ISLAMIK

Editorial

Ku Temui Erti Seorang Guru

Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam kepada nabi terakhir. Yang disanjungi.
Wahai guru: Assalamualaikum Warahmatullah wabarakatuh.
Berdiri semua murid kerana erti seorang guru hampir seperti seorang rasul.


Sekolah Kebangsaan Sri Bemban nama yang menerjah lubuk hati bila terdengar tentangnya. Kali kedua Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai seorang bakal guru ku pikul dengan rasa rendah diri dan kegirangan yang tak dapat diterjemahkan tulang empat kerat. Aku sampai di sekolah bertemankan cahaya matahari yang menuruti setiap jejak yang melangkah. Melangkah sahaja masuk hati ini tertanya “Macam mana agaknya perangai murid sekolah ni?” berbekal pertanyaan yang belum pasti aku melangkah masuk bersama rakan seperjuang lain yang turut ada bersama. Kami diperkenalkan kepada semua murid yang biasanya berhimpun pada setiap pagi ahad.

“Saya perkenalkan Cikgu Muhammad Hafifi yang akan mengadakan PBS di sekolah ini” kata Puan Hjh. Radziah bt. Muda yang juga Penolong Kanan HEM. (Turut diperkenalkan juga Rakan seperjuangan yang lain)

Itulah pertama kali saya diperkenalkan sebagai seorang guru kepada pelajar sekolah kerana pada kesempatan PBS yang pertama tidak sebegitu keadaannya. Melangkah masuk sahaja ke bilik guru besar kami disambut dengan semyuman mengubat resah gelisah. Disambut dengan baik adalah merupakan penawar jiwa yang sentiasa dibajai dengan siraman iman dan takwa. Itulah guru besar SK. Sri Bemban Puan Mariani bt. Mustapha. Taklimat diberi penuh teliti dengan penjelasan latar belakang sekolah. Agak menyeramkan aku mendengar ceritanya. Apa? Rahsia..... Ini kerana taraf sosioekonomi ibubapa yang rendah menyebabkan perkara yang tidak sepatut terjadi dalam sesebuah institusi pendidikan bergelar sekolah.

Kami dibekalkan sebuah bilik yang ianya merupakan Bilik Komputer sekolah yang dalam proses pemindahan. Pada mulanya memang agak tidak selesa akan tetapi mengenangkan sekolah-sekolah yang terdapat dipedalaman Sabah dan Sarawak agak teruk darisegi kondisinya aku gagahi dengan semangat seorang bakal guru. Selepas itu bermula perjalanan kami dalam menyiapkan tugasan PBS yang telah disediakan mengikut kertas major masing-masing. ‘Perkaitan budaya masyarakat setempat berpandukan pengajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan’ itu bunyinya tajuk tugasan yang terdapat banyak lagi komponen yang berkaitan dengannya. Inilah aku dengan pengkhususan hanya Sains Sosial yang mampu aku redahi. Puan Saliha bt. Mahmud merupakan Guru Panitia bagi mata pelajaran PSK ini. Aku mengadakan pelbagai perbincangan bagi memudahkan tugasan yang diberi. Mulutku dengan tidak sengaja menuturkan;

“ Boleh saya lihat cikgu mengajar?”

Dengan rasa senang hati beliau membenarkannya dan sebelum itu beliau berpesan bahawa kelas 5 Ikhlas merupakan antara kelas yang muridnya nakal . Mendengarnya aku semangat makin membara untuk menilai sejauh mana nakalnya murid 5 Ikhlas. Aku masuk bersama Cikgu Saliha dan duduk dibelakang. Sebaik sahaja duduk bunyi bising mula kedengaran. Tiba suasana kelas menjadi kelam kabut. Ya Allah apa ni? Pekikan suara Cikgu Saliha tidak dipedulikan. Bayang dengan keadaannya yang mengadung.

Ada yang keluar kelas,
Ada yang bermain-main dengan rakan,
Ada yang main papan hitam,
Ada yang tidur,
Bising yang teramat.


10 minit yang pertama hanya dihabiskan dengan melakukan kawalan kelas begitu banyak masa yang dihabiskan. Sepanjang proses PNP murid-murid masih lagi berperangai buruk seperti tadi. Menerjah di fikiran bagaimana ibubapa mereka mendidik mereka hingga kelakuan mereka begitu sukar dikawal. Rasa marah bercampur sedih melihatkan Cikgu Saliha yang terpaksa bertengang urat mengawal keadaan kelas dengan keadaannya yang mengandung. Sesudah habis masa kami keluar.

“kalau macam ni cikgu darah tinggi tak sampai setahun ni?” kataku.
“tahu tak apa” jawabnya sambil tersenyum.

Tapi jelas pada air mukanya terpancar kesedihan, sedih dengan perangai pelajar yang tidak berubahmacam keanak-anakan walaupun menjangkau darjah lima.

“Alah, cikgu je pun.”
“Senang pagi pergi sekolah petang baliklah.”
“Cuti pun bukan main panjang lagi”

Kata-kata yang kurang enak didengar sering dihamburkan kepada guru yang mendidik anak mereka. Janganlah mencemuh kerana butanya hati memahami peranan seorang guru kerana guru kerana sesungguhnya; Guru penerus generasi,Pencengah kebatilan,Kata-kata benar,Ilmu yang bermanfaat,Mengajak berbuat baik, Pembekal nikmat dunia akhirat.



Wahai Murid, Wahai penuntut ilmuI, Ingat pilihanmu sangat tepat dengan memilih jalan ilmu sebagai pemandu kehidupan. Sesungguhnya ilmu tidak berguna kecuali dipelihara dengan baik. Hari-hari harus ditempuh dengan tabah demi mengharapkan keredhaan Allah. Pendekkan masa tidurmu kerana tidur akan menyebabkan hati dan jiwamu lemah dek buaian mimpi. Ingat Allah telah mempersiapkanmu dengan segala kemampuan, maka tempuhilah jalan terdekat menuju syurga dengan memelihara ilmu yang ada, Maka IffazilLLAH Yahfazka (Periharalah Allah (Syariat) nescaya Allah akan menjagamu).

“Dan katakanlah, ‘Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku’.” ( Surah Taha 20:114)

“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Seseungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” ( Surah az-Zumar 39:9)


Pandangan Pembaca
Tags:

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top