ISLAMIK

Editorial

Badiuzzaman Said al-Nursi

Badiuzzaman Said al-Nursi

Pengenalan
Beliau merupakan seorang tokoh islam yang terkenal dengan penulisan Risale-i Nur. Satu hasil penulisan yang penting sekaligus memberikan impak yang besar kepada sesiapa sahaja yang mengkajinya. Beliau dilahirkan dalam tahun 1877 di Nurs, sebuah kawasan di Tenggara Anatolia, Turki. Kemampuan beliau dalam menelaah sungguh menakjubkan sehingga pada umur 16 tahun, beliau sudah diberikan gelaran Bediuzzaman yang bermaksud Kekaguman Zaman. Ini kerana beliau sudah mampu menewaskan ulama-ulama yang ada ketika itu dalam perbahasan-perbahasan yang diadakan.

Sebuah Perjuangan
Dalam proses pembelajaran beliau, beliau telah mempelajari akan perlunya satu sistem pendidikan yang menyeluruh dibentuk di Turki menggantikan sistem pendidikan sedia ada. Pada 1900, kesedaran timbul dalam hatinya untuk memperjuangkan islam sepenuhnya kesan daripada parlimen British yang mengangkat al-Quran semasa persidangan, bersumpah menjauhkan umat islam daripada al-Quran. Beliau kemudian mengusulkannya kepada Sultan Abdul Hamid namun ia membawa kepada pemenjaraan beliau kerana penggunaan bahasa yang kasar semasa perjumpaan itu. Di mahkamah beliau sekali lagi bersikap sedemikian dan dihantar oleh para hakim ke pusat rawatan mental. Namun apa yang dikatakan oleh doktor yang menjalankan diagnosis bahwa jika Syed Nursi tidak siuman, maka tidak ada seorang pun yang siuman di dunia ini.

Namun, perjuangannya di tika awal ini menimbulkan penentangan terhadapnya dari pemerintah ketika itu. Beliau memperjuangkan kemerdekaan dan constituitonalism yang dilihatnya perlu mengikut hukum syariah islam. Dalam bulan-bulan seterusnya pada 1908, beliau memberikan ceramah umum berkenaan kemerdekaan, legality, pendidikan dan kesatuan di dalam artikel-artikel surat khabar dan juga di dalam kehidupan sehariannya. Beliau bergerak aktif di dalam pergerakan Ittihad-I Muhammedi(Kesatuan Muhammadan atau Persatuan Muslim Bersatu), yang mana membawa kepada insiden 31 Mac 1909 di Turki.

Ia menjadi alasan penangkapannya namun beliau dibebaskan kerana tiada bukti kukuh. Beliau kemudiannya mengembara ke seluruh Istanbul untuk menjelaskan perihal kepentingan konstitusi dan pembentukan semula sistem pendidikan untuk membolehkan sistem islam diterapkan dan membawa kepada pembangunan asas dan perpaduan dunia islam.

Beliau juga menerangkan idea-ideanya tentang reformasi pendidikan yang disarankan di dalam universiti yang dirancangnya. Perdebatan dan perbincangan yang beliau hadapi semasa pembentangan idea-ideanya itu dibukukan dalam dua bahagian, satu untuk para ulama yang bertajuk Munakahat(1911) dan Munazarat(1913) buat masyarakat umum.

Antara intelektual yg banyak mempengaruhi dan membentuk idea serta pemikiran Fethullah Gülen, seorang ulama Turki yang semakin mengharum namanya di barat ialah Sa'id Nursi, walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Adnan Oktar atau lebih terkenal nama penanya Harun Yahya yg cukup hebat mengkritik Darwinisme juga mengaku bahawa bahawa dirinya ialah pengikut Nursi. Katanya lagi, "Saya menganggap beliau sebagai seorang yg paling istimewa, muslim paling kuat dan paling tulus di abad ini."

Imam Badiuzzaman Sa'id Nursi rahimahullah dianggap sebagai seorang mujaddid. Di dalam tulisannya, beliau bercerita tentang kisah hidupnya yang berhadapan dengan cabaran dan tibulasi yang tidak henti-henti. Beliau bercerita tentang titik perubahan, pemisah antara dirinya yang lama dengan dirinya yang baru. Sebelum berlaku revolusi dalam pemikirannya, beliau menggelar dirinya sebagai Sa'id al-Qadim (lama) dan setelah itu pula sebagai Sa'id al-Jadid (baru). Sa'id al-Jadid memikul di atas bahunya tanggungjawab menyelamatkan roh ummah setelah penyakit dan wabak yang membunuh iman merebak dengan dahsyat ketika itu.

Sa’id Al-Qadim dan Sa’id Al-Jadid
Sa'id al-Qadim berada dalam keadaan yang sungguh membingungkan. Jalan yang manakah yang harus ditempuhinya? Jalan-jalan yg ada terlalu banyak di hadapannya. Akhirnya, beliau mengambil kitab Futuh al-Ghaib karangan alim besar, Syeikh Abdul Qadir al-Kailani rahimahullah. Beliau membuka kitab itu dengan penuh optimis. Tiba-tiba berlaku satu keajaiban! Beliau mendapati ayat-ayat berikut terbentang di hadapannya:


"Kamu di Dar al-Hikmah, maka carilah tabib untuk merawat hatimu."

Sa'id menceritakan kisah penuh makna itu, "Sungguh mengkagumkan! Sesungguhnya di saat itu aku ialah salah seorang anggota di Dar al-Hikmah al-Islamiyah. Seolah-olah aku telah datang ke situ untuk merawat luka-luka umat Islam, sedang sekarang aku pula yang paling sakit dan tersangat berhajat kepada rawatan berbanding orang lain. Maka terlebih utama bagi pesakit untuk merawat dirinya sendiri sebelum merawat pesakit yang lain. Ya, beginilah Syeikh berbicara denganku, "Kamu sakit... Carilah tabib yg merawatmu!"

"Aku berkata, "Jadilah kamu tabibku wahai Syeikh!"

Satu kebetulan yang amat hebat. Sa'id mulai membaca kitab itu. Beliau berasa seolah-olah Syeikh Abdul Qadir al-Kailani benar-benar bercakap dengannya. Beliau menganggap pengarang kitab menujukan segala tulisan itu kepada dirinya. Begitulah cara Sa'id membaca kitab itu. Sa'id terus meletakkan dirinya sebagai orang yg sedang dibicarakan oleh pengarang kitab sehingga hampir separuh kitab itu dibacanya. Bahasa kitab itu benar-benar tajam, menusuk dan menikam hatinya. Sa'id seolah-olah sedang menjalani satu pembedahan yg sukar dan menderitakan.

Kata Sa'id, "Aku tidak mampu lagi meneruskannya. Aku letakkan kitab di tempatnya. Kemudian setelah beberapa ketika, aku dapat merasakan bahawa kesakitan pembedahan tadi telah pun hilang dan yg menggantikannya ialah kelazatan spiritual yg mengkagumkan."

Lalu, Sa'id kembali meneruskan pembacaannya dan menghabiskannya. Kemudian, beliau mengambil pula kitab Maktubat yg dikarang oleh Imam Ahmad al-Faruqi as-Sirhindi rahimahullah, Mujaddid Kurun ke-12. Dengan penuh optimis, beliau membukanya. Sekali lagi keajaiban berlaku! Di dalam kitab itu, pengarang menyertakan tulisan dua pucuk surat yg tertulis padanya nama 'Mirza Badi'uzzaman'. Maka beliau dapat merasakan penulis surat itu sedang berbicara dengannya bahkan dengan menggunakan namanya!

Kata Said, "Kerana nama bapaku Mirza dan kedua-dua pucuk surat itu ditujukan kepada Mirza Badiuzzaman." Kebetulan itu tidak dibiarkan sekadar itu sahaja bahkan Sa'id seolah-olah mencari kebetulan demi kebetulan dan membayangkan dirinya sedang berinteraksi dengan pengarang, menganggap dirinya sebagai al-mukhatab.

Risalah i-Nur

 
Sa'id al-Qadim akhirnya menghilang dan muncul kembali sebagai Sa'id al-Jadid yg telah berjaya menghasilkan karya tersohornya, Risale-I Nur (Rasail an-Nur - yg bermaksud Risalah-risalah Cahaya). Kehebatan dan keberkatan Risale-I Nur terserlah apabila sebanyak 70 000 naskhah kitab itu telah disalin dengan hanya menggunakan tangan-tangan Tullab an-Nur (gelaran pengikut Sa'id Nursi), gara-gara sekatan untuk mencetak sebarang bahan berunsur Islam atas arahan regim Ataturk ketika itu.

Pesanan Pada Golongan Muda
“Sesungguhnya usia mudamu akan pergi meninggalkan kamu. Andai kamu tidak mengekalkan diri dalam lingkungan Halal, maka usia muda bukan sahaja akan hilang nikmat kebahagiaannya, malah ia akan menganugerahkan kamu kebinasaan dan penderitaan dalam kehidupan dunia ini, di alam kubur dan di Akhirat sana. Namun dengan Tarbiyah Islam, engkau pasti akan membelanjakan usia mudamu dalam syukur dan penuh kemuliaan, dengan kebajikan dan ketaatan, dan semua itu akan berterusan hingga kamu mencapai kemudaan yang abadi di Sana nanti…”

Pengakhiran Sa'id A--Nursi
Beliau kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan jasa yg cukup besar kepada kebangkitan umat, pada tanggal 25 Ramadhan 1379 Hijrah bersamaan 23 Mac 1960 Masihi. Beliau telah dikebumikan di Urfa, Turki. Tetapi setelah empat bulan kematiannya, pihak kerajaan telah membongkar semula kuburnya lalu memindahkan jasadnya menaiki pesawat menuju ke tempat yg tidak diketahui sehingga kini. Pengaruh Sa'id Nursi cukup besar terhadap masyarakat Islam Turki. Oleh sebab itu, beliau telah dibuang negeri, ketika hidup dan juga ketika matinya.

Pandangan Pembaca
Tags:

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top