Terasa sesak nafaz sejak kebelakangan ini, entah apa yang menggangu. Mungkin kerana dampingan makhluk dipanggil peperiksaan atau capaian minda juga fizikal tatkala mencapai keserabutan yang tinggi, dicampur pula dengan masalah kesihatan yang entah bila hilang. Tulisan ini boleh dianggap terakhir, tidak pasti samada ia untuk semester ini atau untuk hidup. Begitulah ibrah daripada hidup sahabat dan nabi-nabi, seperti nabi Muhammad s.a.w yang mana apabila nabi menghirup udara nabi tidak yakin akan menghembusnya kembali dan seorang sahabat yang mana belum yakin dapat menjelaskan hutangnya walaupun kecil.
Ini kerana mereka hidup atas batasan waktu kerana esok belum tiba, semalam sudah berlalu pergi. Apa yang penting keyakinan kita pada Allah pada waktu sekarang, yang mendorong kita untuk maju walaupun sekadar cuma. Mereka tidak panjang angan-angan dan hidup pada kesempatan yang diberikan Allah kepada mereka. Inilah rahsia mereka mengekalkan rasa tunduk dan akur. 1 sen yang ada ditangan adalah lebih baik daripada 1 billion yang ada dalam angan-angan.
Sekali lagi saya bukanlah antara ribuan ustaz, cendikiawan atau agamawan yang begitu layak untuk menghuraikan soal hukum. Kata seorang guru saya; belajar hukum Fiqh sangat seronok tetapi agak sakit dan memeningkan. Saya adalah insan biasa yang ingin berbicara atas buah fikir yang dikurniakan terdetik untuk memetik sebanyak mungkin hikmah yang jelas dibalik kesamaran.
Mufaraqah Suatu Pendefinisian
Apa itu mafaraqah? Kebanyakkan kita semua mengetahuinya. Berikut saya sediakan sedikit informasi tentang Mufaraqah. Mufaraqah ialah niat untuk memisahkan diri dari mengikuti imam semasa mengerjakan solat berjamaah. Maksudnya dia meneruskan meneruskan solatnya secara sendiri tanpa perlu berhenti dan ulang semula solatnya. Di bawah entri ini saya sertakan beberapa pandangan mazhab dan sebab-sebab keharusan mufaraqah secara selingan.
Cerita Nukilan Bersahaja Dibalik Keseriusan
Seperti biasa Ahmad menjejakkan kakinya kesurau setiap kali mendengar azan. Dia bukanlah seorang Huffaz al-Quran, cuma diberi sedikit kelebihan bagi mengingat dan mentadabbur beberapa surah. Dirinya disegani atas beberapa kapasiti tertentu dan alhamdullillah dia dikurniakan oleh Allah suara yang sedap didengar. Bisikan jiwanya yang lembut tetapi agak tegas, menampakkan sedikit sebanyak gurisan kematangan pada dirinya. Jemaah masjid akan menolaknya untuk menjadi imam tatkala kedatangannya. Saya antara orang yang cukup gemar menjadi makmumnya, suaranya yang bersahaja dan penuh sayu menambah kekhusyukkan tika menghadap Allah Azzawajalla.
Gambar Contoh
Suatu hari suaranya terdetik, memecah hilai tawa kami. Luahan kata itu terbit tatkala ia terperosok lama didalam hati.
“kenal tak lelaki atau perempuan?” pertanyaan kami serentak mungkin kerena persoalan itu terlebih dahulu menjengah untuk ditanya.
“tak kenal pun, perempuan.”. Jawabnya ringkas.
“Macam mana tahu perempuan?” adrinelina aras pengetahuanku bertambah bila persoalan sebegini wujud dalam kotak pemikiran.
“Dia hantar mesej, saya pun tak kenal siapa. Katanya dia akan mufaraqah apabila saya menjadi imam kerana ingin menjaga hati. apabila saya bertanya tentang maksud menjaga hati, dia jawab biar tuan empunya badan sahaja yang tahu.” Kali ini terdapat guris-guris kusam diwajahnya.
“Emm, dia minat pada kamu tu” jawapan serentak dari kami diselangi tawa sedikit sebanyak menghilangkan kerut kusam wajahnya.
“Selepas ini tak nak dh jadi imam”. jawabnya ringkas diselangi nada gurauan.
“Biasalah tu manusia, ada bermacam perangai yang kalau kita berusaha mencapai tahap keredhaan manusia ni agak susah” terangku padanya untuk mengelak fikiran negatif seperti itu menghambat dirinya.
Perbandingan Antara Mazhab
Mazhab Syafie | Mazhab Hanbali |
Makmum boleh niat mufaraqah dengan Imam samaada bersebab atau tidak. Ianya dihukumkan makruh. Dalam solat Jumaat tidak sah niat mufaraqah pada rakaat pertama. | harus mufaraqah dengan Imam dengan sebab keuzuran, jika tanpa uzur ada 2 pendapat; pertama batal solatnya dan ini merupakan pandangan yang asah (diterima) dan kedua harus |
Mazhab Hanafi | Mazhab Maliki |
Makruh makmum memberi salam lebih awal dari Imam tetapi tidak harus Mufaraqah | Sesiapa yang mengikut Imam tidak harus mufaraqah dengan Imam |
Hikmah terbit daripada persoalan
Dalam kisah bersahaja ini, timbul beberapa persoalan yang mana menarik untuk dibincangkan. Selain kita menang berfikir persoalan yang besar terkadang boleh juga kalah dengan persoalan yang kecil. Terdapat beberapa keharusan dalam mufaraqah dan itu saya paparkan pada entri ini dibahagian bawah. Cuma persoalannya adakah ini jalan terbaik untuk menjaga hati?
Persoalan pertama ialah apakah yang dimaksudkan dengan menjaga hati? Adakah dengan mendengar suara imam menimbulkan rasa kurang khusyuk dalam diri atau perasaan tadi bergelojak hinggakan takut melepasi tahap yang tertentu dalam menjaga hubungan? Jika ini yang menjadi ukuran maka makmum perlu berfikir. Apakah masalah tadi berpunca daripadanya atau ia sekadar hasutan iblis?
Persoalan kedua ialah apakah dengan mufaraqah persoalan pertama tadi akan selesai. Sekiranya mufaraqah adakah si perempuan ini akan balik untuk solat dibilik atau meneruskan sembahyang tadi disurau atau masjid dengan niat solat berseorangan?. Kalaupun si perempuan tadi solat berseorangan didalam surau, sudah tentu dia juga akan mendengar bacaan si lelaki tadi yang mana boleh menggangu solatnya walaupun bersendirian. Jelas perkara ini akan menggangu si perempuan solat walaupun dia niat mufaraqah daripada makmum-makmum yang lain.
Persoalan ketiga ialah adakah wujud keharusan dalam mufaraqah hanya kerana si perempuan ingin menjaga hati. Jika itu jawapannya maka dia juga akan mendengar suara imam sekalipun dia solat didalam surau. Dan setiap kali si lelaki menjadi imam dia terpaksa mufaraqah dan ini akan juga menyebabkan kerunsingan dalam mencari kekhusyukkan dalam solat. Adakah tidak ada alternatif lain dalam menangani masalah ini.
Persoalan keempat dan ini yang paling utama, kenapa mesti memberitahu imam tentang si perempuan tentang dia akan mufaraqah jika si lelaki menjadi imam, sedangkan persoalan hati adalah bersifat individu bukannya jemaah lain disurau?. Jika imam itu bersalah darisegi tajwid pada al-fatihah ataupun kesalahan-kesalahan yang membatalkan solat maka ia perlu diberitahu. Tetapi persoalan hati ini sesuatu yang tidak pasti dari mana bisikan itu datang kenapa perlu diterjemahkan dalam bentuk kenyataan?, ini persoalan – persoalan yang mesti ditangani.
Antara perkara yang membawa kepada Keuzuran Yang Mengharuskan Mufaraqah:
1. Imam membaca panjang sedangkan makmum ada keperluan
2. Imam meninggalkan perkara sunat seperti qunut atau tahiyyat awal
3. Sakit
4. Bimbang dikuasai rasa mengantuk
5. Bimbang terbatal solat seperti rasa nak kencing
6. Bimbang kehilangan harta
7. Bimbang ditinggalkan kawan
8. Menyelamatkan orang yang lemas, atau seumpamanya.
Nasihat Jawapan kepada persoalan
Seperti mana diawal tadi saya bukanlah cendikiawan yang mampu menghuraikan banyak kekusutan, tujuan utama agar kita sama-sama berfikir. Semoga ia dikira sebagai amalan soleh disisi Allah. Segala kesalahan saya mengharapkan tidak menjaga bahan menambah lagi simpulan ikatan. Saya tidak membela samada imam atau makmum cuma sekadar berkongsi beberapa pandangan sisi yang tidak begitu kelihatan pada orang lain.
Merujuk kepada persoalan pertama, siapakah kita hendak menjaga hati sehinggakan mahu dilentur sehingga tiada kesalahan yang dibuat? Huraian tentang hati telah saya sebutkan pada entri ini (Pujuklah hatimu) dan ia bersifat kompleks. Contohnya bagi imam, banyak perkara yang perlu dijaga, daripada bacaan hingga kepada riaknya hati. Syaitan akan sentiasa akan membisikkan sesuatu yang tidak baik sehinggakan mengganggu kita ketika solat. Bagi makmum katakan pada diri yang aku akan melawan bisikan ini sedaya yang mungkin.
Masalah tidak akan selesai dengan menghapuskan tetapi akan selesai dengan melunturkan. Sepertimana juga nafsu, ia tidak boleh dihapus sebaliknya untuk dilentur. Tidak akan selesai masalah dengan mufaraqah, didiklah hati dengan mengatakan aku insan terpilih kerana mampu untuk menjadi makmum sedangkan yang lain sedang khusyuk melakukan aktiviti lain dibilik. Letakkan diri sebagai perhiasan yang bernilai, jangan kusutkan diri dengan pelbagai persoalan yang sukar untuk dijawab. Sebab itu jika tidak tahu maka bertanya, bertanya kepada ahlinya jika tidak mengerti. Rujuklah kepada pakar dalam soal agama, jangan hanya sekadar membaca dan kita keluarkan beberapa tindakan yang memungkinkan kita untuk salah yang banyak segi.
Redhakanlah keadaan, jernih segala kekusutan. Hakikat memberitahu imam yang si perempuan itu mufaraqah akan menimbulkan kesan terhadap imam. Bagi saya, tidak timbul keharusan untuk memberitahu imam sekiranya ini adalah persoalan individu, Kerana ia akan menjejaskan imam dan juga makmum yang lain. Jika persoalan melibatkan jemaah dan kesalahan berpunca daripada imam, maka bolehlah ia disampaikan kepada imam tersebut.
Wanita dan Hati
Wanita adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan satu makhluk Allah yang sukar ditafsir, sekajap begitu dan begini. Maka selayaknya ia perlu dijaga dengan baik. Kita memerlukan pemuda-pemuda yang mampu membentuk diri agar segalanya terbentuk dalam suatu mekanisma yang bersesuai dengan nilai diri seorang wanita. Lelaki juga perlu memahami hati wanita dalam pelbagai konteks dan bukan hanya mengetahui malah melindungi. Bagi mereka yang baru sahaja berubah samada darisudut kerohanian mahupun etika berpakaian mereka ini memerlukan bantuan dan sokongan. Persoalannya dari mana? Tentulah dari mereka yang mampu memujuk. Biasanya hati wanita terbujuk dengan wanita juga.
Jarang sekali kita dengar lelaki berjaya secara total memujuk wanita, dalam pelbagai segi sekalipun. samada ia dalam linkungan suami isteri ataupun keluarga. Lelaki juga mesti memperkemaskan diri dalam menghadapi mehnah dan dugaan dalam usaha ini. Kata pujangga “perasaan perlu dididik bukannya dibelai semata-mata”. Oleh itu, carilah kaedah yang sesuai dalam meredah belukar hati bersulam keangkuhan. Jangan biarkan sesuatu perkara itu terlalu menyelubungi kita sehinggakan menghalang kita dalam membuat kebaikan.
Jarang sekali kita dengar lelaki berjaya secara total memujuk wanita, dalam pelbagai segi sekalipun. samada ia dalam linkungan suami isteri ataupun keluarga. Lelaki juga mesti memperkemaskan diri dalam menghadapi mehnah dan dugaan dalam usaha ini. Kata pujangga “perasaan perlu dididik bukannya dibelai semata-mata”. Oleh itu, carilah kaedah yang sesuai dalam meredah belukar hati bersulam keangkuhan. Jangan biarkan sesuatu perkara itu terlalu menyelubungi kita sehinggakan menghalang kita dalam membuat kebaikan.
Jawapan Terhadap Puisi Fatimah Syarha Mohd Noordin
Dulu
Wanita seindah khadijah
Kental bukit uhud diterjah
Meredah tinggi demi Rasullulah tercinta
Memberi hidangan pengubat setia
Kini
Wanita umpama hilang serinya
Ramainya menambah duka
Kualiti jiwa sudah tiada
Hanya tinggal serpihan luka
Dulu
Fatimah isteri serba indah
Penghilang duka gundah pun sudah
Ali r.a tertawan lidah dan tingkah
Baginya berpoligami tidak mudah
Kini
Wanita sibuk melawa
Pagi hingga ke petang sentiasa dijaja
Bukan untuk suami tercinta
Tapi untuk kawan pengubah cerita
Dulu
Aisyah perawan sifat cemburu
Rasullah dijaga penuh sayu
Pengubat duka perahan rindu
Panahan jiwa setia bertamu
Kini
Wanita sudah tidak peduli
Tiada beza kawan atau suami
malu sudah jauh bertepi
Hanya pujian harap bersemi
Dulu
Asiah isteri suami durjana
Masih teguh walaupun terseksa
Musa pengganti segala duka
Mendidik seorang nabi perkasa
Kini
Wanita sentiasa gundah
Tidak cukup berpaling tadah
Hanya bersikap meminta
Tidak pula ditangging bersama
Kembalilah wanita langkah bertingkah
Contohilah khadijah, fatimah, Aisyah dan Asiah
Kami lelaki rindukan wanita yang dulu
Acuan mujahadah masa lalu
No comments: