Ketika musim cuti sekolah menjelang, masa itu terisi dek masalah yang tidak kunjung habis. Masalah yang berpunca daripada kurangnya redha atas ketentuan Allah kepadaku. Masalah itu hilang sementara kala laungan takbir masih lagi kedengaran di corong masjid. Langkahku menuju ke masjid melihatkan ramai orang adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ramai yang bersampin berbaju melayu. Rupanya ada majlis akad nikah. Walauapapun tujuannya, ia menandakan masjid beralas kasih sayang akan terbina.
Relakan ku Pergi
Kisah sepupuku yang pernah meniti hari bahagia menanti binaan masjid mereka impikan tersergam indah. Waktu itu, segalanya sudah terancang bermula dengan pemilihan cincin hinggalah kepada tempahan peralatan walimatul urus telah siap sedia. Dua bulan itu dirasakan cepat tatkala menanti hari bahagia.
Hujan lebah mengiringi kepulangan pulang si jejaki dari Perak. Jejaka itu seorang guru yang baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan. Raya pada kali ini penuh girang, cincin pertunangan masih lagi terselit dijari. Semua sanak saudara amat menyenangi perangainya yang ramah dek kerana senyuman yang selalu terukir di wajahnya.
Ketawa kanak-kanak membaluti takbir raya dipagi itu, suasana sungguh ceria. Tidak siapapun mengetahui ia bakal bertukar derita. Telefon berbunyi memecah ketawa ria. Diangkat dengan ucapan salam. Suasana sunyi tatkala menyahut. Lama telefon itu berada ditelingan siibu, tiada suara kedengaran lagi kedengaran. Siibu menjawab hanya dengan linangan air mata, kemudian jatuh dipipi.
Tiada kata bisa keluar lagi, hanya air mata penterjemah segala. Anak yang disayangi itu, telah dipanggil menjengah alam yang gelap. Hanya amalan menjadi lampu meneranginya. Seribu langkah kaki kedengaran kerumah siibu. Air mata menderu diiringi pelukan tiada tertahan. Si tunang hanya memegang tisu yang sudah basah. Mungkin simati pada ketika itu berkata “relakan ku pergi”.
Antara Derita dan Airmata
Setiap takdir pasti terlaksana, setiap ajal pasti datang dan rezeki telah ditetapkan kenapa bersedih?. Setiap musibah, rasa sakit, dan kefakiran telah ditetapkan pahalanya maka kenapa sedih. Ayat ini senang untuk dituturkan tetapi hanya jiwa yang menanggung sudi menyahutnya. Tiba masanya untuk anda memandang diri anda mulia bersama mereka yang ditimpa musibah, dan menyedari hidup didunia merupakan penjara bagi orang-orang mukmin.
“Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana) dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul). (Surah Ibrahim : 45)
Qanaah, Redha dan Perkaitan dengan Qada’ dan Kadar
Qanaah ialah sikap rela dan puas dengan apa yang kita miliki, menanam sifat zuhud dan sikap menjaga diri. Jika seseorang itu mempunyai dua sikap sedemikian bererti ia telah mempunyai simpanan yang didalamnya merupakan gudang harta yang penuh dengan isi.
Menyedari bahawa segala sesuatu itu sudah tercatat, pasrah dan rela menerima musibah. Perkaitannya dengan redha adalah sangat rapat dimana perasaan pasrah dalam hati kepada Zat yang mengatur segala sesuatu, percaya dan yakin bahawa takdir yang telah ditentukan oleh Zat yang mentakdirkan adalah yang terbaik, percaya bahawa segala yang dipilih oleh-Nya adalah yang terbaik.
Takdir Telah Tertulis
Jika kita berpisah kerana telah ditentukan, bercerai , putus tunang atau kematian. Terimalah seluruh yang diperbuat Allah s.w.t terhadapmu dan jangan mengingati perubahan terhadap posisi yang telah ditentukannya untukmu. Sesungguhnya Ia lebih mengetahui kebaikan bagimu daripada dirimu sendiri. Kasih sayang-Nya juga melebihi kasih sayang ibumu kepadamu.
Dengarlah Moga Bangun Jiwamu
“(Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu”. (Surah Ar-Ra’d : 24)
Dengan KuasaNya
Cinta para sahabat membawa rahmat, kerana cinta tak mengenal warna kulit. Bilal yang hitam menjadi putih (hati). Cintanya membuatkannya bersanding bersama orang – orang pilihan (Ahlul Bait). Berbeza dengan cinta Laila dan Majnun, Mahbub dan Salma. Bait-bait kata mereka menjadikan telingan pekak, jiwa menjadi kesal dan menyesatkan anak-anak muda.
Buat Yang Tercinta
Akal tanpa cinta tak sanggup berfikir
Mata tanpa cinta tak sanggup melihat
Langit tanpa cinta tak sanggup dijunjung
Taman tanpa cinta tidak berbunga
Dengan cinta mulut tersenyum manis
Burung ditaman turut bermadah
Kebun tanpa cinta adalah sunyi
Telinga tanpa cinta adalah tuli
Dengan cinta terjalin persatuan
Dengan cinta tersebar kedamaian
Dengan cinta lebarlah kerukunan
Dengan cinta agama bertuan
No comments: