ISLAMIK
Pesanan: Pada Jalan Kebenaran dan Kesabaran
Pesanan Seorang Akhi“Hidup bererti keletihan. Setiap hari kita dihambat kesibukan dunia, beramallah untuk menghadapi alam seterusnya biarpun kita keletihan didunia, kerana kita tidak mahu diakhirat juga keletihan itu menghambat diri. Pastikan kita hanya letih sekali iaitu didunia bukan diakhirat. Pendek kata jangan sampai letih dua kali” – Terima Kasih Akhi.
Tulisan Pembukaan
Papan kekunci berbunyi lagi, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Masa terbaik dalam mencorak suatu lakaran hati penuh perHATIan. Minda ini terus tenggelam dalam benak penuh kesyahduan, meniti segala yang mungkin namun masih tidak pasti. Ajaklah mata hati kita berfikir tentang kebesaran kurniaan tuhan yang tidak berbelah bagi, biarkan ia tenggelam didalam hati menjadi kuburan sampai akhirat. Tulisan kali ini menarik minda anda menerobos soal pesanan. Pesanan bagi yang leka dan alpa.

(1) Demi Masa! (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (3) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-‘Ashr)
Sosiobudaya Arab dan Melayu
Dalam hidup kita sering dipaparkan dengan satu persimpangan yang harus dipilih. Oleh itu soal pemilihan amat penting. Pandanglah ke hujung timur barat, masyarakat yang diturunkan Nabi Muhammad S.A.W untuk menyebarkan satu gedung kenikmatan Syurga iaitu ISLAM. Addin yang satu-satunya KAFFATAN. Orang Arab terkenal dengan sikapnya yang kasar. Singkaplah YOUTUBE perhatikan gelagat mereka. Walaupun mereka bergurau tapi gurauan itu agak kasar jika diperhati dari sisi pandangan kita, masyarakat bangsa merdeka mudah lupa MELAYU.
Ajaran Sejarah
Sejarah mengajar kita, kerasnya hati orang arab ini sehinggakan Khalifah Umar R.A ketika zaman jahiliyyah sanggup menanam anak beliau hidup-hidup. Ketua Angkatan tentera Rasullullah iaitu Khalid Al-Walid membunuh bapa saudara Baginda saidina hamzah sebelum beliau memeluk islam. Namun Saidina Umar R.A ketika mendengar Surah Taha, hati bergelinang penuh takjub tatkala ayat ini bergema dan memeluk islam dengan erat:
“Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.(2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (3)”(Surah Taha Ayat 2 dan 3)
“Nah, lihat masyarakat Arab. Mereka apabila ditegur tentang sesuatu kesalahan, mereka terus memeluk erat dan mencium sahabat mereka yang menegur” Kata seorang rakan yang belajar ditanah kering kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Namun lain ceritanya dengan sebahagian masyarakat Melayu, selembut-lembut hati orang Melayu apabila ditegur terus meronta penuh kebencian.
Tulisan ini terbit tatkala kritikanku pada tulisan bertajuk Cinta: Relakah Kau Menanti. Pesananku sebenar untuk mereka yang lain namun ada yang terasa. Ketika berjumpa dan bertanya pada suatu tempat, mata ini merenung tajam melihat gelagatnya yang kurang senang denganku. Apabila berjumpa langkah kaki melangkah jauh dan terus jauh dariku. Namun sehari kemudian baru ku ketahui dia terasa dengan tulisanku melalui seorang rakan sekelas. Lalu lantas kaki menuju kerusi jari menjengah papan kekunci lalu “I’ve deleted the paragraph that has been written that isn’t officially targeted on him”.Kesal menuju Kekecewaan
Kesal kerana sepatutnya dia bersikap syukur kerana ada yang berpesan, pesanan membina bahagia bukan pesanan runtuhan jiwa yang jatuh. Melarikan diri bukan jalan penyelesaian, Lari daripada masalah ia menujukkan jiwa yang lemah dan kaku. Bertindaklah segera mampu mengubat segala yang terluka. Namun, penyelesaian harus berhikmah, bait kata perlu disusun agar yang lain tidak turut terkena biasnya.
Biasakanlah lidahmu mengucapkan “Maafkan saya”. Memohon maghfirah yang perlu, lahir dari hati yang ikhlas. Bukan berdiam seribu bahasa ungkapan rasa tak terucap. Elakkan diri dari mengumpat kerana ia seperti memakan daging saudaramu. Ungkapan hanya setakat yang perlu.
Berjuanglah Wahai Sahabatku
Sungguh Diri Kalian Tiada Pengganti
Tabir baru bakal bermula dengan beberapa perubahan yang amat saya rindukan. Rindu bersama sahabat-sahabat semester 8 yang bakal meninggalkan bumi IPG KSM. Terasa sayu bila mengenangkan mereka yang banyak berjasa dalam hidup. Sungguh diri kalian tiada pengganti. Benar kata orang, bila seseorang itu berada dekat dengan kita maka kita akan kurang menghargai mereka. Kita akan menghargai hanya bila mereka tiada. Begitulah kelemahan manusia yang kurang menilai, kurang melihat pada pandangan jauh. Hanya dilihatnya hanya pada babak-babak kehidupan semasa tanpa menjengah jauh kedepan.
Peperiksaan akhir semester ini sungguh tidak bersedia. Entah berapa rendah pointer bila memasuki semester 5. Beberapa perkara menggangu kepala yang ligat berpusing mencari arah yang jelas. Namun kekaburan perasaan memungkinkan jalan itu ku lihat seolah fatamorgana. Namun, insyaallah akan diperbaiki untuk kebaikan.
Namun tidak sepertimana kebiasaan saya tidak pulang ke rumah pada hujung minggu walaupun jarak antara Besut dan Kota Bharu agak dekat. Ramai kawan-kawan bertanya kenapa tidak pulang? Jawabku mudah, hanya ingin menghabiskan baki masa yang tinggal bersama sahabat-sahabat semester 8. Coretan kali ini ingin memberikan satu definisi terhadap 3 orang yang menjadi kenalan rapat bersama semester 8 iaitu Mohd Adhwan Bin Abdul Latif, Rauhan Bin Mohd Ruslan dan Mohd Quddus Bin Rosli.
Mohd Adhwan Bin Abdul Latif
Senyuman yang terukir pada wajah sahabat ini sukar dicari ganti. Bila terkenangkan ukhwah yang terjalin sejak perkenalan membuatkannya lebih menarik. Liuk lentuk suaranya yang menemani pagi hari di Surau tidak lagi akan kedengaran dan sayalah orang yang paling rindukan suara itu. Dendangan surah Al-Mulk, Al-Baqarah, Ibrahim, As-Sajadah bersama Al-Insan pastinya akan jarang lagi kedengaran. Itulah dia menyumbangkan suara walaupun ramai yang bercakap di belakang menabur seribu macam fitnah.
Sahabat ini banyak menemani hidup dikala langkah kaki menuju segenap tempat di IPG KSM. Dari gimnasium hinggalah ke dalam rumah-rumah warden bagi urusan-urusan kerja. Sikap dan pemikiran yang dewasa membuatkan dirinya disenangi oleh pensyarah. Lirikan mata melalui kaca mata itu tidak lagi bisa untuk kita lihat, suaranya jauh untuk didengar. Selamat berjuang di alam guru, WAHAI SAHABAT.
Rauhan Bin Mohd Ruslan
Nada Suara sahabat ini akan kurindui selalu. Dia sebenarnya banyak mengajar saya erti dalam setiap perlakuan yang ada. Pernah saya lakarkan kisahnya pada Entri ini. Semangat yang ditunjukkan beliau tidak pernah luntur. Dua tahun memegang jawatan Ketua Biro Agama dan Pendidikan bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi itulah yang ditunjukkan oleh sahabat ini yang banyak jasanya dalam penbentukkan Surau Al-Firdaus.
Saya mengakui terdapat sedikit masalah diantara kami berkaitan dengan KRM itu sendiri. Alangkah indahnya jika kita dapat melihat lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Hati yang terasa itu biarkan ia pulih dengan sendiri. Jangan diracun dengan berbagai “bisa” yang tidak “bisa” dirawat. Kepada Sahabatku Rauhan pemergianmu akan meninggalkan seribu kesan dalam diri.
Mohd Quddus Bin Rosli
Sahabat ini kelihatan biasa-biasa sahaja. Namun sudah pasti dalam biasa tercalit titik-titik luarbiasa yang pasti indah untuk diungkap. Bersama Rauhan dalam membina KRM adalah suatu yang indah saat kembara bersama. Senyuman dan gurauan yang tidak lekang dibibir adalah senjata utama pengubat pilu. Sahabat ini senang didekati seolah tidak wujud jurang senioriti antara kami.
Banyak juga jasanya dalam diri ini. Kata-kata beralas bujukan tidak lagi akan kedengaran. Buat sahabatku Quddus, Kehilanganmu memberi bekas hati yang tidak mampu ditampung dek tempelan biasa-biasa.
Mengenali Seseorang itu
Teman yang dicari sebenarnya bukan untuk keseronokan, kepuasan, kemewahan dan gelak tawa semata-mata. Akan tetapi teman yang dicari ialah untuk sama-sama menyatukan hati masing-masing di dalam keikhlasan dan kejujuran sehingga kita merasakan manisnya ukhwah yang terkesan daripada seorang teman yang dimilki.
Sesungguhnya mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Sesungguhnya mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita mengalir air mata. Sesungguhnya mengenali seseorang itu kadangkala memberikan kita setuju rasa. Tetapi sedarkah kita mengenali seseorang itu adalah sebenarnya satu anugerah. Biarpun hadirnya cuma seketika dan sekadar teman sementara. Bersyukurlah dengan kehadirannya. Barangkali melaluinya kita akan menegerti apa itu erti hidup.
Selamat Hari Raya Iduladha
Pembetulan Sebutan
Saya ingin berkongsi tentang perkara remeh bukan temeh. Ia berkaitan dengan pandangan masyarakat Islam di Malaysia tentang Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban dan juga ejaan beserta sebutan yang mesti diperbetulkan. Sudah tersurat di dalam Kamus Dewan Bahasa bahawa ejaan Raya Raya Korban yang di adaptasi daripada bahasa arab ialah “AIDILADHA” . Namun masih lagi ada yang mengejanya dengan “IDULADHA”. Sebab itulah saya menulis kedua-dua perkataan itu pada entri kali ini.
Dahulukan Yang Lebih Penting
Bagi saya soal ejaan perlu juga diambil kira darisegi sebutan dan juga fonetik. Namun harus diingat bahawa sebutan juga harus di ambil perhatian darisudut bahasa asalnya iaitu bahasa arab atau dalam kaedah arab disebut “Lahjah Arabiah”. Untuk lebih memberikan kefahaman saya serahkan kepada anda.
SELAMAT HARI RAYA
MAAF DIHULUR SEKIRANYA TERKASAR BICARA
Yassin : Hadiah Buat yang Hidup
Bacaan Surah Yassin bergema lagi. Membentuk nada lain selain bunyi air hujan jatuh kebumi. Suasana sejuk menyelebungi malam yang berlalu. Bacaan itu seolah menjadi selimut pada kesejukkan malam. Tulisan kali ini sangat ringkas untuk mengajak “kita” bersatu. Lalu apakah medium untuk bersatu? Persoalan ini akan terjawab dengan lembut seiring lembutnya bayu pantai timur musim tengkujuh.
Masalah Yang Melingkari
Oleh itu saya mengajak untuk kita meraikan pendapat masing-masing dalam sesuatu perkara. Saya dan anda juga manusia baisa yang tidak lari dari kesilapan. Pandanglah perkara yang sama yang kita ada. Jika kita melihat sesuatu yang berbeza antara kita, kesatuan tidak akan wujud.
Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)
Solat Hajat Dan Manifestasi Pengharapan
Bermula dengan solat maghrib agenda diteruskan dengan bacaan yassin yang di dalamnya terdapat berbagai-bagai hikmah dan latar belakang ayat yang sering dibaca oleh kebanyakkan. Railah ia sebaiknya. Seusai doa membungkam nada syahdu diteruskan dengan solat Isyak dan kemudian solat hajat. Ia bersempena peperiksaan yang akan berlangsung dan sebuah pengharapan juga untuk semester 8. Jemaah sekalian bukalah mata hati.. Dengarlah.. sebelum kita kehilangannya....
Diharapkan selepas ini akan ada mereka yang akan menjadi pengganti. Kita perlu mencari jalan penyelesaian dan tidak lagi menghangatkan apa yang sudah panas. Istighfar dan keampunan adalah mekanisma terbaik dalam banyak perkara. Bagi yang terasa, terutama pada diri ini dan yang lain.
::Bagi pemberi rasa::
Nilailah sesuatu dengan berpada,
Carilah hikmah bila berbicara,
Kerana tiap-tiap sesuatu ada penghujung,
Berpegang pada yang kukuh bukan yang rapuh,
Terima kasih atas teguran,
Insyaallah ada hikmahnya.
::Bagi yang terasa::
Kesatlah air matamu,
Jangan menangis bersama langit,
Hiasailah akhlak peribadimu,
Tunjukkan yang kita mampu berubah,
Berubah kearah kebaikan.
:: Bagi pemberi suara::
Alunkanlah ia dengan baik,
Membaca bait-bait surat cinta Rabmu,
Surau Al-Firdaus Merinduimu,
Semoga dengannya akan luntur tangis hatimu,
Bila ia selalu dipuji bersama Asmaul Husna.
Diriku : Tak Mampu Kehilangan Segalanya
Hidup sebuah perjalanan yang jauh, bagai meniti diatas titian. Bila ranjau yg menimpa maka semuanya serba tidak menjadi. Kepada semua yang membaca blog ini termasuk emak, abah dan kawan-kawan yang amat aku kasihi, terimalah diriku seadanya dalam penantian yang tidak tahu bilakah penghujung akan menjengah. Sukar untuk menerima teguran merupakan intisari atau kandungan yang mempunyai elemen “keras hati” dalam diri. Itulah yang menjadi punca permasalahan yang mendukung peribadi. Keras hati mungkin berpunca daripada lemahnya iman yang bersarang dalam hati dek kerana runtunan nafsu.
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Segala perbuatan dan kata-kata yang meninggalkan kesan di sanubari Mu pohon kemaafan pada semua.
Kepada kawan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan,
Kepada sahabat menjadi peneman dikala sunyi,
Kepada anak didik yang menjadi tempat luahan segala duka,
Kepada guru yang sentiasa menyemburkan baja dijiwa,
Kepada semuanya....
Dengarlah luahan rasa ayahmu..
Dengarlah keluh kesah ibumu..
Kerana mereka punca lahirnya kamu..
Kerana mereka tapak syurgamu...
Sesungguhnya diriku : tak mampu kehilangan segalanya...
Selamat Hari Raya Iduladha
Pembetulan Sebutan
Saya ingin berkongsi tentang perkara remeh bukan temeh. Ia berkaitan dengan pandangan masyarakat Islam di Malaysia tentang Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban dan juga ejaan beserta sebutan yang mesti diperbetulkan. Sudah tersurat di dalam Kamus Dewan Bahasa bahawa ejaan Raya Raya Korban yang di adaptasi daripada bahasa arab ialah “AIDILADHA” . Namun masih lagi ada yang mengejanya dengan “IDULADHA”. Sebab itulah saya menulis kedua-dua perkataan itu pada entri kali ini.
Dahulukan Yang Lebih Penting
Bagi saya soal ejaan perlu juga diambil kira darisegi sebutan dan juga fonetik. Namun harus diingat bahawa sebutan juga harus di ambil perhatian darisudut bahasa asalnya iaitu bahasa arab atau dalam kaedah arab disebut “Lahjah Arabiah”. Untuk lebih memberikan kefahaman saya serahkan kepada anda.
SELAMAT HARI RAYA
MAAF DIHULUR SEKIRANYA TERKASAR BICARA
Pesanan Dalam Doa
Selaras dengan permulaan tahun baru masihi 2011, Jadikanlah kami insan yang bertakwa, berwibawa dan berkemampuan, untuk membantu melahirkan masyarakat yang bersatu padu, serta, saling bekerjasama dalam menjalankan amanah dan tangungjawab kami. Tingkatkanlah kami dengan kemahiran dan penguasaan dalam bidang keguruan, supaya hasil kerja kami, mencapai tahap kualiti yang tinggi di peringkat negara, mahupun antarabangsa seterusnya mendapat keredhaanMu yang Allah.
Peliharakanlah perpaduan kami. Pereratkanlah tali persaudaraan di antara kami. Semoga hidup kami sentiasa berada dalam keadaan selamat sejahtera aman damai yang berpanjangan. Berilah kami petunjuk pada jalan yang lurus dalam mengemudi urusan hidup untuk kebahagiaan dunia dan juga akhirat. Ya Allah, Jika urusan didunia kami rapuh janganlah biarkan urusan akhirat kami roboh.
Yang Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami hambamu memerlukanMu lebih daripada kami perlukan udara. Tanpamu hati kami akan resah dan gelisah. TanpaMu kami akan hilang arah dan panduan. Jiwa kami akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah ruah.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmatmu.
-
Jiwa RagaKu Sudah lama jari ku tidak menari, menari melukis kata yang selalu bermain difikiran. Ia meronta kesunyian kerana sudah lama terpe...
-
Kata Hukamak, Manusia lahir dengan tangisan. Manusia mati juga dengan tangisan. Apakah yang membezakan keduanya? Tangisan semasa terhadap du...
-
Tulisan kali ini mengajak untuk saya dan anda menelusuri soal jalan. Jalan yang dibentangkan seluas-luasnya. Direnung setiap perkara yang te...
-
Buku ini amat berguna dengan menekankan beberapa Bahagian yang cukup menarik, 1. Bahagian satu – Nota Hati Seorang Anak 2. Bahagian dua – No...
-
Ketika musim cuti sekolah menjelang, masa itu terisi dek masalah yang tidak kunjung habis....
-
Menjelang musim cuti sekolah ini, perasaan berbaur. Mungkin diri sering merasa kosong dengan ilmu. Semakin banyak dicari semakin terasa h...
-
Tulisan jiwa letaknya pada akal penuh pendirian, lalu bila dicari dimana makna kata pada cinta atau cita sering terlupa dimana letak syariah...
-
Soalan : Wanita ini terkenal dengan sikap cemburunya sehinggakan kadang-kadang membawa kepada cemburu buta. Dalam perhubungan suami dan iste...
-
Entah apa yang mengganggu jiwa, entah apa yang menghambat rasa. Terasa diri bagai tiada rencah istimewa. Bagai kehilangan untaian semang...
-
Sungguh Diri Kalian Tiada Pengganti Tabir baru bakal bermula dengan beberapa perubahan yang amat saya rindukan. Rindu bersama sahabat-sahaba...











