ISLAMIK

Editorial

Tidak Kalah Dengan Mengalah: Terima Kasih Dariku


Nukilan penuh penghargaan ini kutuliskan, semoga ia akan menjadi pendorong semangat mujahadahmu. Ketahuilah bahawa kita perlukan Allah lebih daripada kita perlukan udara. Kita perlukan islam kerana kita sudah merasai kemanisannya sebelum kita menyentuhnya. Lakaran ini saya untuk mengunkap rasa dikalbu dalam penantian sebuah perjalanan.

Satu ketika dulu saya hanya bertatih dalam mencari insan serupa dengan kamu semua. Dalam bertatih, ramai yang telah singgah dihati mengajar dan bercerita. Belajar dalam mencari kebahagiaan bersama. Ingatlah bahawa kita tidak kalah dengan mengalah. Undur setapak dan bergerak menuju tapak yang kita rasakan ia perlu. Mencari dan terus mencari, itulah yang patut ada. Azam kita dalam menjalankan suatu kebaikan nilainya bagai tidak terkira. Mahar berharga buat penilaian khalid kita bersama.

Di dalam kembara bersama anda semua, ada kala merasa sudah tiada tiada tempat bergantung. Semuanya bagai dicantas satu persatu. Talian hayat sudah semakin kelam tidak kelihatan. Ditambah dengan rasa ego yang selama ini membara. Dalam keletihan mencari sinar itu, harapan ku buat semua agar kita tidak letih dalam membicarakan soal apa yang perlu didalam hidup.

Yakinlah, sesuatu yang diluarnya hitam tidak semestinya hitam didalam. Cubalah terima segala keburukan dalam kita mencari kebaikan dalam setiap perilaku. Hakikatnya dalam penghidupan, saya dan anda terus mencari dan mencari. Zahirkanlah pencarian itu, jangan disembunyikan moga terdapat tangan lain menolong kita menghulurkan peta panduan penuh kemesraan.

Hamparkan hati kita dalam menerima keluasaan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Hamparkan seluasnya. Tekalkanlah tekad dalam merealisasikan apa yang kita impikan. Percayalah dalam menempuh kejayaan. Kerana dengan percaya kita akan berjaya, insyaallah.

Pada saat waktu itu kita kesunyian tiada lagi tempat hendak mengadu sakit. Apalah kiranya kita merasai kemanisan dan kesakitan bersama-sama. Air mata yang berlinangan jangan dibiar gugur tanpa kain untuk sapu buat penghilang duka sepi. Hulurkanlah kain pengubat duka sepanjang bekalan perjalanan yang baru sahaja jalannya sudah ketemu. Kita ketemuinya hari ini. Percayalah hari ini.

Kepada semua Ahli Kelab Rakan Masjid
Kepada semua rakan-rakan Pendidikan Agama Islam 1 dan 2
Kepada semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan


Percaya ketika bersama,  saya banyak melakukan kesilapan samada perbuatan, perkataan dan juga tulisan. Oleh itu, saya dengan rendah hati, mengarahkan semua jari saya. Saya menyuruh untuk jari kelingking kanan bertemu kiri, jari manis kanan bertemu kiri, jari hantu kanan bertemu kiri, jari telunjuk kanan bertemu kiri, ibu jari kanan bertemu kiri.  Setelah semuanya bersatu, saya perintah semuanya memohon kemaafan pada semua seterusnya maghrifah daripada Allah.


Barakah Allah Fikum..

Pandangan Pembaca
Tags:

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top