Amanah dan Pengertian
Mendasari susur jalan islam merupakan sesuatu yang sangat susah kerana perkaitannya dengan persoalan amanah dan tanggungjawab. Amanah diklasifikasikan sebagai satu entiti yang mesti dipikul dalam perjalanan menyelusuri perjalan kehidupan. Berpaksikan kepada beberapa pendekatan yang berbagai maka ia boleh boleh menjadikan diri cukup penat dan gelisah.

Ada segelintir umat yang terlalu inginkan jawatan dan pangkat yang menjulang sehingga ada sesetengah mereka yang sanggup menggadaikan maruah islam mereka. Tidak mempunyai ilmu tentang beratnya tangungan mereka dimana gunung tidak sanggup menanggungnya. Ada yang melihat jawatan hanya untuk bermegah, ingin diri dikenali dan batu lonjatan untuk mendapat kesenangan diri.
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
Artikel ini bukan bermaksud jawatan tidak penting. Nasihatku jangan mencari jawatan, jika diberi dan sanggup terima amanah itu maka teruskan. Pastikan diri sentiasa bersedia? Ya. Bersedia untuk menghadapi perubahan. Perbahan kearah mana?. Tentunya kebaikan iaitu daripada sifat mazmumah kepada mahmudah.
Mengenal Perubahan
Perubahan menuntut persediaan. Itulah kunci utama untuk mengenal perubahan. Persediaan darisudut minda, kefahaman dan kesediaan. Terdapat sesetengah pihak yang tidak mahu menerima perubahan khususnya darisudut kepimpinan sehingga sanggup menggunakan mereka yang berada diatas untuk “Back Up” mereka. Perubahan adalah sesuatu yang cukup susah, buktinya ada orang sanggup hidup susah daripada menerima perubahan. Jadilah orang beruntung dengan menhala pemikiran kearah perubahan yang diterima. Jangan banyak mempertikai sehingga menmatasi apa yang patut.
JPP dan 36 Ahli Jawatankuasa
Apabila melihat daripada skop minda yang waras, yang mana bila disebut perwakilan pelajar bermakna sebarang aktiviti pelajar mestilah melalui mereka bukan terus keatas, melampaui mereka yang berada dalam jawatankuasa. Risikonya akan timbul apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Mereka adalah orang pertama bakal dipertanggungjawab. Orang yang bercakap dibelakang akan melepaskan tangan, MENYERAHKAN SEGALA..
Biro Agama dan Pendidikan
Pada hari ditawarkan jawatan sungguh dihati aku menolak. Membawa agama sebagai subjek utama cukup susah kerana semua memandang, dari hujung rambut sampai hujung kaki (Pembawakan). Sepanjang melihat exco-exco agama yang terdahulu, mereka cukup lelah kerana apabila disebut biro agama bererti ia akan bekerja dalam tempoh masa dan kekerapan yang lebih dari yang lain. Rasionalnya adalah dilantik itu bererti anda diberi suatu tempat untuk dijaga. Ia adalah SURAU.
Ahli jawatankuasa perlu disusun dengan teliti bagi menjaganya. Harus difahami tidak ramai sanggup untuk berada dibawahnya. “ saya tak suka buat kerja untuk biro, memerlukan kertas kerja, laporan dan sebagainya, banyak kerenah birokrasi” kata segelintir pelajar. Kita harus faham bahawa sesuatu itu ada jalannya dan bila jalan dipilih bertentangan dengan jalan yang ada maka kita akan dipersoalkan.
“Dulu buat program tak perlu maklum kepada exco pun, Sekarang lain, kena maklum”. Ini kerana perubahan ini bergantung kepada mereka yang memimpin. Macam mana jika pihak lain menyoal?. Contohnya, Zaman Pak Lah dengan Najib.. Sudah tentu lain. Sama-sama fikirkan.
Biro Agama dan Pendidikan mesti membuat sesuatu aktiviti yang melibatkan umum (jamei) iaitu kepada semua tidak boleh secara sendirian (fardhi). Bagi sesetengah pihak ketidakfahaman mereka dan sempitnya pemikiran menyebabkan skop aktiviti disempitkan. Maaf jika tersinggung, tapi dalam perkara yang membabitkan agama, hati ini cukup mengambil berat. Salahkah jika sesuatu program itu di buka untuk semua?... SALAHKAH?

Surah Al-Mujadalah Ayat 7

Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat, apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
No comments: