Selaras dengan permulaan tahun baru masihi 2011, Jadikanlah kami insan yang bertakwa, berwibawa dan berkemampuan, untuk membantu melahirkan masyarakat yang bersatu padu, serta, saling bekerjasama dalam menjalankan amanah dan tangungjawab kami. Tingkatkanlah kami dengan kemahiran dan penguasaan dalam bidang keguruan, supaya hasil kerja kami, mencapai tahap kualiti yang tinggi di peringkat negara, mahupun antarabangsa seterusnya mendapat keredhaanMu yang Allah.
Peliharakanlah perpaduan kami. Pereratkanlah tali persaudaraan di antara kami. Semoga hidup kami sentiasa berada dalam keadaan selamat sejahtera aman damai yang berpanjangan. Berilah kami petunjuk pada jalan yang lurus dalam mengemudi urusan hidup untuk kebahagiaan dunia dan juga akhirat. Ya Allah, Jika urusan didunia kami rapuh janganlah biarkan urusan akhirat kami roboh.
Yang Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami hambamu memerlukanMu lebih daripada kami perlukan udara. Tanpamu hati kami akan resah dan gelisah. TanpaMu kami akan hilang arah dan panduan. Jiwa kami akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah ruah.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmatmu.
No comments: