
Darah itu jatuh bercucuran dibumi suci
Darah itu memerah keringat semangat rakyat palestin
Darah itu darah keluarga seusai makanan selesai dijamah
Darah itu menagih pengorbanan, kesabaran, persaudaraan
Darah itu menuntut doa ummat bergelar “muslim”
Apakah sebenarnya?
Lakaran tulisan ini ku ukir mengajak ummat islam untuk menggunakan medium DOA sebagai senjata paling hebat dan cepat mengharap nusrah ilahi. Lupakan perbezaan fahaman, politik, fikrah, pegangan yang berlainan. Isu palestin harus dilihat dari sudut isu keagamaan bukan kenegaraan. Kita sering mendengar ceramah-ceramah, kebanyakkan mereka menyebut bahawa ummat islam harus melihat isu ini sebagai satu isu persaudaraan (Ikhwah Baina Al-Muslim).
Yahudi dan musuh islam telah menggunakan konsep “Negara Bangsa” iaitu bangsa mengikut negara, menyebabkan berlaku pemecahan antara ummat islam selepas penjajahan negara-negara penguasa selepas perang dunia ke-2. Konsep ini menyebabkan umat islam berpecah mengikut negara yang mana umat islam tidak lagi mempedulikan ummat islam negara lain.
“emm, itu di palestin, bukan Malaysia”.
Inilah kata-kata sesetengah Kita ummat Islam walau dimana jua mesti melihat isu ummat Islam lain adalah juga masalah kita. Jika mereka susah kita juga patut merasakannya. Setiap inci bumi Masjidil Aqsa adalah milik kita, “tanah wakaf” milik kita bersama. Qiblat pertama Islam sebelum ke Masjidil Haram. Kita bimbang jika tidak dijaga dengan baik, pencerobohan itu bukan sahaja di masjidil Aqsa tetapi siri pencerobohan akan ke Masjidil Haram. Yahudi dalam rangka menguasaan yahudi mereka mengagap menguasai Masjidil Aqsa adalah bermakna berjaya menguasai ummat Islam sebagaimana Rumah Putih turut dikuasai cengkaman Yahudi.

Apa perlu Dibuat?
Sebagai ummat islam perkara yang paling cepat darisudut tindakan ialah dengan berdoa selepas solat, Qunut Nazilah atau solat hajat. Usahlah diperdebatkan mana lebih utama antara solat hajat dan qunut Nazilah. Semuanya akan mengeruhkan keadaan. Jadilah mereka yang berfikiran jauh, yang mana melihat sesuatu perkara dengan “Asrar”(pandangan di sebalik pandangan).
“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh

Apakah Pengertian Qunut Nazilah?
Dari segi bahasa, "Qunut" mempunyai banyak makna. Antaranya ialah taat dan mendirikan perintah Allah, solat, berdiri yang lama, pengabdian, diam, khusyu' dan beberapa makna lagi. Dari segi bahasa, "nazilah" ialah suatu keadaan yang gawat, mencemaskan dan terdesak. Dari segi istilah, ia bermaksud suatu keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.
Apakah Dalil Qunut Nazilah?
Riwayat Abu Hurairah r.a:
Abu Hurairah berkata: "Ketika solat Subuh, selepas Rasulullah saw selesai membaca (al-Fatihah dan surah), baginda bertakbir (untuk rukuk) dan mengangkat kepalanya kembali, lalu baginda membaca: "Sami'allahu liman hamidahu, rabbana walaka al-hamdu". Kemudian, baginda membaca doa dalam keadaan berdiri: "Ya Allah, selamatkanlah al-Walid bin al-Walid, Salamah bin Hisham, 'Iyash bin Abi Rabia'h dan semua golongan yang tertindas dari kaum mukminin. Wahai Allah, hancur dan musnahkanlah kaum kafir yang memberi mudharat, dan jadikanlah ke atas mereka tahun-tahun yang sengsara seperti yang berlaku pada zaman nabi Yusuf" . (Riwayat al-Bukhari (no.2600) dan Ahmad 2/239, 396).
Di dalam riwayat Imam Muslim terdapat tambahan doa seperti berikut:
"Ya Allah, laknatilah kabilah Lihyan, Ri'l, Zakwan dan 'Usaiyah yang telah menderhakai Allah dan juga RasulNya".
Di dalam hadis ini menceritakan bahawa Rasulullah saw mendoakan supaya Allah Azza wa Jalla menyelamatkan beberapa orang sahabat baginda yang masih tinggal di Mekah. Selepas masuk Islam, mereka itu diseksa dan diazab oleh kafir Quraish. Dengan keberkatan doa Rasulullah saw, mereka semua selamat dan kemudian terus berhijrah kepada baginda di Madinah.
Abu Hurairah berkata: "Sesungguhnya aku akan dekatkan solat kalian dengan cara solat Rasulullah". Abu Hurairah membaca doa qunut pada rakaat terakhir dalam solat Zohor, 'Isya', dan Subuh, selepas beliau menyebut: "sami'allahu liman hamidahu", beliau mendoakan kebaikan kaum mukminin dan laknat ke atas golongan kafir". (Riwayat al-Bukhari (797), Muslim (676).
Bolehkah Qunut Nazilah dibaca dalam semua solat fardhu?
Para ulamak berbeza pendapat di dalam hal ini. Menurut pendapat yang rajih, doa qunut nazilah boleh dibaca di dalam semua solat fardhu. Pendapat inilah dipegang oleh para ulamak mazhab Syafie, pandangan yang tepat di kalangan ulamak mazhab Hanbali, sebahagian ulamak mazhab Maliki dan majoriti ulamak hadis.
Pandangan ini berdasarkan hadis-hadis yang telah dinyatakan sebelum ini. Sebagai contoh, hadis riwayat Ibn Abbas: Ibn 'Abbas berkata bahawa Rasulullah saw membaca doa qunut selama sebulan berturut-turut di dalam solat Zohor, Asar, Maghrib, 'Isya' dan Subuh di penghujung setiap solat… (Riwayat Ahmad 1/301), Abu Daud (1443). Menurut Al-Albani di dalam kitabnya Irwa' al-Ghalil 2/163, hadis ini adalah hasan).
Jadi, doa qunut nazilah ini boleh dibaca pada rakaat terakhir dalam semua solat fardhu. Pendapat ini jugalah yang dipegang oleh Ibn Taimiyah, Ibn al-Qayyim, Ibn Hazm, al-Syaukani dan lain-lain lagi.

Ayuh wahai Ummat..
kita bersatu..
dibawah panji-panji Islam..
berpegang pada payung persaudaraan..
BEBASKAN AL-QUDS
No comments: