Pernah ketika itu daun berbunga mekar
Disapa angin lalu membawa bayu
Ketika itu bulan bagaikan hijau malar
Menanti muncul mentari lalu
Laut seakan turut memaksa pohon
Daunya melambai tika terdetik
Batu dipinggiran turut terpegun
Seolah gembira dihempap ombak
Burung turut berdendang
Seolah kali pertama gembira
Ketam bagaikan berjalan lurus
Seakan sabar mengundang nestapa
Tiba-tiba...
Daun mengucup malu
Seolah angin engan lagi bertiup
Tatkala bulan gerhana bertamu
Mentari seakan mula redup
Burung turut diam membisu
Membungkam kata nista
Ketam hanya duduk terpaku
Mengenang nasib entah berapa
Nikmat selama ini direntap hiba
Penuh kesayuan gundah tak sudah
Harapan melangit jatuh tercela
Janji terikat terlerai rebah
Masihkah ada dahan mampu ku paut
Dalam kesayuan nada irama
Penahan pincang terjalin erat
Kerana hilang seribu rasa
Sudah tiba masa untuk pergi
Bagi diri wajah itu sudah mati
Anggapan pengubat hati
Menuju nikmat penuh hakiki
No comments: