Terdorong aku untuk menulis bukan kerana kecil hati, kata orang kalau kecil hati pergilah berumah dipohon rendang, jangan mencacak diombak petang. Namun, semua adalah untuk renungan semua. Ya, semua yang menjadikan perjuangan islam sebagai tonggak utama penghidupan. Apakah maksud perjuangan? Ya, perjuangan yang sering dilaungkan oleh mereka yang semangatnya membara dek persekitaran yang memaksa.
Wahai
yang jiwanya terletak pada kekuasaan Allah,
Yang pakaiannya beralas tauhid,
Yang bekalan akhiratnya amal,
Yang hidupnya melayari bahtera iman,
Yang peta hidupnya syariatullah,
Yang peribadinya terdorong dek kalam Sunnah,
Kenapa Makin jauh daripada CCTV Allah,
Kenapa tauhid diabai,
Kenapa akhirat tidak menjadi imam,
Kenapa bahteramu tergoncang dek nikmat,
Kenapa melanggar sunnatullah,
Kenapa kalammu mudah jatuh ke bumi,
Memperluaskan Konsep
Contoh untuk diteladani
Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?
Lantas Hasan al-Banna menjawab, “Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”. Bagi kita yang berperanan sebagai Da’i, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi s.a.w. untuk para Da’i. Kredit to Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Ulasan saya
Umat islam yang berjiwa dakwah harus mengubah sikap yang terlalu skeptikal terhadap mereka yang ingin berubah dan juga merubah. Da’i perlu berubah darisudut sikap dahulu barulah mampu untuk melakukan segala pekerjaan yang berkaitan dengan dakwah. Memahami metadologi dakwah yang mencakupi masalah mereka yang ada di persekitaran maka timbullah persoalan yang bermain di benak hati adalah :: sikap sukar untuk diubah:: contohnya singkapilah mana-mana akhbar tabloid, apabila terjadi kematian, mereka akan pergi bertanya : “ada tak makcik melihat perubahan sebelum anak makcik meninggal? Makcik menjawab, “ye jugak, selama ni tak pernah dia cium tangan makcik bila nak keluar rumah.
Inilah signifasi yang menunjukkan bahawa sikap sukar diubah apabila dalam kalangan orang melayu sendiri membentuk pemikiran bahawa apabila sikap diubah ianya mendapat takrifan “Buang Tabiat”. Ya betul! Buang saja tabiat yang buruk mengapa lekatkannya di dalam hati kalau ianya mendatangkan keburukan lebih daripada kebaikan. Janganlah pula ia dibuang dengan cara menyakitkan hati orang lain yang mahu berjinak dengan kerja-kerja murni ini.
Pernah saya menyoal diri tentang kenyataan yang dibuat sesetengah pihak terdapap mereka yang baru berjinak dengan pemurnian erti perjuang yang mana bersifat negatif tidak kurang juga provokasi. Kata seorang pendakwah dari perak “Sebenarnya yang menjatuhkan islam bukan orang bukan islam, tetapi yang menjatuhkan islam sebenarnya ialah orang islam sendiri”. Mereka ialah orang yang bercakap tetapi cakapnyanya tidak selari dengan perbuatan. Saya melihat kurangnya hikmah bila mempersoalkan tentang seni berdakwah. Kadangkala lidah mengutuk, lupa hari ini Allah memberikannya hidayah, entah esok lusa belum tahu.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “ ...sesiapa yang diberi hidayah (petunjuk) oleh Allah, Maka dialah orang yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkan-Nya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan Yang benar) kepadanya” (Surah al-kahfi 18 : 17)
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkata apa yang kamu tidak melakukannya!” (As-Saff Ayat 2)
“Amat besar kebencian disisi Allah- Kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya” (As-Saff Ayat 3)
“ Sesungguhnya Allah Taala mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh” (As-Saff ayat 4)


Yang pakaiannya beralas tauhid,
Yang bekalan akhiratnya amal,
Yang hidupnya melayari bahtera iman,
Yang peta hidupnya syariatullah,
Yang peribadinya terdorong dek kalam Sunnah,
Kenapa Makin jauh daripada CCTV Allah,
Kenapa tauhid diabai,
Kenapa akhirat tidak menjadi imam,
Kenapa bahteramu tergoncang dek nikmat,
Kenapa melanggar sunnatullah,
Kenapa kalammu mudah jatuh ke bumi,
Dalam berjuang mengapa kita memperkecilkan yang lain? Sedangkan jika diteliti konsep perjuangan ianya luas dan memerlukan penelitian yang konkrit beralaskan fakta yang tidak bercanggah dengan hukum yang “Qati'”. Pelanggaran syariatullah berlaku apabila kita memperkecilkan konsep perjuangan yang sebenar. Bila hal ini berlaku natijahnya akan membawa kepada satu manifestasi yang berbeza dalam kalangan mereka yang memperjuangkannya.
Memperluaskan Konsep
Contoh yang saya bagi cukup mudah dan seribu kemaafan bagi yang tersinggung dengan coretan ini. Sahabat berjuang yang disebut Dai’ mestilah berlandaskan konsep kewajipan kita terhadap agama. Ada yang memperkatakan apabila Al-Quran dan As-Sunnah memperkatakan sesuatu, kita patut sebarkan? Atau Segala kebaikan yang dianjurkan dalam islam yang bukan hanya berkaitan dengan hukum tetapi meliputi seluruh syariat. Ia betul dan tidak salah. Tapi semuanya harus dijalankan serentak. Semasa kita belajar kita mempunyai kewajipan yang sedikit iaitu pelajar dan dakwah mungkin selain anak yang taat kepada ibubapa, tetapi apabila kita berada disuasana yang lain (berkahwin atau bekerja) kewajipan makin bertambah iaitu anak-anak, isteri keluarga berganda dua dan sebagainya. Persoalannya ialah apa yang sedikit? Ya... kewajipan untuk berdakwah.
Istilah masyarakat kontemporari, dakwah hanya dilihat apabila wujud kepincangan dalam masyarakat. Apabila kita melihat di beberapa sudut disana berdua disini berdua yang ada tiganya (maknanya saya serahkan kepada anda), maka kepincangan itu perlu melalui satu medium iaitu dahwah. Atau apabila berlakunya fikrah yang berbeza dalan kalangan jemaah masjid menyebabkan kewajipan itu perlu dilaksana.Persoalannya adakah itu dakwah? jika itu yang dimaksudkan maka kita telah memberi pendefinisian yang kurang menyeluruh pada “Dakwah berkonsepkan perjuangan”.
Contoh untuk diteladani
Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?
Lantas Hasan al-Banna menjawab, “Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”. Bagi kita yang berperanan sebagai Da’i, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi s.a.w. untuk para Da’i. Kredit to Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Ulasan saya
Umat islam yang berjiwa dakwah harus mengubah sikap yang terlalu skeptikal terhadap mereka yang ingin berubah dan juga merubah. Da’i perlu berubah darisudut sikap dahulu barulah mampu untuk melakukan segala pekerjaan yang berkaitan dengan dakwah. Memahami metadologi dakwah yang mencakupi masalah mereka yang ada di persekitaran maka timbullah persoalan yang bermain di benak hati adalah :: sikap sukar untuk diubah:: contohnya singkapilah mana-mana akhbar tabloid, apabila terjadi kematian, mereka akan pergi bertanya : “ada tak makcik melihat perubahan sebelum anak makcik meninggal? Makcik menjawab, “ye jugak, selama ni tak pernah dia cium tangan makcik bila nak keluar rumah.
Inilah signifasi yang menunjukkan bahawa sikap sukar diubah apabila dalam kalangan orang melayu sendiri membentuk pemikiran bahawa apabila sikap diubah ianya mendapat takrifan “Buang Tabiat”. Ya betul! Buang saja tabiat yang buruk mengapa lekatkannya di dalam hati kalau ianya mendatangkan keburukan lebih daripada kebaikan. Janganlah pula ia dibuang dengan cara menyakitkan hati orang lain yang mahu berjinak dengan kerja-kerja murni ini.
Pernah saya menyoal diri tentang kenyataan yang dibuat sesetengah pihak terdapap mereka yang baru berjinak dengan pemurnian erti perjuang yang mana bersifat negatif tidak kurang juga provokasi. Kata seorang pendakwah dari perak “Sebenarnya yang menjatuhkan islam bukan orang bukan islam, tetapi yang menjatuhkan islam sebenarnya ialah orang islam sendiri”. Mereka ialah orang yang bercakap tetapi cakapnyanya tidak selari dengan perbuatan. Saya melihat kurangnya hikmah bila mempersoalkan tentang seni berdakwah. Kadangkala lidah mengutuk, lupa hari ini Allah memberikannya hidayah, entah esok lusa belum tahu.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “ ...sesiapa yang diberi hidayah (petunjuk) oleh Allah, Maka dialah orang yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkan-Nya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan Yang benar) kepadanya” (Surah al-kahfi 18 : 17)

“Amat besar kebencian disisi Allah- Kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya” (As-Saff Ayat 3)

Saya mengajak untuk bersatu bukan soal kuasa, nama, pangkat dan juga pengaruh. Dalam ayat ini harus difahami bahawa berperang di jalan Allah Kita diberikan pelbagai medium khususnya dakwah. Allah berjanji akan mengasihi mereka dan menunjukkan kepada orang mukmin salah satu strategi dalam membela agama adalah perkataan “Saffan” teratur. Ianya boleh diterjemahkan dalam istilah moden sebagai organisasi yang menuntut kesabaran yang tinggi yang natijahnya membentuk seperti bangunan yang kukuh, yang tidak mudah dirungkai hanya dengan kata berbau provokasi.

Sedarlah bahawa dipercayai adalah lebih indah daripada dicintai. Bila kita dipercayai dengan sendiri perasaan dicintai akan wujud dalam diri, tetapi bila kita dicintai oleh orang lain akan tetapi perasaan percaya hilang maka sedikit demi sedikit perasaan cinta akan hilang. Cinta? Ya. Cinta pada tugas dakwah. Ubat hati pendakwah ialah zikrullah. Pernah aku mengadu kepada seorang rakan bahawa aku telah penat dengan semua ini. Cuma satu ayat yang diungkapkan :: SABAR :: Ikhlas daripadaku aku lebih suka bercakap dengan orang yang tidak tinggi pengetahuan agamanya, tidak timbul perbalahan dan permusuhan. Itulah bisa dalam kerja ini tapi kata orang bijak pandai “ sedangkan bisa boleh jadi biasa apabila dizalimi, apatah lagi penawar yang datang daripada Allah dan penawar itu adalah Zikrullah.
Bagi mereka yang membaca artikle ini anggaplah ia hadiah pada jalan mujahadah bukan hadiah meruntuh jiwa. Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis.
Bagi mereka yang membaca artikle ini anggaplah ia hadiah pada jalan mujahadah bukan hadiah meruntuh jiwa. Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis.
No comments: