ISLAMIK

Editorial

Hati Yang Menunggu


Hati ini akan sentiasa menunggu detik tiba,
Untuk orang yang selalu menjadi ingatannya,
Ia menunggu dengan penuh sabar dan redha,
Ia dikawal agar tidak sering dicemari noda,

Hati Ini terpaut bukan dek kerana cantiknya,
Ia berpaut kepada dasar kukuh lembut budinya,
Ia tersangkut pada dahan keikhlasan perlakuannya,
Ia tersadai pada pantai kejujurannya,

Selamat pagi wahai orang yang bakal aku cintai kerana agamanya,
Selamat dhuha wahai orang yang bakal aku kasihi atas keturunannyya,
Selamat petang wahai orang yang bakal aku hormati kerana hartanya,
Selamat malam wahai orang yang bakal aku teladani atas kecantikkanya,

Ucapan itu semua atas arahan daripada kekasihNya,
Dalam mencari dan menanti kehadiran wanita pilihanNya,
Dalam meniti jambatan menujuNya,
Dalam kejelasan mencari redhaNya.

Pandangan Pembaca
Tags:

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top