, kalau kita tak dapat apa yang kita hajati jangan merungut. Sebab disebalik kejadian ada hikmah yang tidak kita ketahui. Ramai manusia yang marah apabila permintaannya tidak dipenuhi. Kalau marahkan manusia boleh gagah lagi, tapi sampaikan marahkan Allah ini sesuatu yang tak elok. Saya diberikan kereta yang baik, kadang-kadang bimbang takut ia akan dipersoalkan oleh Allah.


“Kalau Allah tanya kereta kamu baik, kenapa tak boleh datang masjdi? Apa saya nak jawab nanti” Sambungnya.


“Nikmat dalam hidup kita jangan siakan, darisegi kehidupan apabila kita membandingkan diri kita dengan orang jauh lebih baik (contohnya darisegi kekayaan) dari kita maka kita harus merendah diri dengan melihat orang tidak bernasib baik (seperti orang yang tidak berkemampuan. Namun dalam soal ibadat kita tidak boleh membandingkan diri kita dengan orang yang ibadatnya kurang. Contoh “orang itu pergi masjid sekali sehari, aku dh kira bagus kerana pergi masjid dua kali sehari” sepatutnya kita melihat orang yang jauh lebih baik, contohnya “ orang itu pergi masjid empat kali sehari, aku mesti pergi lima kali sehari”

Itulah bait-bait kata akhiku yang menjadi ingatan sampai sekarang. Indahnya hidup bila kita banyak berfikir tentang persoalan kehidupan. Sesudah selesai solat tarawikh pada malam itu, kami berangkat pulang ke rumah. Pada pagi keesokkan harinya, akhiku menemani aku ke Butterworth kerana tiket bas pada hari rabu tiada dari Syahab Perdana ke Kota Bharu.

Indahnya pertemuan berulamkan Ilahi. Akhiku sanggup menemaniku sampai Butterworth yang mengambil masa satu jam setengah dengan menaiki bas. Basku untuk pulang sudah sampai, Badan Akhiku ku peluk erat tanda terima kasih atas jasa-jasa beliau selama ini dalam hidupku. Sesampai di rumah satu pesanan ringkas muncul.

Pandangan Pembaca
Tags:

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top