Bacaan Surah Yassin bergema lagi. Membentuk nada lain selain bunyi air hujan jatuh kebumi. Suasana sejuk menyelebungi malam yang berlalu. Bacaan itu seolah menjadi selimut pada kesejukkan malam. Tulisan kali ini sangat ringkas untuk mengajak “kita” bersatu. Lalu apakah medium untuk bersatu? Persoalan ini akan terjawab dengan lembut seiring lembutnya bayu pantai timur musim tengkujuh.
Masalah Yang Melingkari
Oleh itu saya mengajak untuk kita meraikan pendapat masing-masing dalam sesuatu perkara. Saya dan anda juga manusia baisa yang tidak lari dari kesilapan. Pandanglah perkara yang sama yang kita ada. Jika kita melihat sesuatu yang berbeza antara kita, kesatuan tidak akan wujud.
Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)
Solat Hajat Dan Manifestasi Pengharapan
Bermula dengan solat maghrib agenda diteruskan dengan bacaan yassin yang di dalamnya terdapat berbagai-bagai hikmah dan latar belakang ayat yang sering dibaca oleh kebanyakkan. Railah ia sebaiknya. Seusai doa membungkam nada syahdu diteruskan dengan solat Isyak dan kemudian solat hajat. Ia bersempena peperiksaan yang akan berlangsung dan sebuah pengharapan juga untuk semester 8. Jemaah sekalian bukalah mata hati.. Dengarlah.. sebelum kita kehilangannya....
Diharapkan selepas ini akan ada mereka yang akan menjadi pengganti. Kita perlu mencari jalan penyelesaian dan tidak lagi menghangatkan apa yang sudah panas. Istighfar dan keampunan adalah mekanisma terbaik dalam banyak perkara. Bagi yang terasa, terutama pada diri ini dan yang lain.
::Bagi pemberi rasa::
Nilailah sesuatu dengan berpada,
Carilah hikmah bila berbicara,
Kerana tiap-tiap sesuatu ada penghujung,
Berpegang pada yang kukuh bukan yang rapuh,
Terima kasih atas teguran,
Insyaallah ada hikmahnya.
::Bagi yang terasa::
Kesatlah air matamu,
Jangan menangis bersama langit,
Hiasailah akhlak peribadimu,
Tunjukkan yang kita mampu berubah,
Berubah kearah kebaikan.
:: Bagi pemberi suara::
Alunkanlah ia dengan baik,
Membaca bait-bait surat cinta Rabmu,
Surau Al-Firdaus Merinduimu,
Semoga dengannya akan luntur tangis hatimu,
Bila ia selalu dipuji bersama Asmaul Husna.
No comments: