ISLAMIK

Editorial

Hari Baru



Pagi ini aku bangun dengan penuh rasa keletihan yang menhambat jiwaku untuk berlari semula ke katil. Namun, jiwaku ini kupujuk dengan penuh rasa kecintaan kepada pemberi nikmat dunia akhirat, penyembuh duka lara, dan penawar hati keras. Lembaran sejadah dihiasi dengan sulaman benang dengan anyaman gambaran kaabah menggamit hati, meruntuh jiwa, penghilang kesumat untuk ke hadapkan diri kepada pencipta agung Rabbul Jalil.

Sesudah itu, pagi ini ku rindukan sejatan peluh dari tubuhku dengan melakukan riadah. Saat gembiraku kembali menerjah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Waktu tubuhku berpijak dibumi institut pagi-pagi lagi aku bangun dengan semangat untuk beriadah. Badminton menjadi pilihan hati. Ini kerana aku memilih sukan yang kurang menggunakan “body contact”.



Hanya in sukan yang sesuai dengan susuk tubuhku yang kecil dan ku tanak minat yang mat mendalam terhadapnya. Terkadang bila pihak yang sedikit menyindir aku tetang tubuhku maka aku hanya menyepikan diri. Ingin juga aku katakan “ini nikmat daripada Allah yang tidak akan aku persiakan” tetapi kerana menjaga hati rakan-rakan kata-kata ini ku simpan di dalam peti dan ku campakkan jauh ketengah lautan.


Ramai yang kurang mengerti tentang kenikmatan yang Allah S.W.t tentukan. Nikmat itu yang sering dinodai dengan kejam oleh sang hamba. Nikmat yang mana dihabiskan dengan irigan masa yang dilalaikan oleh fotamorgana dunia. Aku masih teringan kata-kata Saidina Ali : “masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memancung-nya, maka ia akan memancung kamu. Setiap bait kata bersulam indah dek luluhan perasaan adalah ucapan tulus ikhlas yang bersendikan iman dan taqwa. Setiapnya dibajai dengan halaman rahmat subur ilahi yang turun ke langit dunia. Sekian coretan kenaganku untuk batasan waktu yang dibatasi oleh kelalaian dunia. Ku pohon rahmat hidayah ilahi untuk dikurniakan secebis kekuatan dan sekepal kemanisan (halawah) dalam hidup yang akan meniti saat-saat menemuiNya.

Pandangan Pembaca
Tags:

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top