Jika hati sejernih air ,jangan biarkan ia keruh
Jika hati seputih awan ,jangan biar ia mendung
jika hati seindah bulan hiasi ia dengan iman
Sesaat matamu berkedip ingatlah Allah
Sedetik jantungmu berdegup ingat Allah
Sehalus budimu ditabur ingat Allah
Seikhlas hatimu ditaut ingatlah Allah
Jadilah yang tebal itu iman ,yang nipis itu lidah
Yang tajam itu akal ,yang lembut itu hati
Yang ringan itu solat,yang halus itu suara
Yang luas itu ilmu ,dan yang manis itu senyuman
Kekasih pilihan Allah dihadiahi dugaan tanda kasihnya
Tidak dibiar terlena dalam dakapan lazat melimpah
Tetapi dihidangkan keperitan
susah dan payah yang tiada susah
Berdoalah selalu semoga hari esok lebih baik dari semalam
Supaya kita tidak tergolong dalam kumpulan yang mereka tidak bernasib baik
kerana menempuh hari yang sama sahaja setiap hari
Kepada mawar yang disayangi
Ku doakan kau mekar ditaman
Diakari rasa bertuhan
Dihiasi haruman akhlak dan iman
Andainya kau perlukan kekasih pilihlah Allah
Jika perlukan teman bicara pilihlah Al- quran
jika perlukan kekuatan ,maka berdoalah
jika kau habis berusaha bertawakallah
Biar nafsu sunyi tanpa godaan
Biar kaki sunyi tanpa berjalan
Tetapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu
Dan jangan biar hati sunyi tanpa Allah
Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan
Walaupun maut menjadi noktahnya
Kerana seorang SAHABAT itu terlalu istimewa
Dalam doa saudaranya biarpun tanpa bayangannya
Sebelum terlambat hiasilah masa dengan pengabdian
Kepada Allah SWT ,insane yang suci menjana taqwa
Insan yang kufur ada balasannya
Pakaian apa yang paling cantik kalau bukan iman
Dan taqwa ,warna apa yang paling indah kalau
bukan iman dan sabar
Saat gembira ,pujilah Allah
Saat sukar carilah Allah
Saat sunyi sembahlah Allah
Saat sakit yakinilah Allah
Saat demi saat bersyukur
Kepada ALLAH.
ISLAMIK
Sajak
»
Bahasa Hati
Bahasa Hati

Artikel Berkaitan
-
Tulisan kali ini mengajak untuk saya dan anda menelusuri soal jalan. Jalan yang dibentangkan seluas-luasnya. Direnung setiap perkara yang te...
-
Kata Hukamak, Manusia lahir dengan tangisan. Manusia mati juga dengan tangisan. Apakah yang membezakan keduanya? Tangisan semasa terhadap du...
-
Jiwa RagaKu Sudah lama jari ku tidak menari, menari melukis kata yang selalu bermain difikiran. Ia meronta kesunyian kerana sudah lama terpe...
-
Buku ini amat berguna dengan menekankan beberapa Bahagian yang cukup menarik, 1. Bahagian satu – Nota Hati Seorang Anak 2. Bahagian dua – No...
-
Adat dalam waktu himpunan memiliki dunia. Yang hidup diselangi yang mati, yang muda diselangi yang tua. Yang sihat diselangi sakit. Ini kera...
-
Buku ini merumuskan kunci-kunci untuk kejayaan disampaikan dalam format yang mudah dan ringkas tetapi tepat. Rasulullah s.a.w. dan para saha...
-
Perkaitan dengan usrah Di IPGM KSM banyak kumpulan usrah yang mendokongi segelintar pelajar namun pelajar harus memahami metodologi yang buk...
-
Tulisan kali ini saya tumpukan pada skuad Harimau Malaya pimpinan Datuk K. Rajagopal. Tidak saya ingin mengulas secara taktikal permainan bo...
-
Khabaran buat Semua 12 hari terasa lama jari tidak menekan papan kekunci bagi menulis sesuatu. Tulisan pada kali ini terasa agak berat. Mung...
-
Sajak kali ini nukilan khas seseorang yang amat rapat denganku dahulu hingga sekarang. Mengajar banyak erti dalam kehidupan tatkala berada...
No comments: