Kehidupan ini jelas amat sukar, terutamanya bagi mereka yang tidak tahu memberi makna terhadap kehidupan itu sendiri. Pelbagai badai yang manusia lalui sepanjang perjalanan hidup mereka. Inilah pentas ujian bagi kita untuk melihat sejauhmana tahap yang kita telah capai sepanjang kita merentasi lurah-lurah kehidupan ini.
Jika kita perhatikan manusia ini (jika kita berbindang dalam konteks sejarah islam). Ketika mana penghijrahan nabi Muhammad s.a.w ke madinah, dalam ilmu tafsir al-Quran terdapat 2 jenis mengelasan iaitu ayat makiyyah (yang menggunakan lafaz ‘yaayyuhal annas’) dengan dan madaniah (yang menggunakan lafaz ‘yaayyuhal Insan’). Bagaimana sikap pendudukan mekah pada masa itu menyambut dakwah nabi dengan sikap dan kekasaran mereka dan bandingan masyarakat madinah yang menyambut seruan dakwah nabi Muhammad s.a.w. dengan tangan terbuka.
Berbalik kepada persoalan kita diawal. Ramai yang tergelincir dalam melakukan pelbagai kesilapan dalam hidup, samada sengaja atau tidak. Ramai diantara kita yang menggunakan pebagai cara demi mendapatkan apa yang kita hajati. Dalam apa jua bentuk, kita sering memainkan “denial syndrome”demi menyelamatkan diri sendiri. Untuk merealisasikan usaha itu, ramai manusia (Annas) yang menipu bagi melepaskan diri sendiri. Hanya untuk kepentingan diri mereka. Sebaliknya sedikit yang bergelar manusia (iaitu insan) yang lebih bersikap jujur yang setiap laku mereka.
Pembohongan Atas Nama Cinta
Rupa yang cantik, susuk tubuh yang menarik selalunya menjerat penilaian kita terhadap seseorang. Dari mata turun ke hati. Hatilah yang mengarah semua anggota lain untuk bertindak. Bila cinta (yang buta) menguasai diri. Sanggup diredah segala lautan api demi mempertahankan cinta yang dimiliki. Lihat saja betapa ramai anak-anak bangsa kita tertewas dengannya.
Sebut saja apa namanya. Keldai dadah, pembunuhan, lari rumah dan berbagai lagi menjadi antara inti dalam masyarakat. Ada pula diantara lelaki dan wanita yang mencuba nasib dengan ramai lelaki dan perempuan yang lain. Kononnya mencari cinta sejati. Tidak kira kaum mana sekalipun. Perasaan sering dipermain dan dijadikan alat pemuas kehendak. Bila sudah bosan, ditinggalkan. Kononnya tidak serasi.
Tidak kurang juga yang menjadikan pasangan yang meraka kenal sebagai ‘batu lonjatan’ dalam menghilangkan kesepian. Mencari kebahagiaan setelah tembelangnya pecah dengan beberapa pasangan lain sebelum ini. Manusia seperti ini, mencari kebahagiaan kosong setelah gagal mencipta kebahagiaan yang juga kosong sebelum ini. Mencari kebahagiaan dengan kemudaratan, alangkah ruginya.
Ingat, bila perasaan dipermain maka natijah daripada perasaan yang bertunjang dihati akan menimbulkan kesan yang banyak. Perasaan cinta bisa bertukar dendam, benci lalu ia bersarang dalam kerajaan diri manusia.
Pembohongan Atas Nama Maruah
Ramai juga diantara manusia menipu dengan bersikap tidak jujur. Dalam soal munakahat contohnya. Ada diantara pasangan yang tidak memberitahu kekurangan dan kecacatan yang ada pada mereka (dalam apa jua bentuk sekalipun). Ingatlah, bahawa jika seseorang itu betul-betul menyayangi anda maka dia akan menerima anda apabila bersikap jujur. Jika disembunyikan sekalipun kelak terbongkar jua.
Jika kekurangan dan kecacatan itu hanya diketahui selepas pernikahan, maka pasangannya berhak menuntut cerai dan berita penceraian yang berlaku segera selepas pernikahan sudah tentu akan menjadi buah mulut orang ramai. Maka bersikap jujurlah sejak awal bagi mengelakkan penyesalan di masa kemudian.
Sepertimana Hadis Nabi Muhammad s.a.w bermaksud:
Rasulullah pernah berjalan melintasi (sebuah kedai yang menjual) makanan. Maka baginda memasukkan tangannya ke dalam makanan tersebut, ternyata jari-jarinya terasa sesuatu yang basah (makanan yang sudah rosak). Maka baginda bertanya: “Apakah ini wahai pemilik makanan?” Dia menjawab: “Ia telah basah kerana terkena air hujan ya Rasulullah!” Rasulullah membalas: “Mengapa kamu tidak meletaknya di bahagian atas makanan supaya boleh dilihat oleh orang ramai (dan mereka mengetahui ia sudah rosak)? Sesiapa yang menipu maka dia bukan daripada golonganku.”(Shahih Muslim, no: 102)
Nasihat saya, supaya setiap pasangan memberitahu semua kekurangan dan kecacatan yang ada pada diri sendiri ketika proses lamaran dan perkenalan. Jika tidak pasti sama ada perkara itu adalah kekurangan atau tidak, kecacatan atau tidak, maka hendaklah tetap diberitahu sebagai langkah selamat dan jujur. Kemudian terpulang kepada bakal pasangan sama ada untuk menerima atau menolaknya.
Pembohong Atas Talian
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin mendesak. Ia membuka ruang kepada sesetengah pihak menipu dalam segenap aspek kehidupan. Si ‘Pembohong’ internet ini akan mengambil kesempatan daripada sasaran mereka. Bayangkan apabila hanya mengenal seseorang itu di internet maka sukar untuk kita menilai kejujuran mereka. Apabila sudah tersilap langkah, mereka akan mula menukar modus operandi berbentuk perpindahan wang dan sebagainya.
Bayangkan laporan di corong-corong media, untuk tahun 2011 hampir RM18 juta kerugian dicatatkan dalam kes penipuan internet yang melibatkan mereka yang belum berumahtangga, gadis bawah umur dan juga suri rumah. Berhati-hatilah kerana orang-orang ini pada awalnya akan berpura-pura menampakkan kejujuran. Namun apabila kita mula yakin kepada mereka, ketika itulah mereka mengorak langkah untuk menipu, berbuat zalim dan sebagainya.
Larangan memakan harta secara zalim jelas dalam ayat al-Quran Surat An-Nisa ayat 29:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ
Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu" ( An-Nisa : 29)
Pembohongan Atas Dasar Perniagan
Betapa ramai diantara peniaga yang melakukan penipuan. Demi mendapat rezeki kononnya. Daripada sekecil-kecil perniagaan hinggalah sebesar-besar perniagaan. Pembelian barangan yang tidak mengikut harga sebenar, hinggalah kepada persoalan berkaitan rasuah. Semua itu, seolah-olah berdarah daging dalam sistem pemikiran manusia (annas).
Sedang harta yang diperolehi dari aktiviti penipuan adalah haram. Islam sebagai agama yang suci mengharamkan seluruh bentuk penipuan dalam segala hal dalam kehidupan. Dari yang kecil hinggalah besar. Semuanya demi menjaga harta daripada dizalimi. Keberkatan dalam harta menjadi kunci utama dalam misi menyempurnakan kehidupan.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Dua orang yang sedang melakukan jual-beli dibolehkan tawar-menawar selama belum berpisah; jika mereka itu berlaku jujur dan menjelaskan (ciri dagangannya), maka mereka akan diberi barakah dalam perdagangannya itu; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (ciri dagangannya), barakah dagangannya itu akan dihapus." (Riwayat Bukhari)
Sedarlah kekayaan yang datang daripada sumber yang haram akan membuatkan hati resah dan gelisah. Cuba kira, berapa lama lagi untuk seseorang manusia itu hidup diatas bumi Allah ini, 20 tahun, 30 tahun?. Kelak kita akan kembali menuju Allah. Adakah penipuan kita itu yang kita hendak persembahkan? Fikirlah.
Hakikat Hidup Ini
Jikalah dunia berakhir dengan sebuah kematian di bumi semata, tanpa manusia dibangkitkan semula dan dihitungkan segala amalan dan kerjanya, tentulah kehidupan ini sesuatu yang amat tidak adil. Akhirat wujud sebagai timbangan keadilan yang Maha Adil. Maha Suci Tuhan dari menjadikan kehidupan sia-sia sepertimana firmanNya:
“Maka apakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?” Maka Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Maha Benar; tiada yang diabdikan diri melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai ‘arasy yang mulia (Surah al-Mukminun ayat: 115-116).
Ingatlah dan renungi bahawa umur yang dikurniakan oleh Allah ini tertentu, tak dapat disambung. Penipuan yang kita lakukan jika tidak terbuka di dunia akhirat ada sebagai tempat penyaksian yang adil bagi kita. Jika hendak ditimbang antara kehidupan akhirat yang bersamaan satu hari dunia, seribu tahun akhirat. Jika kita hidup 60 tahun, maka timbangan akhirat hanyalah 1 jam setengah sahaja. Singkatnya hidup ini jika tidak digunakan dengan baik.
Nabi SAW bersabda :
أكثروا ذكر هاذم للذات الموت
Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT"
(At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)
No comments: