ISLAMIK

Editorial

Bidadari Berwajah Manusia


Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia
“Wahai kakakku,kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu,asyik berteman nangis dan sendu sahaja” Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;”Wahai adikku.Bukan wanita itu lemah dek kerana nangis dan sendunya.Tapi disitulah wahai adikku,kekuatan utuh tidak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya.Tangis sendunya wanita itu wahai adikku,bias meleburkan ego seorang lelaki…menjadi ‘Izzah’ yang paling gah bahkan lebih gah dari air egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat daripada kekejaman Firaun. Duhai adikku,Lembut wanita itu bukan lemah, tapi senjata.”

Si adik tidak berpuas hati.Lalu dipertikaikan lagi
“Namun wahai kakakku ,wanita itu fitnah dunia.” Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.”Pernahkah adikku mendengar akan pesanan ilahi pada hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu,dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai , pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesananya? Pada hamba yang bergelar ar-rijal. Kerana,andai sang lelaki menjaga pandanganya, maka tidak mungkin akan terlihatakan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya. Dan tidak Allah lupakan pesanannya buat wanita, agar mememlihara auratnya kerana disitulah kehormatanya. Sesungguhnya para wanita2 syurga bergelar Hurun Ain itu,mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. Namun,wanita yg beriman itu kata Rasulullah , lebih tinggi martabatnya!, bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Riijal dan an-nisa’ sama-sama mematuhi pesanan ilahi itu!, Sesungguhnya wanita yang beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.”

Adik masih tak puas hati
”tapi kakakku,kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka bersa malu??”
“wahai adikku sayang. Al-Haya’ itu ada dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya’ itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri. Namun,bila mana al-Haya’nya lebur , Imanya runtuh, kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan,? Kerana mereka sebenarnya tidak normal. Merasakan diri mereka tidak cukup menarik. Merasakan mereka belum cukup lagi di dunia melihat diri mereka.Mereka sebenarnya golongan yang kalah darisegi psikologi.Namun adikku..wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.”
Adik menggaru kepala.”Jadi kakak,masih adakah wanita yang solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik mengenali mereka???’

Sang bidadari tersenyum lagi. 
Hati terdetik moga Allah merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri. “Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka,dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi perlu juga dilihat pada hatinya dan pada akhlaknya. Di zaman ini,tidak susah membezakan wanita yang soleh itu kerana hati-hati mereka ,tetap ada satu permata indah. Perasaan cinta pada Allah. Kerana fitrah cinta pd RAbb itu sentiasa ada dalam jiwa insan. Adikku,mereka ini tetap punya keinginan untuk kembali ke jalan yang mereka tahu hak Allah. Cuma kadang-kadang terma solehah itu terasa berat di bahu mereka dan kadang takut pada persepsi.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara’. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk untuk berubah kepada peringkat yang lebih baik. Kerana begitulah persepsi masyarakat sedangkan mereka alpa. Allah tidak zalim kepada ciptaanNya. Bila mana dia menciptakan hawa itu dari tulang rusuk adam..Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar hawa ini. Ditinggikan maratabat golongan HAWA ini. Tapi sayang, golongan HAWA ini kadang2 merendahkan maratabat mereka yg Allah jdkan penuh kemuliaan.

Wahai adikku, 1001 keindahan penciptaan wanita. Pandai2lah dikau menilai…antara permata dan debu kilauan pasir. Wahai adikku, wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti…amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah. Tapi epal yang x mampu dibeli, ia berada dipuncak. Susah dipetik dan digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya epal itu terlalu tinggi dan elok sifatnya sehinggakan sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya. Mungkin bukan didunia tapi mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan didunia, asalkan cinta ilahi mengiringinya. Tidak semestinya dipetik ditaman dunia. Tapi lebih bermakna bila ALLAH sendiri yang mengarahkan hamba yang disayanginya untuk memetik di taman akhirat kelak.”

Adikku terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yang besar dengan buah-buah epalnya kemerahan?


Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini Pastikan dia sambung perbualanya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku, sungguh tulus dan bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt,kamu kanak- kanak adalah penghuni syurga. 

Pandangan Pembaca
Tags:

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top