ISLAMIK

Editorial

Jenayah Akademik



Plotan Minda


Ingin sekali jari ini kembali menari, menarik bersama keyboard mengikut rasa nan nestapa. Bila terfikir persoalan tanggungjawab, maka sudah pasti nilainya susah untuk di rentap oleh jiwa penuh dosa. Dosa ini membibitkan rasa gelisah. Maka persoalan MUJAHADAH bermain diminda. Melawan nafsu atau Mengikut rasa. Iman menjadi sandaran utama, surau tempat bermanja.

Tulisan penuh penelitian

Titik tolak bermula bila membaca sebuah artikel daripada sebuah blog. Yang mungkin kesannya pada diri membongkah antara tujuan dan maksud. Kata orang “kita mesti berani hidup, bukan berani mati”. Maaf tapi baca dulu penjelasannya. Kenyataan seperti ini mampu untuk menimbulkan rasa benci khususnya mereka yang begitu memperjuangkan nasib rakyat palestine. Sebenarnya kita “harus berani hidup bukan berani mati” bermaksud kita perlu bermujahadah dalam hidup, bukan duduk menunggu kematian.

Seperti Rasullullah s.a.w dalam risalah dakwah, kalau baginda berdakwah untuk kematian dan bercadang untuk ke syurga berseorangan lebih baik duduk saja dirumah. Tetapi Maha Suci Allah yang mengatur segalanya, Menjadikan Rasullullah s.a.w cekal hati dalam memenuhi tuntutan mengajak kearah kebaikan. Menyeru masyarakat arab dengan penuh sabar. Maka mesti “Berani Hidup” dalam erti kata mujahadah sebelum kematian.


Persoalan Jenayah Akademik

Berani hidup saya kaitkan dengan persoalan berani mati dan perkaitannya dengan kerja-kerja islam iaitu dakwah. Saya tidak bercadang untuk menyinggung mana pihak hanya sekadar hati berbicara. Persoalan dakwah sekali lagi menjadi tumpuan apabila berbicara soal ini. Mereka sering bertanya, “Mana lebih penting antara usrah dan akademik?”. “Akademik” Jawabku ringkas. Ringkasan memerlukan satu penelitian yang konkrit lalu penjelasan diberikan. Katakan program Liqa’ sudah ditetapkan pada hari rabu dan pada esok harinya tugasan yang diberikan pensyarah masih belum disiapkan. 

Maka keutamaan harus diberikan kepada aspek tugasan pensyarah terlebih dahulu. Betul pengorbanan dalam melakukan kerja islam adalah penting. Tapi perlu diingat pengorbanan menuntut kerja keras dan usaha. Kita tidak akan mampu mengorbankan sesuatu jika kita tidak mempunyai sesuatu. Atas dasar itulah, diri ini mengaitkan soal pengorbanan yang menjadi teras utama yang mendokong penghidupan iaitu ::www.irvineislam.blogspot.com:: iaitu Makna Hidup Pada Pengorbanan.

Bila terasa sedih lalu hati ini berbicara

Ingatlah sahabat handai dan taulan “Kadang-kadang kita membiarkan hati PERGI. Ia menuju penghujung di tepian muara. Lalu Ku pujuk hati, lantas merayu “mari kesini, pulang kepangkuanKu” Namun, hati terus menJAUH. Ku rayu pada hati, ku katakan padanya “Setiap sesuatu sudah ditentukan, SABAR wahai hati”. HATI lalu mendekat. Suaranya Hampir tidak kedengaran. Hanya air mata penterjemah segala laku. Namun bibirnya mengukir kata-kata “kenapa ini semua terjadi?” Tiada kata boleh Ku ucapkan, MAAFkan aku wahai hati.


Wahai Sahabat teguhkanlah hatimu ibarat Ratu Syahadah

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…

Pandangan Pembaca
Tags:

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top