Di kesempatan yang berbaki, setelah dihimpit masalah yang sangat sukar ditangani maka papan kekunci HP ku berbunyi lagi. Masalah merupakan tonggak utama kehidupan, menghadapinya adalah satu kemestian kerana biarpun sukar namun ianya harus kembali pada diri. Mungkin senang untuk mengucapkan sesuatu, lelahan jiwa badan yang menanggung tidak akan bisa dirasai oleh sesiapapun jua. Walaupun berkali mencuba masih lagi gagal. InsyaAllah walaupun seribu kali kegagalan menjelang dan bertukar silih berganti namun harus ada rasa berani untuk gagal “Dare to Fail”.
Kuliyah mingguan berjalan seperti biasa di surau Al-Firdaus. Bermula dengan kuliyah fiqah, bacaan kitab Penawar Bagi Hati dan kuliyah hadis menghiasi corong-corong pembesar suara IPG KSM. Seperti biasa pelbagai soalan ditanya berkaitan dengan hukum dan pandangan daripada pelpagai latar belakang pelajar. Tersentap beserta kaget bila mendapatkan soalan itu diberikan kepada Ustaz Abdullah dalam sesi kuliyah Penawar Bagi Hati. Ku tatapi soalan itu bersama dengan seorang lagi rakan yang turut sama mendengar sesi kuliyah tersebut.
“Macam mana ni?” tanyaku.
“tak apa lah, bagi ustaz jawab” jawabnya.
Disamping itu turut berlaku perbincangan hangat antara kami berkenaan soalan itu. Namun terdapat suara yang tidak senang dengan perbuatan kami. Terdengar suara halus dari sebelah tabir tirai penisah.
“ustaz, kami ada bagi soalan tadi” serunya menyatakan tanda tidak puas hati soalan itu yang lambat sampai kepada ustaz. Bimbang disekat oleh kami untuk soalan itu sampai ke tangan ustaz.
“soalan?” tanye ustaz sambil mencari dimana soalan itu.
“tak apa, soalan itu ditapis oleh lembaga penapis”. Jawab ustaz yang melihat kami memegang soalan tersebut dengan nada gurauan.
Akhirnya Soalan itu kuserahkan kepada ustaz bersama satu nada yang dilemparkan kepada ustaz. Diri ini tidak tahu kenapa ia tiba-tiba keluar dari mulut. Bukan berniat kurang ajar tapi sekadar bimbangkan masa depan surau. “jawab baik-baik ustaz”. Tanyaku sambil tersenyum. “beres” jawabnya dengan nada mengenaliku sebagai orang pantai timur.
Soalan yang menggusarkan
“Assalamualaikum ustaz, terdapat peristiwa kebelakangan ini yang berlaku dimana terdapat pelajar yang menjalankan hubungan (couple) dan malangnya mereka ini menjadi imam dan muazzin disurau. Ada juga yang ber ”SMS” dan berbual dengan perempuan dalam erti kata ber”couple” turut menjadi Imam dan Muazzin”
1. Apakah hukum kami menjadi makmum kepada mereka sedangkan kami tahu perbuatan mereka?
Hadirnya soalan itu banyak menimbulkan suasana hangat pada segelintir kami. Ya. Kaum yang diutuskan Allah menjadi imam kepada mukminah. Bagiku sendiri soalan itu menggambarkan empat perkara, pertamanya:
1. Adakah salahku yang gagal meletak dan mencari imam yang baik?
2. Teguran untukku yang gagal melaksanakan tugas dengan baik sebagai exco agama dan pendidikan?
3. Adakah aku gagal membuka ruang untuk diajukan soalan itu kepadaku terlebih dahulu?
4. Untuk siapakah soalan itu?
Nasihatku pandanglah sesuatu itu dengan daya yang sehabis mungkin. Menghukum dengan cepat bukan merupakan jalan yang terbaik dalam menegur sesuatu yang tidak berlandaskan bukti. Jika ada maka hulurkan. Apa yang terbaik ialah dengan bersemuka secara jujur untuk menegur seseorang yang dimaksudkan dengan cara yang baik. Tidak perlu membuka pekung di dada dengan menanyakan soalan sebegitu. Hampir semua mengetahui kelemahan surau dan imam yang mengorbankan suara mereka hampir setiap hari. Ini kerana sesi kuliyah yang dijalankan menggunakan pembesar suara yang membolehkan semua orang mendengar. Ya, mendengar setiap bait-bait kelemahan yang terdapat pada jemaah surau.
Terdapat segelintir insan yang terasa dengan soalan yang diajukan. Ini merupakan satu pentanda buruk bagiku. Kerana mereka mungkin saja bukan dari golongan yang dimaksudkan tetapi rasa takut bercampur gugup meliputi tanggungjawab dan kehendak. Takut untuk menjadi imam bila mereka merasakan diri mereka akan diperhatikan dalam setiap tindakan yang mereka lakukan. Ketahuilah setiap manusia ada kelemahan yang ingin diperbaiki. Maka penilaian harus berlaku secara fleksibel kerana dibimbangi surau tidak lagi diimani oleh mereka-meraka yang terasa dengan anda.
“Macam mana pandangan kamu?” tanyaku.
“aku mengaku yang aku juga ada buat silap. Tapi aku menjadi imam atas dasar aku meresakan itu tanggungjawabku sementara masih perlu” jawabnya ringkas.
Falsafah Lebah dan Lalat
Jadikanlah mata anda seperti mata lebah yang sentiasa mencari madu (kebaikan). Jika dilihat lebah akan sentiasa berusaha untuk mencari madu yang baik. Memilih dan menghidu untuk dibawa balik ke sarang masing-masing. Begitu gigih mencari yang baik untuk ratunya. Jangan mempunyai pandangan seperti lalat sentiasa melihat dan mencari benda yang kotor (keburukan) dan tanpa segan silu menyebarkan keburukan hingga ramai yang kena tempias. Lalat akan hinggap pada benda-benda yang kotor yang selepas itu mengotorkan tempat yang lain.
Soalan yang kembali pada diri
Pertama, Jika soalan itu difikirkan dengan rasional ia tidak patut ditanya. Jika ingin menanyakan soalan itu, maka soalan ini harus ditanya pada diri anda, “adakah aku telah menjadi makmum yang baik kepada imam itu?” kita sering melihat salah orang lain jauh melebihi diri kita. Selidiki dulu apa salah kita sebelum mencari salah orang lain.
Kedua, banyak lagi soalan lain yang boleh diajukan yang boleh menjadikan ahli jemaah surau meningkatkan kadar perkembangan ilmu mereka darisudut keagamaan. Tidak hanya teralih kepada “couple”. Setiap minggu itu lah soalan yang sering ditanya. Percayalah satu perkara, jangan memaksa orang untuk menerima pandangan dan pegangan yang kita pegang. Soalan itu sering ditanya menggambarkan anda memaksa orang menerima pegangan anda. Betul tindakan yang anda buat, tetapi kadar kekerapan soalan itu ditanya menjadikan orang bosan dengan kisaran soalan sama.
Mungkin anda kurang bersetuju dengan kenyataan diatas. Ia tidak bermakna kenyataan itu membenarkan “couple” tetapi cubalah memahami sesuatu perkara. Namun, secara peribadi tindakan anda betul tapi kurang tepat. Mereka bukanlah yang terbaik, namun mereka melakukannya bukan kerana harta. Mereka adalah manusia yang tidak lari dari kesilapan.
Harapanku, agar tulisan ini tidak mengganggu tidur malammu. Jangan sampai tutur katamu akan membuatkan surau al-firdaus sepi keseorangan.
No comments: