ISLAMIK

Editorial

Gugusan Kata Buat Pembohong

Kehidupan ini jelas amat sukar, terutamanya bagi mereka yang tidak tahu memberi makna terhadap kehidupan itu sendiri. Pelbagai badai yang manusia lalui sepanjang perjalanan hidup mereka. Inilah pentas ujian bagi kita untuk melihat sejauhmana tahap yang kita telah capai sepanjang kita merentasi lurah-lurah kehidupan ini.


Jika kita perhatikan manusia ini (jika kita berbindang dalam konteks sejarah islam). Ketika mana penghijrahan nabi Muhammad s.a.w ke madinah, dalam ilmu tafsir al-Quran terdapat 2 jenis mengelasan iaitu ayat makiyyah (yang menggunakan lafaz ‘yaayyuhal annas’) dengan  dan madaniah (yang menggunakan lafaz ‘yaayyuhal Insan’).  Bagaimana sikap pendudukan mekah pada masa itu menyambut dakwah nabi dengan sikap dan kekasaran mereka dan bandingan masyarakat madinah yang menyambut seruan dakwah nabi Muhammad s.a.w. dengan tangan terbuka.
Berbalik kepada persoalan kita diawal. Ramai yang tergelincir dalam melakukan pelbagai kesilapan dalam hidup, samada sengaja atau tidak. Ramai diantara kita yang menggunakan pebagai cara demi mendapatkan apa yang kita hajati. Dalam apa jua bentuk, kita sering  memainkan denial syndromedemi menyelamatkan diri sendiri. Untuk merealisasikan usaha itu, ramai manusia (Annas) yang menipu bagi melepaskan diri sendiri. Hanya untuk kepentingan diri mereka. Sebaliknya sedikit yang bergelar manusia (iaitu insan) yang lebih bersikap jujur yang setiap laku mereka.

Pembohongan Atas Nama Cinta
Rupa yang cantik, susuk tubuh yang menarik selalunya menjerat penilaian kita terhadap seseorang. Dari mata turun ke hati. Hatilah yang mengarah semua anggota lain untuk bertindak. Bila cinta (yang buta) menguasai diri. Sanggup diredah segala lautan api demi mempertahankan cinta yang dimiliki. Lihat saja betapa ramai anak-anak bangsa kita tertewas dengannya. 

Sebut saja apa namanya. Keldai dadah, pembunuhan, lari rumah dan berbagai lagi menjadi antara inti dalam masyarakat. Ada pula diantara lelaki dan wanita yang mencuba nasib dengan ramai lelaki dan perempuan yang lain. Kononnya mencari cinta sejati. Tidak kira kaum mana sekalipun. Perasaan sering dipermain dan dijadikan alat pemuas kehendak. Bila sudah bosan, ditinggalkan. Kononnya tidak serasi.

 

Tidak kurang juga yang menjadikan pasangan yang meraka kenal sebagai ‘batu lonjatan’ dalam menghilangkan kesepian. Mencari kebahagiaan setelah tembelangnya pecah dengan beberapa pasangan lain sebelum ini. Manusia seperti ini, mencari kebahagiaan kosong setelah gagal mencipta kebahagiaan yang juga kosong sebelum ini. Mencari kebahagiaan dengan kemudaratan, alangkah ruginya.

Ingat, bila perasaan dipermain maka natijah daripada perasaan yang bertunjang dihati akan menimbulkan kesan yang banyak. Perasaan cinta bisa bertukar dendam, benci lalu ia bersarang dalam kerajaan diri manusia.  

Pembohongan Atas Nama Maruah
Ramai juga diantara manusia menipu dengan bersikap tidak jujur. Dalam soal munakahat contohnya. Ada diantara pasangan yang tidak memberitahu kekurangan dan kecacatan yang ada pada mereka (dalam apa jua bentuk sekalipun). Ingatlah, bahawa jika seseorang itu betul-betul menyayangi anda maka dia akan menerima anda apabila bersikap jujur. Jika disembunyikan sekalipun kelak terbongkar jua. 

Jika kekurangan dan kecacatan itu hanya diketahui selepas pernikahan, maka pasangannya berhak menuntut cerai dan berita penceraian yang berlaku segera selepas pernikahan sudah tentu akan menjadi buah mulut orang ramai. Maka bersikap jujurlah sejak awal bagi mengelakkan penyesalan di masa kemudian.

Sepertimana Hadis Nabi Muhammad s.a.w bermaksud:

Rasulullah pernah berjalan melintasi (sebuah kedai yang menjual) makanan. Maka baginda memasukkan tangannya ke dalam makanan tersebut, ternyata jari-jarinya terasa sesuatu yang basah (makanan yang sudah rosak). Maka baginda bertanya: “Apakah ini wahai pemilik makanan?” Dia menjawab: “Ia telah basah kerana terkena air hujan ya Rasulullah!” Rasulullah membalas: “Mengapa kamu tidak meletaknya di bahagian atas makanan supaya boleh dilihat oleh orang ramai (dan mereka mengetahui ia sudah rosak)? Sesiapa yang menipu maka dia bukan daripada golonganku.”(Shahih Muslim, no: 102)


Nasihat saya, supaya setiap pasangan memberitahu semua kekurangan dan kecacatan yang ada pada diri sendiri ketika proses lamaran dan perkenalan. Jika tidak pasti sama ada perkara itu adalah kekurangan atau tidak, kecacatan atau tidak, maka hendaklah tetap diberitahu sebagai langkah selamat dan jujur. Kemudian terpulang kepada bakal pasangan sama ada untuk menerima atau menolaknya.

Pembohong Atas Talian
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin mendesak. Ia membuka ruang kepada sesetengah pihak menipu dalam segenap aspek kehidupan. Si ‘Pembohong’ internet ini akan mengambil kesempatan daripada sasaran mereka. Bayangkan apabila hanya mengenal seseorang itu di internet maka sukar untuk kita menilai kejujuran mereka. Apabila sudah tersilap langkah, mereka akan mula menukar modus operandi berbentuk perpindahan wang dan sebagainya.

Bayangkan laporan di corong-corong media, untuk tahun 2011 hampir RM18 juta kerugian dicatatkan dalam kes penipuan internet yang melibatkan mereka yang belum berumahtangga, gadis bawah umur dan juga suri rumah.   Berhati-hatilah kerana orang-orang ini pada awalnya akan berpura-pura menampakkan kejujuran. Namun apabila kita mula yakin kepada mereka, ketika itulah mereka mengorak langkah untuk menipu, berbuat zalim dan sebagainya.

Larangan memakan harta secara zalim jelas dalam ayat al-Quran Surat An-Nisa ayat 29:

ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُواْ لاَ تَØ£ْÙƒُÙ„ُواْ Ø£َÙ…ْÙˆَالَÙƒُÙ…ْ بَÙŠْÙ†َÙƒُÙ…ْ بِالْبَاطِÙ„ِ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ† تَÙƒُونَ تِجَارَØ©ً عَÙ† تَرَاضٍ Ù…ِّنكُÙ…ْ
Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu" ( An-Nisa : 29)

Pembohongan Atas Dasar Perniagan
Betapa ramai diantara peniaga yang melakukan penipuan. Demi mendapat rezeki kononnya. Daripada sekecil-kecil perniagaan hinggalah sebesar-besar perniagaan.  Pembelian barangan yang tidak mengikut harga sebenar, hinggalah kepada persoalan berkaitan rasuah. Semua itu, seolah-olah berdarah daging dalam sistem pemikiran manusia (annas). 

Sedang harta yang diperolehi dari aktiviti penipuan adalah haram. Islam sebagai agama yang suci mengharamkan seluruh bentuk penipuan dalam segala hal dalam kehidupan. Dari yang kecil hinggalah besar. Semuanya demi menjaga harta daripada dizalimi. Keberkatan dalam harta menjadi kunci utama dalam misi menyempurnakan kehidupan. 

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Dua orang yang sedang melakukan jual-beli dibolehkan tawar-menawar selama belum berpisah; jika mereka itu berlaku jujur dan menjelaskan (ciri dagangannya), maka mereka akan diberi barakah dalam perdagangannya itu; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (ciri dagangannya), barakah dagangannya itu akan dihapus." (Riwayat Bukhari)

Sedarlah kekayaan yang datang daripada sumber yang haram akan membuatkan hati resah dan gelisah. Cuba kira, berapa lama lagi untuk seseorang manusia itu hidup diatas bumi Allah ini, 20 tahun, 30 tahun?. Kelak kita akan kembali menuju Allah. Adakah penipuan kita itu yang kita hendak persembahkan? Fikirlah.

Hakikat Hidup Ini
Jikalah dunia berakhir dengan sebuah kematian di bumi semata, tanpa manusia dibangkitkan semula dan dihitungkan segala amalan dan kerjanya, tentulah kehidupan ini sesuatu yang amat tidak adil. Akhirat wujud sebagai timbangan keadilan yang Maha Adil. Maha Suci Tuhan dari menjadikan kehidupan sia-sia sepertimana firmanNya:

“Maka apakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?” Maka Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Maha Benar; tiada yang diabdikan diri melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai ‘arasy yang mulia (Surah al-Mukminun ayat: 115-116).

Ingatlah dan renungi bahawa umur yang dikurniakan oleh Allah ini tertentu, tak dapat disambung. Penipuan yang kita lakukan jika tidak terbuka di dunia akhirat ada sebagai tempat penyaksian yang adil bagi kita. Jika hendak ditimbang antara kehidupan akhirat yang bersamaan satu hari dunia, seribu tahun akhirat. Jika kita hidup 60 tahun, maka timbangan akhirat hanyalah 1 jam setengah sahaja. Singkatnya hidup ini jika tidak digunakan dengan baik.


Nabi SAW bersabda :
أكثروا ذكر  Ù‡Ø§Ø°Ù…  Ù„لذات الموت
Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" 
(At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)

Udhiyyah : Berkorban atauTerkorban

Ketika kalam ini tersiar, keletihan menghambat sunyi. Mahu saja kepala ingin bersemayam diperbaringan bersama nada syahdu pendakwah dari perak. Namun jiwa berkata ku ingin sekali berkongsi, minda berputar menyusun bicara. Kawanku yang kukasihi lekas bangun daripada tidur singkat menuju bangkit yang panjang. Lihatlah derita mereka disekelilingmu, lekas bangkit bersama mereka. Peganglah tangan mereka, belai dan pimpin mereka. Jika sekalipun tidak mengikutimu, pimpinlah bersamamu.

Kasih Nabi Membawa ke Syurga
Kisah nabi Ibrahim masih segar apabila  menjengah Iduladha. Signifikasi daripada Iduladha adalah perjalanan kisah Nabi Allah Ibrahim A.S dan Anak Nya Ismail A.S menggambarkan pengorbanan yang tinggi, meletakkan taqwa pada Allah pada tahap tertinggi. Ismail A.S adalah anak kesayanyan nabi Ibrahim. Jika dilihat bagaimana seorang ayah yang begitu sayang kn anaknya sanggup mengorbankan permata hatinya. Anak yang ditunggunya pada sekian lama dan Nabi Ismail hadir dikala umur Nabi Ibrahim yang telah di penghujung. Anak itu dikorbankan kerana perintah Allah menunjukkan kecintaan pada Allah mengatasi nikmat yang diberikan Allah. Cinta akan menghasilkan kerelaan yang menyenangkan.

Ya, kerelaan Nabi Ismail yang pada usia yang kecil berkata : “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang  yang bersabar”. Bayangkan perasaan Nabi Ibrahim dalam menghadapi ujian, Ujian pengorbanan yang pastinya meruntun jiwa mengenangkan sayangnya pada anaknya Ismail A.S. Rakaman peristiwa ini tertulis pada surat cinta Allah kepada kita :
 
" Maka tak kala  anaknya ini sampai  (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : " Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi ku bahawa aku akan menyembelih mu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? anaknya menjawab : " Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insaya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang  yang bersabar. ( Surah al –Shaafat ayat : 102)

Saksikanlah betapa kualiti jiwa mengatasi kualiti umur. Umur yang sedikit yang digunakan dalam mentaati Allah adalah Lebih bermakna daripada panjang tapi melalaikan Allah. Jelaslah umur tidak menjadi ukuran dalam konsep kehormatan darisegi ilmu. Konsep “aku makan garam dulu daripada kamu” tidak boleh dipakai darisudut agama. Akhirnya mengorbanan itu terlaksana, Ismail ditebus dengan seekor binatang yang sebenar.

" Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan dan engkau melihat manusia beramai-ramai masuk agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya sesungguhnya ia sangat-sangat  menerima taubah ".  ( Surah al-Nasr : 1-3 )


Bandingan Takwa dan Maksiat
Jika diselusuri daripada sejarah, adakah kita pada zaman thoghut ini berkorban atau terkorban. Nabi Allah Ibrahim A.S mengorbankan Anaknya Ismail A.S dengan Taqwa dan Ketaatan. Tapi sebaliknya manusia berhati binatang mengorbankan anak Kerana Maksiat dan Kejahilan. Tatkala Nabi Allah berkorban dalam mentaati perintah Allah, Masyarakat zaman sekarang terkorban dalam Maksiat dalam mentaati larangan Allah. Dalam konteks ini, selusurilah perbezaan umat sekarang berbanding nabi-nabi. Sungguh jauh.. sungguh jauh..


Raya yang Penuh Pengorbanan
Seringkali apa yang kita cintai menjadi sebab untuk Allah menguji kita dengannya. Sayang kita kepada Ibu dan ayah, sahabat handai, Isteri, anak dan barangkali harta dunia yang sementara menyebabkan kita terlalu menderita bila tiada. Berapa ramai yang kehilangan kecintaan mereka, meronta bagai tiada apa untuk berpaut. Sebagai seorang yang lebih dewasa maka keperibadian yang mulia perlu diterjemahkan dalam segala perkara. Namun ini sesuatu yang sukar jika ianya bersandarkan kepada diri kita sahaja. apalah daya diri kita untuk menolak kesedihan yang ada dalam diri? sedangkan manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah dan daif. maka, kepada siapalah pula harus kita sandarkan untuk mendapat kekuatan? 

Sandarlah diri kita pada Alah SWT. Semoga lebih tabah, lebih bersemangat, lebih kuat untuk menjauhi sesuatu yang boleh merosakkan diri kita. Ayah dan ibu adalah harta yang tak mungkin kita cari selepas ketiadaan mereka. kita tidak berasa kehilangan mereka kerana mereka masih ada. begitu juga dengan sahabat handai, teman taulan, adik dan abang, guru dan pendidik serta ramai lagi manusia yang pernah kita berbicara dengannya.

Lelaki menangis kerana bahagia
Raya ini menjanjikan pengorbanan yang bakal ku lakukan. Terasa bagai semuanya akan berlalu pergi. Itulah yang harusku lakukan. Kebenaran “makna hidup pada pengorbanan” akan terus terukir sebagai “tagline” blog ini. Pengorbanan akan membawa tangisan dan tidak kurang jaga kebaikan. Elemen keredhaan sukar untuk digapai dek akal dan iman yang nipis.  Ingatlah, Lelaki yang selalu mengalirkan air mata kerana dosa adalah lelaki yang kuat imannya. lelaki yang biasanya menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Adakah anda lelaki jenis ini? Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap ego, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Ulama pernah berkata :

" siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong ".

Pemutus Kata
Lama aku berfikir. Merenung maksud kata-kata itu. Benarlah kata orang: "Jika kita dapat sesuatu maka kita akan kehilangan sesuatu." Sambutlah Pengorbanan dengan laungan takbir, semoga dengannya akan lembut lurus hati dan jiwa. Dalam kejauhan lambaian Baitul Allah menanti, menanti anda untuk menggapai tulus Ilahi. 





Mukminah : Nilailah Dirimu


Di kesempatan yang berbaki, setelah dihimpit masalah yang sangat sukar ditangani maka papan kekunci HP ku berbunyi lagi. Masalah merupakan tonggak utama kehidupan, menghadapinya adalah satu kemestian kerana biarpun sukar namun ianya harus kembali pada diri. Mungkin senang untuk mengucapkan sesuatu, lelahan jiwa badan yang menanggung tidak akan bisa dirasai oleh sesiapapun jua. Walaupun berkali mencuba masih lagi gagal. InsyaAllah walaupun seribu kali kegagalan menjelang dan bertukar silih berganti namun harus ada rasa berani untuk gagal “Dare to Fail”.


Kuliyah mingguan berjalan seperti biasa di surau Al-Firdaus. Bermula dengan kuliyah fiqah, bacaan kitab Penawar Bagi Hati dan kuliyah hadis menghiasi corong-corong pembesar suara IPG KSM. Seperti biasa pelbagai soalan ditanya berkaitan dengan hukum dan pandangan daripada pelpagai latar belakang pelajar. Tersentap beserta kaget bila mendapatkan soalan itu diberikan kepada Ustaz Abdullah dalam sesi kuliyah Penawar Bagi Hati. Ku tatapi soalan itu bersama dengan seorang lagi rakan yang turut sama mendengar sesi kuliyah tersebut.

“Macam mana ni?” tanyaku.
“tak apa lah, bagi ustaz jawab” jawabnya.

Disamping itu turut berlaku perbincangan hangat antara kami berkenaan soalan itu. Namun terdapat suara yang tidak senang dengan perbuatan kami. Terdengar suara halus dari sebelah tabir tirai penisah.

“ustaz, kami ada bagi soalan tadi” serunya menyatakan tanda tidak puas hati soalan itu yang lambat sampai kepada ustaz. Bimbang disekat oleh kami untuk soalan itu sampai ke tangan ustaz.

“soalan?” tanye ustaz sambil mencari dimana soalan itu.
“tak apa, soalan itu ditapis oleh lembaga penapis”. Jawab ustaz yang melihat kami memegang soalan tersebut dengan nada gurauan.

Akhirnya Soalan itu kuserahkan kepada ustaz bersama satu nada yang dilemparkan kepada ustaz. Diri ini tidak tahu kenapa ia tiba-tiba keluar dari mulut. Bukan berniat kurang ajar tapi sekadar bimbangkan masa depan surau. “jawab baik-baik ustaz”. Tanyaku sambil tersenyum. “beres” jawabnya dengan nada mengenaliku sebagai orang pantai timur.

Soalan yang menggusarkan

“Assalamualaikum ustaz, terdapat peristiwa kebelakangan ini yang berlaku dimana terdapat pelajar yang menjalankan hubungan (couple) dan malangnya mereka ini menjadi imam dan muazzin disurau. Ada juga yang ber ”SMS” dan berbual dengan perempuan dalam erti kata ber”couple” turut menjadi Imam dan Muazzin”

1. Apakah hukum kami menjadi makmum kepada mereka sedangkan kami tahu perbuatan mereka?

Itu antara soalan yang cuba dilahirkan daripada kecelaruan yang berlaku. Soalan yang mungkin menggusarkanku. Kerana hampir semua perletakkan imam yang muaazin diselenggara oleh Biro Agama dan Pendidikan JPP atau lebih tepat lagi olehku. Ketawa menghiasi pendahuluan kepada jawapan yang diberikan. Katanya seorang menjadi imam seharus menjaga “siqah” atau keperibadian atas kapasiti jawatan imam atau muazzin.

 

Panahan untuk Jiwa

Hadirnya soalan itu banyak menimbulkan suasana hangat pada segelintir kami. Ya. Kaum yang diutuskan Allah menjadi imam kepada mukminah. Bagiku sendiri soalan itu menggambarkan empat perkara, pertamanya:

1. Adakah salahku yang gagal meletak dan mencari imam yang baik?
2. Teguran untukku yang gagal melaksanakan tugas dengan baik sebagai exco agama dan pendidikan?
3. Adakah aku gagal membuka ruang untuk diajukan soalan itu kepadaku terlebih dahulu?
4. Untuk siapakah soalan itu?

                Nasihatku pandanglah sesuatu itu dengan daya yang sehabis mungkin. Menghukum dengan cepat bukan merupakan jalan yang terbaik dalam menegur sesuatu yang tidak berlandaskan bukti. Jika ada maka hulurkan. Apa yang terbaik ialah dengan bersemuka secara jujur untuk menegur seseorang yang dimaksudkan dengan cara yang baik. Tidak perlu membuka pekung di dada dengan menanyakan soalan sebegitu. Hampir semua mengetahui kelemahan surau dan imam yang mengorbankan suara mereka hampir setiap hari. Ini kerana sesi kuliyah yang dijalankan menggunakan pembesar suara yang membolehkan semua orang mendengar. Ya, mendengar setiap bait-bait kelemahan yang terdapat pada jemaah surau.

                Terdapat segelintir insan yang terasa dengan soalan yang diajukan. Ini merupakan satu pentanda buruk bagiku. Kerana mereka mungkin saja bukan dari golongan yang dimaksudkan tetapi rasa takut bercampur gugup meliputi tanggungjawab dan kehendak. Takut untuk menjadi imam bila mereka merasakan diri mereka akan diperhatikan dalam setiap tindakan yang mereka lakukan. Ketahuilah setiap manusia ada kelemahan yang ingin diperbaiki. Maka penilaian harus berlaku secara fleksibel kerana dibimbangi surau tidak lagi diimani oleh mereka-meraka yang terasa dengan anda.

                “Macam mana pandangan kamu?” tanyaku.
                “aku  mengaku yang aku juga ada buat silap. Tapi aku menjadi imam atas dasar aku meresakan itu tanggungjawabku sementara masih perlu” jawabnya ringkas.

Falsafah Lebah dan Lalat

Jadikanlah mata anda seperti mata lebah yang sentiasa mencari madu (kebaikan). Jika dilihat lebah akan sentiasa berusaha untuk mencari madu yang baik. Memilih dan menghidu untuk dibawa balik ke sarang masing-masing. Begitu gigih mencari yang baik untuk ratunya.  Jangan mempunyai pandangan seperti lalat sentiasa melihat dan mencari benda yang kotor (keburukan) dan tanpa segan silu menyebarkan keburukan hingga ramai yang kena tempias. Lalat akan hinggap pada benda-benda yang kotor yang selepas itu mengotorkan tempat yang lain.


Soalan yang kembali pada diri

                Pertama, Jika soalan itu difikirkan dengan rasional ia tidak patut ditanya. Jika ingin menanyakan soalan itu, maka soalan ini harus ditanya pada diri anda, “adakah aku telah menjadi makmum yang baik kepada imam itu?” kita sering melihat salah orang lain jauh melebihi diri kita. Selidiki dulu apa salah kita sebelum mencari salah orang lain.

                Kedua, banyak lagi soalan lain yang boleh diajukan yang boleh menjadikan ahli jemaah surau meningkatkan kadar perkembangan ilmu mereka darisudut keagamaan. Tidak hanya teralih kepada “couple”. Setiap minggu itu lah soalan yang sering ditanya. Percayalah satu perkara, jangan memaksa orang untuk menerima pandangan dan pegangan yang kita pegang. Soalan itu sering ditanya menggambarkan  anda memaksa orang menerima pegangan anda. Betul tindakan yang anda buat, tetapi kadar kekerapan soalan itu ditanya menjadikan orang bosan dengan kisaran soalan sama.

                Mungkin anda kurang bersetuju dengan kenyataan diatas. Ia tidak bermakna kenyataan itu membenarkan “couple” tetapi cubalah memahami sesuatu perkara. Namun, secara peribadi tindakan anda betul tapi kurang tepat. Mereka bukanlah yang terbaik, namun mereka melakukannya bukan kerana harta. Mereka adalah manusia yang tidak lari dari kesilapan.

Harapanku, agar  tulisan ini tidak mengganggu tidur malammu. Jangan sampai tutur katamu akan membuatkan surau al-firdaus sepi keseorangan.

 ::Sedikit yang meninsafkan adalah lebih baik dari banyak tapi menyalahkan.::

Palestine : Adakah Kami bersamaMU






Darah itu jatuh bercucuran dibumi suci
Darah itu memerah keringat semangat rakyat palestin
Darah itu darah keluarga seusai makanan selesai dijamah
Darah itu menagih pengorbanan, kesabaran, persaudaraan
Darah itu menuntut doa ummat bergelar “muslim”



Apakah sebenarnya?

Lakaran tulisan ini ku ukir mengajak ummat islam untuk menggunakan medium DOA sebagai senjata paling hebat dan cepat mengharap nusrah ilahi. Lupakan perbezaan fahaman, politik, fikrah, pegangan yang berlainan. Isu palestin harus dilihat dari sudut isu keagamaan bukan kenegaraan. Kita sering mendengar ceramah-ceramah, kebanyakkan mereka menyebut bahawa ummat islam harus melihat isu ini sebagai satu isu persaudaraan (Ikhwah Baina Al-Muslim).

Yahudi dan musuh islam telah menggunakan konsep “Negara Bangsa” iaitu bangsa mengikut negara, menyebabkan berlaku pemecahan antara ummat islam selepas penjajahan negara-negara penguasa selepas perang dunia ke-2. Konsep ini menyebabkan umat islam berpecah mengikut negara yang mana umat islam tidak lagi mempedulikan ummat islam negara lain.

“emm, itu di palestin, bukan Malaysia”.
Inilah kata-kata sesetengah Kita ummat Islam walau dimana jua mesti melihat isu ummat Islam lain adalah juga masalah kita. Jika mereka susah kita juga patut merasakannya. Setiap inci bumi Masjidil Aqsa adalah milik kita, “tanah wakaf” milik kita bersama. Qiblat pertama Islam sebelum ke Masjidil Haram. Kita bimbang jika tidak dijaga dengan baik, pencerobohan itu bukan sahaja di masjidil Aqsa tetapi siri pencerobohan akan ke Masjidil Haram. Yahudi dalam rangka menguasaan yahudi mereka mengagap menguasai Masjidil Aqsa adalah bermakna berjaya menguasai ummat Islam sebagaimana Rumah Putih turut dikuasai cengkaman Yahudi.


Apa perlu Dibuat?
Sebagai ummat islam perkara yang paling cepat darisudut tindakan ialah dengan berdoa selepas solat, Qunut Nazilah atau solat hajat. Usahlah diperdebatkan mana lebih utama antara solat hajat dan qunut Nazilah. Semuanya akan mengeruhkan keadaan. Jadilah mereka yang berfikiran jauh, yang mana melihat sesuatu perkara dengan “Asrar”(pandangan di sebalik pandangan).

“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh


Apakah Pengertian Qunut Nazilah?
Dari segi bahasa, "Qunut" mempunyai banyak makna. Antaranya ialah taat dan mendirikan perintah Allah, solat, berdiri yang lama, pengabdian, diam, khusyu' dan beberapa makna lagi. Dari segi bahasa, "nazilah" ialah suatu keadaan yang gawat, mencemaskan dan terdesak. Dari segi istilah, ia bermaksud suatu keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.


Apakah Dalil Qunut Nazilah?
Riwayat Abu Hurairah r.a:
Abu Hurairah berkata: "Ketika solat Subuh, selepas Rasulullah saw selesai membaca (al-Fatihah dan surah), baginda bertakbir (untuk rukuk) dan mengangkat kepalanya kembali, lalu baginda membaca: "Sami'allahu liman hamidahu, rabbana walaka al-hamdu". Kemudian, baginda membaca doa dalam keadaan berdiri: "Ya Allah, selamatkanlah al-Walid bin al-Walid, Salamah bin Hisham, 'Iyash bin Abi Rabia'h dan semua golongan yang tertindas dari kaum mukminin. Wahai Allah, hancur dan musnahkanlah kaum kafir yang memberi mudharat, dan jadikanlah ke atas mereka tahun-tahun yang sengsara seperti yang berlaku pada zaman nabi Yusuf" . (Riwayat al-Bukhari (no.2600) dan Ahmad 2/239, 396).

Di dalam riwayat Imam Muslim terdapat tambahan doa seperti berikut:
"Ya Allah, laknatilah kabilah Lihyan, Ri'l, Zakwan dan 'Usaiyah yang telah menderhakai Allah dan juga RasulNya".

Di dalam hadis ini menceritakan bahawa Rasulullah saw mendoakan supaya Allah Azza wa Jalla menyelamatkan beberapa orang sahabat baginda yang masih tinggal di Mekah. Selepas masuk Islam, mereka itu diseksa dan diazab oleh kafir Quraish. Dengan keberkatan doa Rasulullah saw, mereka semua selamat dan kemudian terus berhijrah kepada baginda di Madinah.

Abu Hurairah berkata: "Sesungguhnya aku akan dekatkan solat kalian dengan cara solat Rasulullah". Abu Hurairah membaca doa qunut pada rakaat terakhir dalam solat Zohor, 'Isya', dan Subuh, selepas beliau menyebut: "sami'allahu liman hamidahu", beliau mendoakan kebaikan kaum mukminin dan laknat ke atas golongan kafir". (Riwayat al-Bukhari (797), Muslim (676).

Bolehkah Qunut Nazilah dibaca dalam semua solat fardhu?
Para ulamak berbeza pendapat di dalam hal ini. Menurut pendapat yang rajih, doa qunut nazilah boleh dibaca di dalam semua solat fardhu. Pendapat inilah dipegang oleh para ulamak mazhab Syafie, pandangan yang tepat di kalangan ulamak mazhab Hanbali, sebahagian ulamak mazhab Maliki dan majoriti ulamak hadis.

Pandangan ini berdasarkan hadis-hadis yang telah dinyatakan sebelum ini. Sebagai contoh, hadis riwayat Ibn Abbas: Ibn 'Abbas berkata bahawa Rasulullah saw membaca doa qunut selama sebulan berturut-turut di dalam solat Zohor, Asar, Maghrib, 'Isya' dan Subuh di penghujung setiap solat… (Riwayat Ahmad 1/301), Abu Daud (1443). Menurut Al-Albani di dalam kitabnya Irwa' al-Ghalil 2/163, hadis ini adalah hasan).

Jadi, doa qunut nazilah ini boleh dibaca pada rakaat terakhir dalam semua solat fardhu. Pendapat ini jugalah yang dipegang oleh Ibn Taimiyah, Ibn al-Qayyim, Ibn Hazm, al-Syaukani dan lain-lain lagi.


Ayuh wahai Ummat..
kita bersatu..
dibawah panji-panji Islam..
berpegang pada payung persaudaraan..
BEBASKAN AL-QUDS


Bahasa Jiwa: Merajuk Atau Merayu


Tulisan jiwa letaknya pada akal penuh pendirian, lalu bila dicari dimana makna kata pada cinta atau cita sering terlupa dimana letak syariah dan syarat. Jiwa yang sering mendamba ketenangan bukan tentangan dari jiwa penuh kebencian. Telah keras jari bila terluka, persoalan tanggungjawab yang mendalami minat dan amanat. Lalu bila dicari dimana titik mula tidak ku temu titik akhir dalam setiap penceritaan. Dalam hidup ku temui satu simpang yang sedia dipanpang, bila dipinta untuk memilih, kekeliruan menjadi tanya dalam meminta.

Tenang jiwa tiada bertepi,
Tenang laut penuh azimat,
Dimana letak budi dan daya,
Kuatnya tidak mampu ku tepis,
Tempiasnya turut ku terima,
Terimalah Bahasa Jiwaku.

Arah mata hati kepada minat dalam menikmati terdorong untuk mencoret kisah dalam kalam sunyi ruang penuh rahsia. Saya ingin membawa pembaca kepada lebih meminati bahawa jiwa yang mendidik bukan meruntun jiwa jauh dari rahmat. Kenapa anda lebih meminati lagu yang lebih kearah kebaratan, kononnya “muzik lebih kontemporari” tahukah maksud kontemporari menurut kaca sisi islam yang lebih memandu kepada mahmudah. Kepada bahasa jiwa saya membawa kepada perbincangan lebih akademik.

Konsep Imperialisme Pemikiran
Barat secara amnya menyerang pemikiran yang lebih menjurus kepada bentuk kelalaian jiwa khusus kepada anak-anak muda. Lebih teruk lagi pemikiran barat turut dibantu oleh industri muzik yang kononnya ingin maju seperti barat. Konsepnya mudah mudah, jika kita katakan bahawa apabila barat maju, kita juga turut akan maju, segalanya bertitik tolak daripada barat, persoalannya betul atau tidak?

Kemunculan artis yang kononnya membawa perubahan kepada industri muzik supaya lebih “up-to-date” muncul ibrah kumbang busuk bulan 6-7 di IPGM KSM Sinonim dipanggil “kesing” bagi penuntut. Perkembangan budaya muzik mula dibawa oleh Yahudi apabila pada awal 60 – 70 an memperkenalkan budaya “Hippies” yang mana menjadi ikutan budaya diseluruh dunia. Cara hidup disignifikasikan dengan cara berpakaian. Manifestasi daripada itu ramai ummat akhir zaman meniru gaya pemakaian yang berkonsepkan hippies (seluar yang dibesarkan dibahagian bawah)

Rentetan daripada itu konsep Rock juga turut diperkenalkan pada tahun 80-90 an. Ketika itu semua penduduk Tanah Melayu sebelum perlembagaan persekutuan meniru segala perkaitannya. Muncul pelbagai “band” rock menghiasi taman Malaysia. Semuanya beralaskan rambut tikar mengkuang, berseluar gaya guni hancur dihambat penguatkuasa sempadan. Namun zaman inilah dikatakan Zaman Rock Kapak yang berjaya menembusi pasaran indonesia.

Abad ke-20 menyaksikan konsep “Indi Band” yang berseni kata agak celaru, mungkin dek kerana minda yang juga turut bercelaru dengan konkongan barat. Bentuk imperialisme senyap yang membunuh budaya tempatan kian menular dengan anak-anak muda bagaikan disembur debu-debu panah arjuna. Giler dek muzik.

Lupakah Kita
Bagi orang yang mengalir darah Hang Jebat, Seni tanah air pernah mendapat tempat di mata pandangan iaitu pada era 70 an dengan lagu-lagu yang melambangkan identiti bangsa. Tapi ianya telah luput dek panahan sesat barat. Nordin Ahmad, Latifah Omar pernah mempopularkan lagu gurindam jiwa, yang mana lagunya cukup indah untuk membuatkan kita menempukan perhatian. Jangan diambil yang negatif tapi hayatilah nilai-nilai positif yang ada padanya. Permainan bahasa yang cukup cantik menggambar kan keindahan hulur budi yang semakin dilupakan masyarakat.


Konsep Baru dalam Nasyid Dunia
Bagi mereka yang mendambakan jiwa tenang sudah pasti memilih medium lagu yang mendidik jiwa, namun bagi mereka yang lebih dalam darisedut penghayatan islam sudah pasti memilih Kalamullah sebagai penghias jiwa. Ingin aku coretkan mengenai artis baru yang semakin mendapat tempat. Ya... tempatnya antara penghias dunia nasyid sebaris Sami Yussuf. Garapan lagu yang sayu dibius dengan sentuhan semangat cukup meredakan jiwa takkala ribut dilautan gara-gara tengkujuh. Lagu yang cukup aku suka memang berlandaskan bahasa ketimuran, namun seteah mendengarnya aku tertarik. Mudik kehulu dan hilir dibuatnya, semangat makin membara.


IsyaAllah By Maher Zain
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way.

Kumpulan Usrah Jangan Wujudkan Fitnah

Perkaitan dengan usrah
Di IPGM KSM banyak kumpulan usrah yang mendokongi segelintar pelajar namun pelajar harus memahami metodologi yang bukan sahaja berkaitan dengan usrah tetapi keadah yang sesuai. Proses tarbiyyah Islamiyyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu. Usrah adalah medan di mana ahlinya menjalani satu proses pembentukan yang dibina diatas semangat ukhuwwah al-islamiyyah. Ia membawa maksud penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.

Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjemaah. Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (petugas) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kepentingannya tidak boleh kita nafikan.



Sedih hati ini
Namun hati ini bagai dilanda badai yang menesuk jiwa. Pada petang rabu badan ini ku rebahkan sekadar berehat dibilik memandangkan terlalu letih dengan kelas dengan bertemankan rasa mengantuk. Aku memandang terus ke keluar padang memerhatikan gelagat kawan-kawan yang berlatih untuk pertandingan ragbi. Tapi ditepi padang ragbi aku melihat sekumpulan muslimat yang membentuk bulatan dibawah pepohonan rendang. Aku bertanyakan diriku, "itu usrah ke?".Betul usrah boleh dilakukan dimana sahaja. Tetapi tidakkah terfikir bahawa ia akan membawa fitnah yang lebih besar daripada manfaat usrah itu sendiri. Keesokan paginya ramai yang bertanya;

“Pi apa yang diorang buat kat bawah pokok tu semalam?”
Mulut ku berat hendak mengukir kata-kata. Kumpulan usrah sebegini harus melihat kesesuaian tempat untuk mengelak fitnah dan melebihkan manfaat. Ingat usrah adalah sesuatu yang asing bagi pelajar IPGM KSM. Jika diteruskan maka orang yang kurang faham dan akan memikirkan melalui padangan yang skeptik. Fikir baik-baik nasihatku ini. Lebihkan fikir dan tambahkan zikir.

Nilai Kehidupan Muslim
Sebuah perbualan yang menjadi ingatan disuatu tempat;
“Pi, macam mana kita nak menjadi muslim yang baik” Tanya seseorang.

Mungkin anda tertanya kenapa “pi”? jika di kelantan rakan-rakanku memanggil dengan nama itu. Berbeza di IPGM KSM rakan-rakan selalu memanggilku dengan nama fifi. Jelas sekali diri ini tidak menyukainya kerana ianya menurutku sesuai dengan perempuan. Hatiku tertanya kenapa nama yang tercipta hasil perahan otak emak dan ayah seentengnya dipanggil dengan nama singkatan yang kurang sempurna darisudut makna samada secara literal ataupun maknawi. Aku lebih suka jika namaku disebut dengan penuh sekadar Hafifi sudah cukup walaupun tidak Muhammad Hafifi. Berbalik pada cerita tadi, jawabku ringkas.

“kita mesti mengutamakan Fardhu Ain lebih daripada Fardhu Kifayah” Jawabku menduga.
“Macam mana tu, ana kurang faham” beliau bertanya menagih seribu jawapan.
“Maksudnya agama mesti dijadikan prioriti lebih daripada segalanya” jawabku ringkas.

Maksud tersurat
Ya, mungkin kurang difahami maksudnya. Itulah hakikatnya sedang kita di dunia perguruan sibuk dengan pelbagai tugasan yang diberi namun agama mesti sentiasa diletakkan sebagai elemen utama yang mendokongi kehidupan yang singkat ini. Saya memberikan formular yang cukup mudah yang berbumbungkan bumi yang nyata. Katakan anda belajar (study) selama sejam, anda mencari agama untuk sejam lagi ia bermakna berganda. Ingat orang yang baik bukan sahaja berbangga dengan apa yang ada padanya tetapi ia juga turut diberikan untuk orang lain. Hidup untuk memberi lebih membuahkan seribu kesenangan didalam hati dengan hanya menerima.

Memberi akan lebih banyak menerima
Dr, A’id Abdullah Al-Qarni iaitu penulis buku Best Seller bertajuk La Tahzan menyebut “Orang yang pertama mendapat manfaat daripada sesuatu kebaikan adalah orang yang melakukannya”. Maka belajarlah untuk memberi kerana sifat Allah juga terkenal dengan memberi. Ya.. sentiasa memberi.. Kata orang bijak pandai “Meminjam terlalu banyak daripada Allah, ironinya walaupun pinjaman itu masih tertunggak, namun Allah tidak pernah menarik semuala pinjaman yang diberikan kepada kita, jika ditarik maka terhentilah perjalanan dunia.


Tersebutlah suatu kisah
Kisah terulung pernah menyebut bahawa, Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. yang bermaksud: “tatkala Allah mencipta bumi, maka bumi pun bergetar. Maka Allah mencipta gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya, ternyata bumi pun diam. Malaikat diam dengan penciptaan gunung tersebut.
Kemudian mereka pun bertanya: Ya Rabbi, adakah sesuatu yang engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?
Allah menjawab, Ada iaitu besi”.
Malaikat pun kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih hebat daripada besi?
Allah menjawab “ada iatu api”.
Malaikat pun kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih hebat daripada api?
Allah menjawab “ada iaitu air”
Malaikat pun kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih hebat daripada air?
Allah yang Maha Tinggi menjawab “ada iaitu angin”
Malaikat pun bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih hebat daripada angin?
Allah yang Maha Gagah dan yang Maha Dahsyat Kekuatan-Nya menjawab “ada anak adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanan dimana tangan kirinya tidak mengetahuinya ” Baca Selanjutnya..
Scroll to top