ISLAMIK

Editorial

Pesanan: Pada Jalan Kebenaran dan Kesabaran

Pesanan Seorang Akhi

“Hidup bererti keletihan. Setiap hari kita dihambat kesibukan dunia, beramallah untuk menghadapi alam seterusnya biarpun kita keletihan didunia, kerana kita tidak mahu diakhirat juga keletihan itu menghambat diri. Pastikan kita hanya letih sekali iaitu didunia bukan diakhirat. Pendek kata jangan sampai letih dua kali” – Terima Kasih Akhi.


Tulisan Pembukaan
Papan kekunci berbunyi lagi, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Masa terbaik dalam mencorak suatu lakaran hati penuh perHATIan. Minda ini terus tenggelam dalam benak penuh kesyahduan, meniti segala yang mungkin namun masih tidak pasti. Ajaklah mata hati kita berfikir tentang kebesaran kurniaan tuhan yang tidak berbelah bagi, biarkan ia tenggelam didalam hati menjadi kuburan sampai akhirat. Tulisan kali ini menarik minda anda menerobos soal pesanan. Pesanan bagi yang leka dan alpa.


(1) Demi Masa! (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (3) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-‘Ashr)

Sosiobudaya Arab dan Melayu
Dalam hidup kita sering dipaparkan dengan satu persimpangan yang harus dipilih. Oleh itu soal pemilihan amat penting. Pandanglah ke hujung timur barat, masyarakat yang diturunkan Nabi Muhammad S.A.W untuk menyebarkan satu gedung kenikmatan Syurga iaitu ISLAM. Addin yang satu-satunya KAFFATAN. Orang Arab terkenal dengan sikapnya yang kasar. Singkaplah YOUTUBE perhatikan gelagat mereka. Walaupun mereka bergurau tapi gurauan itu agak kasar jika diperhati dari sisi pandangan kita, masyarakat bangsa merdeka mudah lupa MELAYU.

Ajaran Sejarah
Sejarah mengajar kita, kerasnya hati orang arab ini sehinggakan Khalifah Umar R.A ketika zaman jahiliyyah sanggup menanam anak beliau hidup-hidup. Ketua Angkatan tentera Rasullullah iaitu Khalid Al-Walid membunuh bapa saudara Baginda saidina hamzah sebelum beliau memeluk islam. Namun Saidina Umar R.A ketika mendengar Surah Taha, hati bergelinang penuh takjub tatkala ayat ini bergema dan memeluk islam dengan erat:

“Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.(2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (3)”(Surah Taha Ayat 2 dan 3)

“Nah, lihat masyarakat Arab. Mereka apabila ditegur tentang sesuatu kesalahan, mereka terus memeluk erat dan mencium sahabat mereka yang menegur” Kata seorang rakan yang belajar ditanah kering kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Namun lain ceritanya dengan sebahagian masyarakat Melayu, selembut-lembut hati orang Melayu apabila ditegur terus meronta penuh kebencian.

Tulisan ini terbit tatkala kritikanku pada tulisan bertajuk Cinta: Relakah Kau Menanti. Pesananku sebenar untuk mereka yang lain namun ada yang terasa. Ketika berjumpa dan bertanya pada suatu tempat, mata ini merenung tajam melihat gelagatnya yang kurang senang denganku. Apabila berjumpa langkah kaki melangkah jauh dan terus jauh dariku. Namun sehari kemudian baru ku ketahui dia terasa dengan tulisanku melalui seorang rakan sekelas. Lalu lantas kaki menuju kerusi jari menjengah papan kekunci lalu “I’ve deleted the paragraph that has been written that isn’t officially targeted on him”.

Kesal menuju Kekecewaan
Kesal kerana sepatutnya dia bersikap syukur kerana ada yang berpesan, pesanan membina bahagia bukan pesanan runtuhan jiwa yang jatuh. Melarikan diri bukan jalan penyelesaian, Lari daripada masalah ia menujukkan jiwa yang lemah dan kaku. Bertindaklah segera mampu mengubat segala yang terluka. Namun, penyelesaian harus berhikmah, bait kata perlu disusun agar yang lain tidak turut terkena biasnya.

Biasakanlah lidahmu mengucapkan “Maafkan saya”. Memohon maghfirah yang perlu, lahir dari hati yang ikhlas. Bukan berdiam seribu bahasa ungkapan rasa tak terucap. Elakkan diri dari mengumpat kerana ia seperti memakan daging saudaramu. Ungkapan hanya setakat yang perlu.


Pandangan Pembaca
Tags:

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top