ISLAMIK

Editorial

Menjengah Daerah Rasa


Entah apa yang mengganggu jiwa, entah apa yang menghambat rasa. Terasa diri bagai tiada rencah istimewa. Bagai kehilangan untaian semangat, namun kehidupan harus dilalui dengan tabah. Bukankah Allah telah berfirman adakah manusia mendakwa bahawa mereka telah beriman sedangkan mereka belum lagi diuji. Sedaya upaya bergantung haraplah pada Allah kerana DIAlah yang akan memberikan kelapangan terhadap jiwa2 yang ketandusan.

Alhamdullillah selesai sudah Minggu Kefahaman dan Penghayatan Islam (MKPI 2011). Sepanjang mengendalikan program tersebut 3 tahun berturut-turut jelas ahli-ahli KRM telah menunjukkan prestasi yang baik dalam kelangsungan perjalanan program. Seuntai tahniah buat seluruh Ahli Jawatankuasa MKPI kerana penah lelah. Setiap titisan peluh yang jatuh dan setiap keluhan yang terucap ingatlah ia merupakan zikrullah berbentuk dakwah buat kita semua.

Jika dirasakan jumlah yang ramai datang ke setiap program mengubat hati, tempislah ia ketepi
Jika dirasakan kehadiran yang ramai itu bererti berjayanya program, imbaslah kembali
Kerana bukan itu sebenarnya yang kita harapkan
Kerana bukan itu yang kita dambakan
Yang lebih penting ialah kesan daripadanya
Yang lebih penting perubahan daripadanya
Terimalah tinta keheningan pagi dariku “Menjengah soal rasa”


Kita selalu merasakan kita boleh berbuat itu dan ini. Berbicara soal apa dan bagaimana. Ya, rasa itu yang kita harapkan membangkitkan jasad agar selari dengan rasa. Namun, sebaliknya terjadi bila nitajah tidak sebaik rasa maka kita mengeluh sendirian. Bukankah Islam menyuruh kita supaya tidak mudah mengeluh dan selalu beristighfar atas apa jua yang berlaku?.

Merasa kata Seolah Racun Berbisa

Pernah bukan kita merasa demikian? Seolah kata itu tidak dapat kita terima walaupun diberikan pelbagai rasional beserta emosi. “Engkau sepatutnya buat macam ni bukan macam tu” (1) mungkin juga “Ini tak boleh macam ni lagi elok?”  (2) dan bermacam-macam lagi kata yang kita anggap perkara itu biasa tetapi sebenarnya ia racun yang berbisa.

Seorang rakan mungkin merasakan bahawa kerjanya tidak bagus. Malah seorang murid merasakan benci terhadap pengajaran guru pada satu-satu subjek. Mungkin juga kata itu berbentuk gurauan sinis, teguran membina dan sebagainya. Namun cara ayat tadi disusun contohnya yang pertama seolah-olah perkara yang si dia perbuat hanyalah sia-sia. Menegur perlukan hikmah samada darisegi intonasi mahupun susunan ayat. Perbaikilah, kerana bukan hanya kita hendak memenangi bicara tetapi juga ingin memenangi rasa dan jiwa.

Merasakan Tangkal Dan Azimat Sebagai Pelindung
Sungguh sedih hati bagai dihempas gelora samudera. Remuh radang bagai tiada tersisa. Alangkah ceteknya pemikiran masyarakat terhadap agama. Dirasakan apabila dunia semakin moden maka akan bersusut nilai pemakaian terhadap tangkal atau azimat. Tapi hakikat tidak seindah rasa, makin ramai masyarakat yang bergelumang dengan dosa khurafat dan syirik. Tidak adakah sedikit nilai islam dalam hati mereka? Adakah mereka tidak mengetahui bahawa mempercayai dengan taklid yang yakin terhadap sesuatu itu dapat menolong kita tanpa kajian saintifik adalah merupakan amalan syirik?

 
Patutlah hati kita lalai dalam mengingat sesuatu yang indah. Rupanya ada sesuatu yang menghalang kita. Terdapat banyak bayi yang dipakaikan tangkal oleh ibu-ibu mereka. Kononnya anak yang kerap menangis akan berkurangan kiranya dipakai tangkal tidak kurang juga yang menyalahkan orang lain seperti bomoh-bomoh atau orang tua lama yang menghasut mereka memakai tangkal bagi mendapatkan sesuatu. Tahukah kita bahawa salah satu dosa yang tidak diampunkan oleh Allah adalah mereka yang mengsyirikkan Allah Azzawajal.

Kembalilah kepada fitrah yang inginkan kebaikan, iaitu kepada Allah diletakkan sumber-sumber kebaikan. Kita perlukan Allah dalam setiap ketika dan waktu. Tidak terlepas walau sedetik rasa kehambaan dalam diri. Pernah saya menyebut bahawa belief system (sistem kepercayaan) dalam islam merupakan satu elemen yang cukup penting. Saya memudahkannya dengan memberikan satu anekdot. Menanam keislaman yang kukuh sama seperti menanam tiang didalam satu lubang. Jika tidak dikambus manakan tiang akan bertahan lama? Sudah pasti tumbang. Namun jika ditanam dengan kadar yang dalam dan ditambah pula dengan simen, sudah pasti kukuh tiang seri. Maka begitu juga dengan akidah, ia mesti dijadikan Fundamental pada kekukuhan tiang seri islam yang berada dalam diri.

Merasa Hina Terhadap Filem dan Mercun
Menjelang hari raya yang sepatutnya kita sepatutnya melauangkan tasbih beserta tahmid. Memuji serta mengagungkan kebesaran Allah. Tetapi ada sesetengah golongan menyambut malam hari raya dengan bunga api dan mercun. Bukankah syaitan menyukai asap? Adakah kita begitu jahil dalam menilai hingga tidak tahu mana yang patut dan mana yang tidak? Bunyi dentuman sana dan sini kedengaran seolah-olah tidak menyukai bunyi takbir dan tahmid di masjid-masjid. Tidak hanya kanak-kanak yang tenggelam dalam keseronokkan berhari raya malah ibubapa turut sama dalam pesta kanak-kanak.

Unsur pembaziran yang berlaku berpunca daripada ibubapa yang mengeluarkan wang mereka untuk kanak-kanak. Kononnya biarlah sekali sekali kanak-kanak ingin bergembira. Ya, saya tidak nafikan namun bergembira yang tidak dipantau dan melampaui batas adakah kita turut sama ingin bersetuju dengannya. Cara sesetengah umat islam menyambut hari raya tidak ubah seperti menyambut perayaan kaum cina. Meriah dengan bunga api tanda kemenangan. Bukankah kita belajar dalam fiqh bahawa sesiapa yang meniru ciri-ciri sesuatu kaum maka mereka termasuk daripada kaum itu?

Cerita hantu juga turut tidak terkecuali, unsur tahyul dan khurafat semakin menjadi-jadi. Para ilmuan islam terutamanya ustaz-ustaz dijadikan Everbody heroes dalam dendangan mitos dan tahyul. Para asatizah (ustaz-ustaz) diperlihatkan sesuatu yang sempit iaitu menghalang atau melawan hantu-hantu yang menggangu manusia. Jika kita perhatikan ramai karyawan yang cuba berdalih dengan berniat ingin mengenengahkan agama tetapi lebih banyak memaparkan hantu-hantu yang terkenal. Natijahnya berbagai jenis hantu timbul daripada pocong sehinggalah momok.

Kebimbangan tercetus dan kita tidak akan merasa pelik jika suatu hari nanti masyarakat akan lebih mengenal hantu daripada Allah tuhan semesta alam. Masakan tidak hari-hari mereka dijamu dengan kurafat dan tahyul lebih-lebih lagi pancaran laser daripada ustaz-ustaz jadian. Dengarlah wahai artis-artis dan pengarah-pengarah filem, sepatutnya kelebihanmu digunakan pada jalan yang Allah redhai. Kelebihan untuk mendidik masyarakat supaya akur pada perintah Allah. Bayangkan jumlah yang ramai menonton filemmu itu, jika salah tujuan dan hasrat sudah pasti balasanNya berlipat kali ganda. Setiap masyarakat pula menyumbang terhadap kelestarian hidup supaya lebih terjaga maruah dan kehormatan.

Merasa Mulia dengan Iman dan Islam
Penyakit yang sukar ialah untuk merasa mulia dengan islam yang terjadi dalam kalangan ummat. Maka banyak tulisan-tulisan yang menggunakan istilah “berkiblatkan barat”. Pelbagai fahaman yang wujud khususnya liberalisme maka berlaku campur aduk antara pemikiran islam dan barat. Lama kelamaan nilai islam itu dipesong dan dikikis secara perlahan-lahan. Kekuatan umat islam perlu dipupuk dengan memberi rasa bangga terhadap agama.

Persoalannya bagaimana hendak gembira dan mulia atas nama agama jika perkara-perkara bercanggah dengan islam turut diketengahkan. Disebalik filem-filem berunsur keagamaan yang  mula tumbuh terdapat filem berunsur lucah dan ganas turut dipamerkan. Perkara yang baik tidak akan tertegak dengan tidak menghapuskan perkara-perkara jahat. Itu formularnya.

Merasa Mulia Sebagai Daei
Saya merujuk kepada program-program yang dibuat samada darisegi luaran mahupun dalaman. Sesuatu program harus dilihat darisudut pandang yang berbeza kerana yang paling penting adalah natijah daripadanya. Hendak dilihat bagaimana struktur imannya bergerak, adakah masih bersifat linear atau terus menegak. Perkara yang paling penting adalah susulan program kecil yang dibuat selepas program besar. Maksudnya tidak berjaya satu-satu program jika kita mengajaknya kearah kebaikan tetapi kesannya tiada. Lihat saja bilangan jemaah disurau. Semakin mengecil dan mengecil. Program semakin besar atau grand tetapi kesannya terhadap ummat masih kabur dalam kesamaran.

 
Dalam kesempatan waktu yang ada, kita sebagai ummat mesti bekerja dengan sungguh dan sepenuh hati. Keikhlasan merupakan elemen yang paling penting. Dengan ikhlas kebergantungan diri terhadap Allah menjadi titik tolak utama dalam persoalan dakwah. Cuma sesekali jangan merasa ujub dan riak atas sesuatu kebaikan yang dibuat. Jika itu dapat dibuat akan lahir keikhlasan dalam menggerakkan sesuatu. Rahmat Allah amat luas. Hitung dan renungilah setiap detik tempoh masa yang berlalu. Tatkala itu kita akan lebih menyedari bahawa apa yang kita ada, dan paling bermakna adalah dengan adanya Allah menemani setiap gerak laku yang bergerak merupakan hak untukNya.

Merasai Inovasi Dakwah
Saya memerhatikan ramai asatizah sejati mempunyai hati besar dan kesannya akan menghasilkan jiwa yang besar. Sungguh konsep kepimpinan adalah merupakan suri teladan. Tidak akan terpimpin kita apabila tidak memimpin dan begitulah sebaliknya. Memimpin akan menatijahkan alunan motivasi instrinsik yang berguna. Menghasilkan ukiran pemikiran yang baharu dalam kerangka keperluan. Jika kita berhati kecil, terasa hati, hati batu, dan berbagai lagi soal hati maka lahirlah daei yang mermotivasi rendah. Minda dan skop yang kecil dan membantut kerja-kerja murni.

 
Kerja yang baik mesti diselangi dengannya perancangan yang bagus dan tinta rujukan mestilah Al-Quran dan As-Sunnah. Islam mengajar umatnya bermotivasi dalam konteks pelbagai. Adakah dengan tindakan kita hari ini dan esoknya sesuatu benda yang sama dan itu membuatkan kita terus bermotivasi? Maka jawapannya Tidak!. Kenapa? Sebab kita untuk pernah berfikir untuk terkedepan. Langkah penuh  keJumudan dan kaku. Konsep dakwah disempitkan kuliah di masjid dan surau, kem jati diri, dan sebagainya yang biasa-biasa sudah dianggap biasa. Kesannya tidak menyeluruh kerana hanya dilakukan oleh sekumpulan kecil sahaja.

Gerakan saf-saf yang ada, usah gentar dengan pembaharuan yang hendak dibuat. Berhemah tetapi tegas dan itulah kunci kepada inovasi dakwah. Orang islam tanpa mengira latar belakang, pekerjaan, pangkat, kedudukan harus mempunyai fikrah “menyeru kearah kebaikan”. Tidak lupa dalam kesibukan bersama-sama didunia jangan lupa untuk bersunyi-sunyi dengan pencipta. Melakar kata-kata indah, memintal sebanyak mungkin siulan pengharapan bersamaNya. Agar rasa kita bersamaNya tidak lengan seiring rasa bersama Manusia. Jika “hanya” dan “untuk”Nya, tiada noktah kata bisa kita lafazkan. Hanyalah UntukMU, Ya Allah.

 
Terima Kasih Kepada Rakan-rakan yang pernah bersama dalam apa jua usaha-usaha ini. Sesungguhnya kehadiranMu dalam hidup ini memberikan satu aspirasi buatKu. Dalam kalut ribut rasa angkau memberi rasa yang berbeza. Ketenangan dan ketulusan hatiMu demi agama akan terbalas. TuhanMu tidak akan mempersiakan segala usaha itu. Setiap titisan peluh mewangi seharum mawar. Setiap hembusan kata sepersis pantai menyanyi merdu. Moga bersinar umpama mutiara.

Pandangan Pembaca
Tags:

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top