
Coretan ini bukan sekadar formaliti,
Coretan ini bukan sekadar bahasa rajuk,
Coretan ini bukan sekadar cerita cinta,
Coretan ini bukan kerana resahnya minda,
Ia adalah bahasa monolog jiwa tentang seseorang,
Pemahaman terdekat
Dalam meniti arus perubahan saya berjumpa dengan seseorang, seseorang yang cukup saya hormati dalam setiap titisan air mata. Nabil Fikri Bin Hairi ialah orang yang saya maksudkan. Sepanjang perkenalan dengannya banyak yang saya belajar. Antaranya perbezaan fikrah dalam kalangan ummat memang menjadi rahmat kepada ummat manusia. Bersyukur kerana dikenalkan orang sepertinya banyak persoalan yang timbul dibenak fikiran yang lebih mematangkan kita dalam menempuh cabaran dunia “agamawan”. Aktiviti surau tampak hidup dengan garapan idea pembaharuan yang dibuat oleh beliau. Sistem organisasi yang tersusun juga memperlihat pembaharuan yang jelas. Dengan pertolongan orang-orang disekitarnya bagai membentuk satu pusatan kuasa yang mampu untuk membina pelajar seterusnya tuan empunya diri.
Cabaran Bersama
Antara aktiviti yang masih kekal dalam ingatan dalam “Minggu Penghayatan Islam 2009”. Saya telah terlibat dengan Minggu Penghayatan Islam selama 2 tahun berturut-turut. Banyak rencah yang perlu dilalui, semuanya memenatkan jiwa dan lelahnya mata menanggung. Aktiviti dilakukan dalam masa 2 minggu, cabaran darisegi masa dan wang adalah elemen yang utama, bermaksud ia perlu dikorbankan. Bersama beliau bersama menjalankan segala aktiviti kepenatan itu bahagaikan terbius dengan hanya senyuman. Satu yang terbit daripada beliau adalah senyuman walau sesukar mana pun rintangan.
Cabaran dengan pensyarah, pelajar yang bertindak selaku peserta membuatkan semua tu memerlukan daya pemikiran dan kekuatan lahiriah yang tinggi. Apabila tidak ada kekuatan dalam diri maka kita akan mudah lemah, lemah darisegi kepercayaan yang berbentuk tindakan. Namun, semua itu menjadi mehnah dalam setiap organisasi yang menjadi islam sebagai teras dalam “perlembagaan” kecilnya. Seringkali saya bertanya tentang pendapatnya, walaupun sudah biasa. Tetapi atas dasar menghormatinya sebagai ketua dan kerana mahukan perhatian mengikut caranya yang tersendiri.
“Abang Nabil, macam mana kalau kita wajibkan pelajar-pelajar?”
“Macam mana nak kurangkan kos?”
“Cendarahati untuk penceramah bagaimana?”
Cabaran Kepimpinan
Kepimpinan membawa maksud kearah kepercayaan. Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam memimpin.
Ingat, kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga bagainda digelar Al Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq (benar) dan amanah selepas itu. Pemimpin harus mempunyai pakej jika mahu menjadi yang terbaik dalam setiap organisasi. Rasullah juga pakej yang lengkap sebagai pemimpin ummat, sifat Siddiq, Amanah, Tabligh, dan Fatonah menjadi asas utama yang membentuk sahabat-sahabat baginda.
Islam sebagai asas utama bermakna kita memilih untuk dibenci dan disisih oleh sesetengah pihak. Tidak seperti sukan, semua orang suka. Dalam kejauhan malam ku berharap dapat lagi bertemu dengan mereka yang mampu mendidik jiwa dalam meniti kehidupan. Dalam mencari hidayah ku berharap bertemu insan istimewa yang mampu mendidik menjadi yang terbaik. Ya Allah Makbulkanlah.. AMIN..
No comments: