ISLAMIK

Editorial

Kumpulan Usrah Jangan Wujudkan Fitnah

Perkaitan dengan usrah
Di IPGM KSM banyak kumpulan usrah yang mendokongi segelintar pelajar namun pelajar harus memahami metodologi yang bukan sahaja berkaitan dengan usrah tetapi keadah yang sesuai. Proses tarbiyyah Islamiyyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu. Usrah adalah medan di mana ahlinya menjalani satu proses pembentukan yang dibina diatas semangat ukhuwwah al-islamiyyah. Ia membawa maksud penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.

Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjemaah. Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (petugas) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kepentingannya tidak boleh kita nafikan.



Sedih hati ini
Namun hati ini bagai dilanda badai yang menesuk jiwa. Pada petang rabu badan ini ku rebahkan sekadar berehat dibilik memandangkan terlalu letih dengan kelas dengan bertemankan rasa mengantuk. Aku memandang terus ke keluar padang memerhatikan gelagat kawan-kawan yang berlatih untuk pertandingan ragbi. Tapi ditepi padang ragbi aku melihat sekumpulan muslimat yang membentuk bulatan dibawah pepohonan rendang. Aku bertanyakan diriku, "itu usrah ke?".Betul usrah boleh dilakukan dimana sahaja. Tetapi tidakkah terfikir bahawa ia akan membawa fitnah yang lebih besar daripada manfaat usrah itu sendiri. Keesokan paginya ramai yang bertanya;

“Pi apa yang diorang buat kat bawah pokok tu semalam?”
Mulut ku berat hendak mengukir kata-kata. Kumpulan usrah sebegini harus melihat kesesuaian tempat untuk mengelak fitnah dan melebihkan manfaat. Ingat usrah adalah sesuatu yang asing bagi pelajar IPGM KSM. Jika diteruskan maka orang yang kurang faham dan akan memikirkan melalui padangan yang skeptik. Fikir baik-baik nasihatku ini. Lebihkan fikir dan tambahkan zikir.

Nilai Kehidupan Muslim
Sebuah perbualan yang menjadi ingatan disuatu tempat;
“Pi, macam mana kita nak menjadi muslim yang baik” Tanya seseorang.

Mungkin anda tertanya kenapa “pi”? jika di kelantan rakan-rakanku memanggil dengan nama itu. Berbeza di IPGM KSM rakan-rakan selalu memanggilku dengan nama fifi. Jelas sekali diri ini tidak menyukainya kerana ianya menurutku sesuai dengan perempuan. Hatiku tertanya kenapa nama yang tercipta hasil perahan otak emak dan ayah seentengnya dipanggil dengan nama singkatan yang kurang sempurna darisudut makna samada secara literal ataupun maknawi. Aku lebih suka jika namaku disebut dengan penuh sekadar Hafifi sudah cukup walaupun tidak Muhammad Hafifi. Berbalik pada cerita tadi, jawabku ringkas.

“kita mesti mengutamakan Fardhu Ain lebih daripada Fardhu Kifayah” Jawabku menduga.
“Macam mana tu, ana kurang faham” beliau bertanya menagih seribu jawapan.
“Maksudnya agama mesti dijadikan prioriti lebih daripada segalanya” jawabku ringkas.

Maksud tersurat
Ya, mungkin kurang difahami maksudnya. Itulah hakikatnya sedang kita di dunia perguruan sibuk dengan pelbagai tugasan yang diberi namun agama mesti sentiasa diletakkan sebagai elemen utama yang mendokongi kehidupan yang singkat ini. Saya memberikan formular yang cukup mudah yang berbumbungkan bumi yang nyata. Katakan anda belajar (study) selama sejam, anda mencari agama untuk sejam lagi ia bermakna berganda. Ingat orang yang baik bukan sahaja berbangga dengan apa yang ada padanya tetapi ia juga turut diberikan untuk orang lain. Hidup untuk memberi lebih membuahkan seribu kesenangan didalam hati dengan hanya menerima.

Memberi akan lebih banyak menerima
Dr, A’id Abdullah Al-Qarni iaitu penulis buku Best Seller bertajuk La Tahzan menyebut “Orang yang pertama mendapat manfaat daripada sesuatu kebaikan adalah orang yang melakukannya”. Maka belajarlah untuk memberi kerana sifat Allah juga terkenal dengan memberi. Ya.. sentiasa memberi.. Kata orang bijak pandai “Meminjam terlalu banyak daripada Allah, ironinya walaupun pinjaman itu masih tertunggak, namun Allah tidak pernah menarik semuala pinjaman yang diberikan kepada kita, jika ditarik maka terhentilah perjalanan dunia.


Tersebutlah suatu kisah
Kisah terulung pernah menyebut bahawa, Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. yang bermaksud: “tatkala Allah mencipta bumi, maka bumi pun bergetar. Maka Allah mencipta gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya, ternyata bumi pun diam. Malaikat diam dengan penciptaan gunung tersebut.
Kemudian mereka pun bertanya: Ya Rabbi, adakah sesuatu yang engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?
Allah menjawab, Ada iaitu besi”.
Malaikat pun kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih hebat daripada besi?
Allah menjawab “ada iatu api”.
Malaikat pun kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih hebat daripada api?
Allah menjawab “ada iaitu air”
Malaikat pun kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih hebat daripada air?
Allah yang Maha Tinggi menjawab “ada iaitu angin”
Malaikat pun bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih hebat daripada angin?
Allah yang Maha Gagah dan yang Maha Dahsyat Kekuatan-Nya menjawab “ada anak adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanan dimana tangan kirinya tidak mengetahuinya ” Baca Selanjutnya..

Pandangan Pembaca
Tags:

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top