Dulu kita masih anak kecil.
Tidak semua yang tulus itu mulus
Menyembat bebenang sendu dalam tawa
Tidak semua yang sunat itu harus
Mengulit alunan warkah yang lara
Tidak semua yang manis itu sedap
Kerana manis juga punca derita
Tidak semua janji itu benar
Kerana janji juga pemutus bicara
Ingin mengerti gundah tak sudah
Membungkam salju turun tak jadi
Ingin diadu segala kisah dan resah
Lupa kita dalam mengira dosa menggunung
Masih lagi membisik madah berlagu
Lupa kita mengganda amalan
Masih lagi menghitung hidup beribu
Kita lupa hidup tidak semuanya indah
Mengisi relung hati nan bertingkah
Kita lupa kita telah dewasa dari bertatih
Mengira jauh jejak melangkah
Sudah sampai tibanya waktu
Tawa dan rajuk sudah berlalu
lupakan musim bermandi hujan
kini tiba musim bermandi ujian
layakkah aku berada disisimu
sedang aku hanya insan layu
ilmuku senipis persis salju
imanku mudah terbang umpama debu
No comments: