Alhamdulillah, selesai program diskusi buku “Pesanan Buat Diri” memberikan pengalaman baru. Selembar ucapan terima kasih buat semua semua jawatankuasa yang menjayakannya. Pada pengamatan saya program-program yang bersifat keagamaan sudah mendapat tempat di hati pelajar. InsyaAllah, ia menuntut pengorbanan dan keletihan yang panjang bagi yang ingin konsisten dengannya.
Ini antara soalan sepanjang program:
Pendahuluan:
Kata seorang penulis terkenal indonesia Fauril Adhim : orang yang hebat menulis masalah berat dengan bahasa sederhana, manakala orang yang ingin nampak hebat ialah orang yang menulis masalah sederhana dalam bahasa berat.
Bahagian Pertama: (Ustaz Zamri Bin Rajab)
1. Sekarang ini ramai umat yang hanya mementingkan urusan dunia sehinggakan banyak dalam kalangan umat islam sendiri yang dalam pengetahuan tentang kepelbagaian ilmu dunia hingga sanggup meminggirkan ilmu akhirat. “’Alimun bi umuuridunya, jaahilun biumuuril akhirah”.
Apakah kepentingan belajar ilmu agama?
2. Dunia semakin luas, dan capaian terhadap perkara-perkara yang bersifat pelbagai sangat mudah untuk masuk ke setiap rumah-rumah orang islam. Kita tahu Islam adalah agama yang berdiri diatas hujah dan dalil. Namun masih juga terdapat pelbagai pencemaran yang berlaku seperti perkara-perkara bidaah, khurafat dan hadis-hadis palsu dalam kalangan orang melayu islam.
Jadi ustaz, Boleh terangkan apakah punca pencemaran agama berlaku?
3. Umum mengetahui tentang kewujudan pelbagai aliran yang mendukung terhadap gerakan-gerakan islam dan kepelbagaian aliran yang wujud khususnya yang terkeluar daripada aliran ahlu sunnah wal jamaah boleh membawa pengikutnya dilembah kesesatan.
Pada ketika itu, apakah “pelampung keselamatan” yang boleh digunakan oleh umat islam daripada terjebak kekancah kesesatan?
Bahagian Kedua: (Ustaz Kamil bin Jaafar)
1. Manusia lahir dalam dunia ini dengan tangisan dan akan meninggalkan dunia ini juga dengan tangisan. Allah menciptakan kita daripada tiada kepada ada. Ditentukan rezeki, jodoh dan ajalnya. Diberikan nikmat kesihatan untuk terus hidup didunia ini. Setiap hari manusia melakukan pelbagai aktiviti sehingga lupa dan tidak pernah ambil tahu tajuan mereka dilahirkan ke dunia ini.
Jadi ustaz, Apa sebenarnya tujuan hidup ni? Adakah nak makan, minum, kerja.. Komen
2. Jika kita lihat ramai diantara kita yang sering menangguhkan taubat. Kononnya masih muda dan hidup mesti “enjoy”. Ada pula diantara mereka yang mempermainkan sabda Rasulullah
Kenapakah manusia sering melakukan kesilapan khususnya dalam urusan kehidupan mereka?
3. Hakikat penghidupan dunia adalah medan ujian buat diri insan. Kita menagis tika derita, ketawa ria bila bahagia. Ada orang meluahkan “kenapa aku diuji sebegini rupa” mengeluh dia pada Allah. Sedang ada ulama menyebut ujian daripada Allah itu tanda Allah sayang, jika Allah benci maka Allah akan membiarkan saja kita hidup dalam kelalaian.
Apa sikap orang beriman ketika mana hidup dalam dunia ini ustaz? Silakan.
No comments: