ISLAMIK

Editorial

Belajar Untuk Melepaskan


Kata Hukamak, Manusia lahir dengan tangisan. Manusia mati juga dengan tangisan. Apakah yang membezakan keduanya? Tangisan semasa terhadap dua justifikasi tangisan kegembiraan dan tangisan ketidakselesaan. Tangisan tika mati adalah justifikasi tangisan kesedihan ataupun kegembiraan.

Tangisan kala baru lahir membentuk dua justifikasi, ibu yang mengalir air mata tanda kegembiraan yang amat sangat. Namun, tangisan kesedihan bayi kerana telah keluar dari alam rahim yang penuh keseronokkan. Berbeza dengan tangisan kematian. Seluruh ahli keluarga menghadapi kesedihan tatkala saudara terdekat mereka meninggal. Tangisan juga dibawa oleh si mati. Tangisan kedukaan (melihat gambaran neraka) atau kegembiraan tatkala melihat gambaran syurga.

Tulisan kali ini saya bawakan pendapat yang dikendong sepanjang saya mengendalikan diri sendiri. Sebenarnya agak susah untuk menilai diri sendiri. Sebab itu apabila kita hendak menilai diri, kita tidak menilainya darisegi pujian yang melangit. Tetapi kita menilai daripada kritikan sedalam lautan. Dari musuh kita. Konsep belajar untuk melepaskan saya ceritakan daripada dua sisi pandang. Hubungan antara manusia dan hubungan dengan Allah, dengan membawa persepsi dua cerita. Terimalah “Belajarlah Untuk Melepaskan”.

Cerita pertama:
Maya: Ummi kenapa dengan adik tu?
Ummi: Adik sakit, dia kelemasan semasa lahir.
Maya: Kelemasan? Waktu lahir pun boleh lemas ke ummi?
Ummi: Boleh. Sebab waktu kelahirannya terlalu lama.
Maya: em, kenapa banyak je wayar dalam mulut adik Ummi?
Ummi: Sebab nak masukkan oksigen. Kita perlu oksigen untuk hidup, Kan Maya?
Maya: Ya ummi. Dah lama adik macam tu kan Ummi?
Ummi: Doktor cakap kita terpaksa berpisah dengan adik beberapa jam lagi.
Maya: Kenapa Ummi? Maya tak mahu berpisah dengan adik. Adik tak boleh sembuh ke?
Ummi:  Kita terpaksa Maya. Sebab Allah lebih sayangkan Adik berbanding kita.
Maya: Kalau Allah sayang, kenapa Allah nak matikan adik. Biarlah adik hidup.
Ummi: Maya, kalau adik mati. Adik tak ada dosa. Agaknya orang yang tiada dosa masuk ke mana?
Maya: Ke syurga kan Ummi?
Ummi: Wah, macam ni lah anak Ummi. Allah sayangkan Adik. Sebab tu Allah matikan adik supaya adik masuh dalam syurga. Dalam syurga nanti boleh bertemu Allah.
Maya: Maya pun nak masuk syurga juga ummi, Boleh jumpa dengan adik.
Ummi: InsyaAllah. Anak ummi kan baik.

 
Perbualan mereka sayup terdengar dek lantunan kaca di bilik kaca. Melihat anak dan adik mereka dipenuhi dengan wayar. Talian hayat kehidupan. Wajah yang suram bakal bertukar duka. Namun, secara tidak sedar mereka belajar untuk melepaskan. Derap kaki doktor sudah berbunyi tanda perpisahan yang mereka takuti bakal menjelma. Mesin talian hayat akan ditutup. Petanda perpisahan makin dekat. Tangan bersalut getah itu menekan butang “Off”. Seluruh keluarga berhimpun. Mata mereka tak sanggup terbuka. Hati mereka tertutup rapat. Mesin itu berhenti berbunyi. Menandakan perpisahan menjengah di daerah rasa. Bungkam.

Cerita Kedua:
“Irwan, 3 bulan lepas dengar cerita nak kahwin. Bila tarikhnya?” tanya Firdaus tersenyum.
“Rasanya macam tak jadi, Allah dah tentukan agaknya” senyumannya menggalas beban.
“oh, kenapa? Apa yang sudah jadi?” agak terkejut.
“Itulah  sayang namanya, bukankah dalam filem Ketika Cinta Bertasbih ada ayat mencintai berbeza dengan memiliki, Bukan kau yang minat cerita tu dulu kan? Tanya dijawab dengan tanya sambil bergurau. Irwan cuba menyembunyikan perasaannya.
“kau ni kesitu pula, aku tanya baik-baik. Apa masalahnya?” persolan kembali menerjah.
“Aku nak dia bahagia, aku sakit. Walaupun keadaan tidak teruk sangat tapi aku bimbang ia parah” irwan tersenyum.
“Sakit dulu tu ker? Kan masih dalam pemantauan?” InsyaAllah. Semuanya akan selamat.
“Sebab nak selamatlah aku ambil jalan selamat”
“Pandai kau jawab. Macam tu pula, itu melarikan diri namanya” Firdaus mencebik.
“Bukan Firdaus, itu belajar untuk melepaskan” tambah Irwan.
“Samalah, melarikan diri dan melepaskan diri”
“Tidak Firdaus, tak sama. Aku amat menyayanginya. Aku mahu melihat dia bahagia walau kami tidak bersama. Kebahagiaannya adalah kegembiraanku. Aku melihat kebahagiaan itu dalam jangka masa panjang. Apa guna kita bahagia sementara tapi derita berpanjangan. Lebih baik cegah daripada merawat” sebak di dada irwan mula menguntum.
“Semasa nak lepaskan apa katanya?”
“Dia sedih juga, Cuma aku tak beritahu yang aku lepaskannya sebab aku sakit” Irwan ketawa sambil Firdaus menjeling agak pelik.
“Habis tu kau beritahu macam mana?” jelingan Firdaus bertambah.
“Aku beritahu aku ada perempuan lain. Lepas tu dia sedih bercampur marah. Saja aku biarkan dia sakit hati dengan aku. Berpisah dengan kebencian adalah lebih mudah daripada berpisah dengan ketulusan dan keikhlasan” matanya bersinar.
“Keikhlasan atas dasar yang tidak jujur. Itu maksud engkau?”

Kali ini suara Firdaus tinggi. Mungkin kerana tidak setuju dengan cara Irwan. Angin petang itu turut deras menyusur. Mungkin juga tanda tidak setuju dengan Irwan. Taman Imtihan itu penuh dengan orang awam. Rakyat marhain. Namun, mereka tidak mempedulikan orang yang ramai. Tajuk perbicangan lebih penting untuk diperhatikan.

“Habis tu, dia macam mana sekarang?” aras fikir Firdaus makin bertambah.
“Dia cantik, pandai dan baik, bermodalkan itu aku yakin dia akan bertemu dengan orang yang bijak, kacak dan soleh” kaca di mata Irwan bertambah, seakan sukar.
“Pilihan ditangan kau, fikir dan buatlah yang terbaik. Lagipun dah lama aku kenal kau. Masak aku perangai engkau yang suka bermadah dan sensitif tu”
“Nanti aku sakit, kau boleh jaga aku kan?”
“Boleh, siap boleh angkat tayar depan kerusi roda tu. Macam mat rempit buat.”

 
Nada gurauan itu mencecah kaca dimata Irwan. Gurauan Firdaus mengembalikan mood mereka yang hilang. Tawa dan sahabat, penguat semangat. Iman dan takwa penghias duka dan kepenatan. Kadang-kadang lisan kita terpaksa membuahkan kata nista. Demi satu keyakinan kita perlu membina kekuatan. Dengannya penipuan bertukar helah, membentuk satu kesimpulan dalam melihat masa depan. “Belajarlah untuk melepaskan”.

Dua cerita yang saya bawakan telah mengalami pengubahsuaian setara dengan mood penceritaan. Saya memohon maaf jika ada prinsip-prinsip dengan bertentangan dengan ideologi pemikiran pembaca. Belajarlah untuk memaafkan, akan mudah untuk kita melepaskan.  Lihat arah dan tuju kita, dimana dan kemana haluannya. Melihat Allah yang menuntukan segalanya untuk kita. Ia adalah sikap yang perlu dalam menilai dan mentafsir pembagai wadah dan rupa. Memang kita akan sedih, kerana sedih itu fitrah.

Muhammad Hafifi
1.30 pagi
Lembah Sireh
Malaysia.

Pandangan Pembaca
Tags:

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top