ISLAMIK

Editorial

Udhiyyah : Berkorban atauTerkorban

Ketika kalam ini tersiar, keletihan menghambat sunyi. Mahu saja kepala ingin bersemayam diperbaringan bersama nada syahdu pendakwah dari perak. Namun jiwa berkata ku ingin sekali berkongsi, minda berputar menyusun bicara. Kawanku yang kukasihi lekas bangun daripada tidur singkat menuju bangkit yang panjang. Lihatlah derita mereka disekelilingmu, lekas bangkit bersama mereka. Peganglah tangan mereka, belai dan pimpin mereka. Jika sekalipun tidak mengikutimu, pimpinlah bersamamu.

Kasih Nabi Membawa ke Syurga
Kisah nabi Ibrahim masih segar apabila  menjengah Iduladha. Signifikasi daripada Iduladha adalah perjalanan kisah Nabi Allah Ibrahim A.S dan Anak Nya Ismail A.S menggambarkan pengorbanan yang tinggi, meletakkan taqwa pada Allah pada tahap tertinggi. Ismail A.S adalah anak kesayanyan nabi Ibrahim. Jika dilihat bagaimana seorang ayah yang begitu sayang kn anaknya sanggup mengorbankan permata hatinya. Anak yang ditunggunya pada sekian lama dan Nabi Ismail hadir dikala umur Nabi Ibrahim yang telah di penghujung. Anak itu dikorbankan kerana perintah Allah menunjukkan kecintaan pada Allah mengatasi nikmat yang diberikan Allah. Cinta akan menghasilkan kerelaan yang menyenangkan.

Ya, kerelaan Nabi Ismail yang pada usia yang kecil berkata : “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang  yang bersabar”. Bayangkan perasaan Nabi Ibrahim dalam menghadapi ujian, Ujian pengorbanan yang pastinya meruntun jiwa mengenangkan sayangnya pada anaknya Ismail A.S. Rakaman peristiwa ini tertulis pada surat cinta Allah kepada kita :
 
" Maka tak kala  anaknya ini sampai  (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : " Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi ku bahawa aku akan menyembelih mu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? anaknya menjawab : " Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insaya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang  yang bersabar. ( Surah al –Shaafat ayat : 102)

Saksikanlah betapa kualiti jiwa mengatasi kualiti umur. Umur yang sedikit yang digunakan dalam mentaati Allah adalah Lebih bermakna daripada panjang tapi melalaikan Allah. Jelaslah umur tidak menjadi ukuran dalam konsep kehormatan darisegi ilmu. Konsep “aku makan garam dulu daripada kamu” tidak boleh dipakai darisudut agama. Akhirnya mengorbanan itu terlaksana, Ismail ditebus dengan seekor binatang yang sebenar.

" Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan dan engkau melihat manusia beramai-ramai masuk agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya sesungguhnya ia sangat-sangat  menerima taubah ".  ( Surah al-Nasr : 1-3 )


Bandingan Takwa dan Maksiat
Jika diselusuri daripada sejarah, adakah kita pada zaman thoghut ini berkorban atau terkorban. Nabi Allah Ibrahim A.S mengorbankan Anaknya Ismail A.S dengan Taqwa dan Ketaatan. Tapi sebaliknya manusia berhati binatang mengorbankan anak Kerana Maksiat dan Kejahilan. Tatkala Nabi Allah berkorban dalam mentaati perintah Allah, Masyarakat zaman sekarang terkorban dalam Maksiat dalam mentaati larangan Allah. Dalam konteks ini, selusurilah perbezaan umat sekarang berbanding nabi-nabi. Sungguh jauh.. sungguh jauh..


Raya yang Penuh Pengorbanan
Seringkali apa yang kita cintai menjadi sebab untuk Allah menguji kita dengannya. Sayang kita kepada Ibu dan ayah, sahabat handai, Isteri, anak dan barangkali harta dunia yang sementara menyebabkan kita terlalu menderita bila tiada. Berapa ramai yang kehilangan kecintaan mereka, meronta bagai tiada apa untuk berpaut. Sebagai seorang yang lebih dewasa maka keperibadian yang mulia perlu diterjemahkan dalam segala perkara. Namun ini sesuatu yang sukar jika ianya bersandarkan kepada diri kita sahaja. apalah daya diri kita untuk menolak kesedihan yang ada dalam diri? sedangkan manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah dan daif. maka, kepada siapalah pula harus kita sandarkan untuk mendapat kekuatan? 

Sandarlah diri kita pada Alah SWT. Semoga lebih tabah, lebih bersemangat, lebih kuat untuk menjauhi sesuatu yang boleh merosakkan diri kita. Ayah dan ibu adalah harta yang tak mungkin kita cari selepas ketiadaan mereka. kita tidak berasa kehilangan mereka kerana mereka masih ada. begitu juga dengan sahabat handai, teman taulan, adik dan abang, guru dan pendidik serta ramai lagi manusia yang pernah kita berbicara dengannya.

Lelaki menangis kerana bahagia
Raya ini menjanjikan pengorbanan yang bakal ku lakukan. Terasa bagai semuanya akan berlalu pergi. Itulah yang harusku lakukan. Kebenaran “makna hidup pada pengorbanan” akan terus terukir sebagai “tagline” blog ini. Pengorbanan akan membawa tangisan dan tidak kurang jaga kebaikan. Elemen keredhaan sukar untuk digapai dek akal dan iman yang nipis.  Ingatlah, Lelaki yang selalu mengalirkan air mata kerana dosa adalah lelaki yang kuat imannya. lelaki yang biasanya menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Adakah anda lelaki jenis ini? Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap ego, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Ulama pernah berkata :

" siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong ".

Pemutus Kata
Lama aku berfikir. Merenung maksud kata-kata itu. Benarlah kata orang: "Jika kita dapat sesuatu maka kita akan kehilangan sesuatu." Sambutlah Pengorbanan dengan laungan takbir, semoga dengannya akan lembut lurus hati dan jiwa. Dalam kejauhan lambaian Baitul Allah menanti, menanti anda untuk menggapai tulus Ilahi. 





Pandangan Pembaca
Tags:

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top