Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam kepada nabi terakhir, Yang disanjungi.
Wahai rakan taulan yang menjadi medium sebaran ikhwahfillah,
Coretan ini bukan hendak menanam rambut yang gugur,
Tidak pula berupa sindiran yang meruntuh,
Tapi panahan membina buat dirimu,
Sesungguhnya diri ini tidak sempurna,
maka ku inginkan kesempurnaan kalian,
Jika sifatmu sempurna tempiasnya turut ku rasai,
Wahai Sahabat: Assalamualaikum Warahmatullah wabarakatuh.
Tahukah sahabat?
Solat? Rukun islam yang wajib bagi semua umat islam yang menjadi syariat Rasullullah. Wahai rakan kenapa meringankan soal solat? Kenapa? Sedangkan solat adalah merupakan penghubung antara Tuhan (ALLAH) dan Hamba (MANUSIA). Ruangan ini bukan dikhususkan untuk menyuluh kepada rukun, syarat sah solat dan yang sama waktu dengannya. Ramai diantara umat zaman Fasaad yang bersolat. Persoalannya sejauh mana solat itu mampu mempertahankan diri Fahsyak dan Mungkar (Surah Al-Ankabut ayat 45)?

Sedih hati ini bukan kepalang, mahu ku lontar seribu kata teguran bagi mereka yang pekak dan bagi diriku yang kurang panduan. Beberapa kali aku melihat rakan yang sembahyang hanya memakan masa hanya 2 minit walaupun solat itu berkadar empat rakaat. Dimana elemen ingin bersama tuhan kalian? Adakah kalian tidak merasakan Allah dihadapan kalian. Tidak kalian berasa malu tika seluruh anggota menghadap Allah namun hati dan nurani lalai dek kesibukan dunia, tidakkah kamu berasa dibius sifat segan tika kamu mengadap Allah hanya dengan berkain tanpa berbaju dengan pusat dari lutut yang tertutup?
Tika Lelah Menghambat..
Konsepnya cukup mudah untuk difahami jika diilustrasikan seandainya: Bayangkan suatu hari tika anda berkejaran balik ke asrama bertemankan peluh, belum sempat pun menarik nafas lega, telefon memanggilmu, dan mesej dari kekasihmu (bagi yang berkenaan) menayangkan huruf-hurufnya:
“ i tunggu di cafe yer, lupa nak bagi buku u tadi?”
Apa yang anda akan buat? Mesti dengan cepatnya fungsi anatomi anda akan berfungsi. Mandi, berpakaian segak, memakai wangian (onedrop perfume) mungkin, Atau kata senget remaja sekarang “MASKULINITI”. Sedarkah kita itu hanyalah manusia yang kita letakkan kecintaan yang hanya sementara? Sekarang, apabila corong besi sejarah laungan tauhid bilal memanggil, apa yang anda buat? Mungkin bagi yang berselimut akan menariknya sampai ke hujung rambut, bagi yang terjaga hanya mendengarnya sambil melayari laman web kegemaran (Facebook) mungkin. Tika bersolat, bayangkan jika ia mengambil masa dua ke tiga minit, bagaimana perlakuannya, adakah hanya ibarat menyangkul ubi? Maaf jika terkasar.

“(iaitu) mereka yang berkenaan lalai daripada menyempurnakan sembahyang” (Al-Maun Ayat 5)
Wahai sahabat, renungkanlah. Bukankah solat itu tiang agamamu, bukankah solat itu mencegah api neraka daripada menyambarmu, bukankah yang membezakan orang mukmin dan munafik adalah sujud. Lupakah kita ketika alunan nafas terakhir Baginda mengalunkan “Solat”, Lupakah kita amalan pertama dihisab adalah solat, lupakah kita solat adalah penghibur hati Rasulullah. Lupakah wahai sahabat?- Sumber isham bin muhammad al-syarif, al-jarr al- sahih min ahadith an-nisa’.
Kisah lelaki penyesal..
Pernah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim melalui sahabat abdullah bin mas’ud, Beliau menceritakan: Pada suatu hari datang seorang lelaki bertemu Rasullullah S.A.W dan mengakui telah melakukan dosa. Dosa itu ialah beliau telah bermesra dengan seorang wanita namun tidak sampai melakukan zina. Lelaki yang menyesal tadi ingin bertaubat ini datang bertemu Rasullullah S.A.W dan berharap agar menebus kembali dosanya. Maka Turunlah Ayat 114 daripada surah Hud yang bermaksud “Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapus perbuatan dosa”
Kisah lelaki penyesal..
Pernah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim melalui sahabat abdullah bin mas’ud, Beliau menceritakan: Pada suatu hari datang seorang lelaki bertemu Rasullullah S.A.W dan mengakui telah melakukan dosa. Dosa itu ialah beliau telah bermesra dengan seorang wanita namun tidak sampai melakukan zina. Lelaki yang menyesal tadi ingin bertaubat ini datang bertemu Rasullullah S.A.W dan berharap agar menebus kembali dosanya. Maka Turunlah Ayat 114 daripada surah Hud yang bermaksud “Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapus perbuatan dosa”
Refleksi diri..
Terasa sayu diri ini apabila elemen khusyuk itu hilang dari diri. Hilangnya sukar ditemui dan payah dicari namun itulah perjuangan diri kearah keredhaanMu Ya Rabbi. Dulu aku belajar sahaja tentang agama di Maahad Pengajian Islam. Habis semua buku silibus bumi mesir itu khatam, Al-Mustolahul Hadis,Fiqh, adab wal akhlak, Abad Wa Nusus, Siratunnabawiyah, dan sebagainya. Namun alangkah rugi diri ini menjadikan semua itu hanya untuk Imtihan.
Aku bersyukur kerana dibumi IPGM KSM aku ditemukan dengan ramai Rijal-rijal yang berkualiti membentuk kumpulan-kumpulan usrah yang menjadi cawan kepada tadahan ilmu dan amal. Naqibku adalah seorang yang cukup aku kagumi, setiap bait kata beliau terukir dalam hatiku walaupun tidak semua (ulasan mengenai beliau pada entri akan datang).
Nasihatku..
1. Agar engkau mencari guru untuk membetulkan solatmu, supaya terpelihara jiwamu.Aku bersyukur kerana dibumi IPGM KSM aku ditemukan dengan ramai Rijal-rijal yang berkualiti membentuk kumpulan-kumpulan usrah yang menjadi cawan kepada tadahan ilmu dan amal. Naqibku adalah seorang yang cukup aku kagumi, setiap bait kata beliau terukir dalam hatiku walaupun tidak semua (ulasan mengenai beliau pada entri akan datang).
Nasihatku..
2. Agar engkau membuka warkah-warkah hati bagi meneliti kesalahanmu.
3. Bagi yang memperjuangkan tarikat, dan mazhab agar engkau permudahkan urusan ibadat.

“Sesiapa yang membaca maka dialah orang yang berbahagia, kerana dapat memetik dari kebun dunia, melihat keajaipan dunia serta menakluk zaman dan tempat”
No comments: