ISLAMIK

Editorial

Dimanakan Ku Cari Ganti


Selamat Pendek Umur Untukku
Mungkin itu adalah ucapan yang tak biasa kita dengar menjelang sambutan hari lahir sesiapa juga. Sedarkah kita disamping gembira menyambut hari lahir satu hakikat yang sering kita lupa. Semakin hari kita mendekat kepada sesuatu serta menjauhi sesuatu. Mendekat kepada mati serta menjauh kehidupan. Setiap hari yang kita lalui sebenarnya mendekatkan kita pada pengakhiran.

Semakin Hari Semakin Pendek
Ya. Itulah umur semakin hari ia semakin pendek. Namun pelik bukan? disamping bercakap soal mendepan hari lahir dan tahun baru yang sepatutnya dipengaruhi oleh kejayaan, pengaruh dan keunggulan personaliti kita teringat soal kematian. Teringat kata hukama’: “siapa yang tidak tahu untuk apa dia mati maka dia tidak layak untuk hidup”.

Untuk apa kita mati? Jawabnya untuk hidup. Mati yang sementara untuk hidup menderita atau bahagia? Persoalan ini saya biarkan untuk anda jawab. Lihat Imam Nawawi, umurnya pendek tetapi panjang jasanya tidak kurang juga Imam Al-Ghazali. Rupanya Orang yang panjang umur ialah orang yang panjangkan ilmu, panjangkan jasa dan amal.



Satu Teka Teki Radio
Terdengar suara tu menduga, “Orang yang buat tak mahu memakainya. Orang yang beli pun tak mahu memakainya. Tetapi orang yang memakai tidak sedar dia memakainya.” Jawabnya Ialah “Keranda”.  (Nota Hati Seorang Lelaki). Lihat bagaimana manusia kurang menyedari tentang kematian. Ironinya manusia tidak mengangap dirinya akan mati jika usia masih muda.

Teringat satu kata-kata bahawa manusia seperti ayam. Ayam bila melihat tuannya datang untuk menangkap ayam-ayam lain, semua lari lintang pukang. Selepas ayam lain ditangkap semua ayam lain “cool” saja.

Kata ayam-ayam lain, “Fuh, nasib baik aku tak kena”. Sedangkan ayam-ayam tadi lupa esok lusa dia juga akan ditangkap buat hidangan tuanya. 


Rasa sakit itu
Sesuatu yang menakutkan, apatah lagi bagi saya yang pernah merasakannya, samada zahiriah atau batiniah.  Syukur akan nikmat sakit yang kita perolehi supaya dengannya kita mengerti akan nikmat sihat. Maka sedarlah kita bahawa “kita hidup untuk mati dan kita mati untuk hidup”.

Dimanakan Ku Cari Ganti By P.Ramlee
Where Can I Find Someone Else
                         
I wish to cry, there are no tears
I wish to smile, no one to accompany
If this a fate, has been written
How powerful, what is there to do

Where can i find someone else
Who is alike you
Not wanting to separate
And be broken hearted

A nervous life
That sour feeling, since you left
Leaving me alone, without anyone
In loneliness

A bright world becomes dark
A shining light is worthless
The emptiness in my heart
Hurt even more
It is because of you
Who never returned

Where i can find someone else
Maybe in heaven?
For friend who have been hurt
We cry together
Forever 



Pandangan Pembaca
Tags:

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top