Menjengah bulan Julai hingga september yang terkehadapan, memang sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti yang memungkin saya menghadapi kelelahan yang panjang. Lelahan memang sesuatu yang pasti, membelah ranjau merintang samudera. Semuanya memberikan ibrah sepanjang perjalanan yang pastinya membawa ke daerah yang pasti berakhir. Dalam kesibukan khususnya masa dan tempat, sudah lama tidak menulis entri baru. Entahlah apa yang menghalang; daerah masa atau pemikiran. Mungkin juga bukan persoalan tiada masa, tetapi tidak bijak mencari masa.
Kali ini daripada ilmiah kadang-kadang rasa ingin beralih ke daerah paling jauh. Menerobos sudut tinjau paling dalam diri. Terasa ingin bercerita tentang sesuatu yang dulunya pernah menjadi hiburan pada hati. Dalam ranjau dibalik dewasa aku menunggu dengan penuh rasa sayang, rindu dan tidak kurang juga keduanya telah berbaur sebati. Terimalah kisah suka duka “Bukan Hanya Kerana Dia”.
Pernah datangMu dulu mencuit hati. Segala urat bersama aliran darah turut memerhati gerak pandang. DatangMu seolah memecah sunyi bagai tiada lagi bisa untuk dirasakan kenikmatan selepas daripadanya. Sungguh hati memperoleh dua keseronokkan. Ya, awalnya sudah pasti tetapi diakhirat belum tentu. Dalam usaha diri menyayangi dan mengasihiMu, terkadang terpalit rasa jemu kepada ketika rasa terbaur rasa penat dalam usaha murni itu.
Sering saja pada tiada kali kesilapan aku lakukan aku sering meminta maaf dariMu. Kerana padaku begitulah ajaran dari tuhanMu dan TuhanKu. Kerana keampunan dan kemaafan perlu dipohon agar tercalit kata pada hati. Ternyata kesalahan yang aku pinta sering aku mungkiri. Engkau sering saja memberi kemaafan itu tapi aku mungkiri lagi. Pada setiap noda dan dosa semasa aku bersamaMu disini, aku pohon dedaunan pengharapan agar engkau sekali lagi mempercayaiKu.
Ketika dulu aku bersamaMu, sinar konsep memberi telah aku titipkan. Namun, adakah aku memberinya dengan keikhlasan, tidaklah aku ketahui. Kerana pernah aku berkata kepadaMu, seusai kata cendikiawan. Ikhlas itu, ibarat semua hati yang berada diatas batu yang hitam pada kala malam tidak lagi disinari bulan. Engkau menangis tatkala soal ikhlas bermain pada hemburan kata. Aku tetap aku tanpa mempedulikan bisikan darimu.
Semasa Aku bersamaMu, ruangku hanya untukMu tanpa mempedulikan yang lain. Namun semakin lama kau terus menjauh, tatkala itu aku sedar bukan engkau sebenarnya yang menjauh tetapi aku. Di dalam kejauhan mencintaimu aku telah melupakan siapa yang menciptaMu. Di dalam kebingungan mencari paduan kebahagian tercalit dosa yang amat pahit untuk dikenang. Sungguh dosa itu, sesuatu yang sedikit kenikmatannya tetapi dosanya akan berkekalan tanpa ampunan daripadaNya.
Kini setelah hampir setahun hubungan aku denganMu tiada bergemu dek lintasan waktu dahulunya. Semakin hampir padaMu, kenangan dulu tersambung kembali. Masih kekal diigatan saat engkau memujuk dan membelai tatkala pagi hingga lewat malam. Terkenang waktu itu membuatkan aku semakin inginkannya tetapi aku mengetahui bahawa ia amat sukar.
Pelbagai ranjau dalam menghadapi segala cita untukMu. Semakin aku sedar yang saat dan ketika dulu amat sukar untuk kembali, maka dalam diam aku berusaha membenci. Membenci itu bukan kerana marah dan demdam, sebaliknya kerana kesal dan kecewa tatkala menyedari saat dulu sukar untuk kembali.
Kini kau kembali, peluklah aku dalam bisikan nada penuh kegembiraan ketika awal dan akhir. Saat dimana mempercayai itu lebih baik daripada dicintai.
RAMADHAN.. Sungguh diawal saat kau datang memberi kebahagiaan kepadaKu.
Saat ditengahMu memberikan Seribu keampunan daripada KhalidMu.
Saat dimana kau dan aku rindu dalam kebenciaan terhadap api Neraka pada akhirnya.
Izinkan aku mendapat satu malam daripada malammu.
Yang padanya aku dan engkau menghadapi TUHAN yang Maha Agung.
Disaat kau tinggalkan aku.
Aku berharap dilain detik agar tenang jiwaku bersamaMu.
No comments: